Rate

6

Spiritual Series 937

12.12 tengah malam. Kelihatan micheal tidak sedarkan diri atau tertidur di ruang tamu. Kelibat auntie Lily dan Mak juga berehat di bilik Bersama dengan Julia. Manakala Ravabia terlelap di kerusi Panjang tak jauh dari Uncle Joseph dan Bapanya berbual.

"Aku rasa tak sedap hati. Sebab itu aku ada disini. Sebenarnya aku juga alami kesukaran untuk datang ke sini. Tapi dengan berkat doa, aku sampai juga..." kata Uncle Joseph sambil menghirup kopi panas yang dihidangkan oleh Ravabia sebentar tadi.

"Terima kasih bro.. Kalau kau tak ada, mungkin makin teruk keadaan..." jawab Bapa sambil mengurut dahinya, terdapat lebam kesan akibat terhantuk di dinding.

Uncle Joseph memandang wajah Micheal yang tidur lena, dalam kepenatan.

"Jadi, kiranya sudah selesaikah ini?" soal Bapa lagi. Uncle Joseph geleng kepala.

"Ini adalah amaran. Dia mahukan menantu kau. Julia... Kita ada Tuhan... ada yang punya saka sebab mereka tiada Tuhan. Ada saka yang menyakiti dan melindungi... Aku, tiada kelebihan ke arah itu, untuk menghalau saka.." jawab Uncle Joseph. Dia menghabiskan minumannya.

Mungkin merasa letih dengan usia 62 tahun.

"Jadi bagaimana, bro? Aku buntu... Nak dikatakan aku kuat agama, tapi aku percaya juga hal macam ini..." balas Bapa dengan keluhan. Kenapa hal ini terjadi dengan keluarganya. Ujian dari Tuhan.

Uncle Joseph bangun dari kerusi dan berdiri di depan tingkap seketika. Kemudian dia memalingkan badannya ke arah Ravabia yang tengah tidur berselimut tebal.

"Memang akan ada yang menolong, tetapi belum tiba masanya.." kata Uncle Joseph lagi, dia memandang balik ke luar tingkap. Ya, dia masih ada di sana menunggu...

"Belum tiba masanya? Siapa Bro?" soal Bapa kebingungan. Dia mula merasa seram sejuk.

Uncle Joseph memandang ke arah Bapa, sahabat baiknya. Punya keluarga yang baik.

"Aku tak nak lah cakap lebih.. Cuma aku nak cakap... Dalam setiap keluarga, akan ada seseorang yang menyimpan saka. Bertuah jika saka itu baik. Tetapi baiknya tiada siapa tahu. Dia hanya keluar jika tuannya dalam keadaan bahaya, hampir ke hujung nyawa. Jika dia hendak menolong orang lain, dia kena minta izin dengan tuan badan. Bahkan, jika tuan badan bersetuju, itu bermakna dia melakukan tugas yang terakhir. Di mana saka itu akan hilang, dan tuan badannya...." Uncle Joseph menarik nafas dan menghembus nafas. Dia menelan air liur.

"Lepas itu apa bro??" soal Bapa seolah-oleh berminat dengan cerita Uncle Joseph.

Uncle Joseph geleng kepala. Dia menyandar dan pandangannya ke arah dapur yang agak gelap. Hatinya sebak melihat..

*

Keesokkan paginya, hari kedua Uncle Joseph dan Auntie Lily berada di sana, Bersama dengan mereka.

Micheal yang bangun dari tidur, tidak ingat apa yang berlaku. Begitu juga dengan Julia. Dia merasa hairan kenapa suaminya balik awal, tidur di ruang tamu dan auntie Lily dan Mak mertua nya tidur bersamanya, bukannya Ravabia. Alasan mereka kerana hendak menemani Julia yang demam.

Pagi itu jam 8, mereka berkumpul Bersama-sama dan bersarapan berupa roti goreng bercelup telur dan teh panas. Sekali sekala ditemani gelak ketawa. Bahkan cuaca diluar sangat baik dan cerah.

Setelah itu, Ravabia menjemur pakaian di luar. Sekali lagi dia ternampak Nenek tua itu berjalan dengan seorang budak lelaki dan seorang wanita berkasut heels berwarna merah di depan gatenya. Ravabia berlari ke arah mereka dan menegur mereka.

Mereka bertiga berhenti dan memandang ke arah Ravabia yang berada di dalam gate.

"Boleh saya tahu, anda semua tinggal di mana?" soal Ravabia.

Nenek itu senyum. Memandangkan wanita berkasut heels merah dan budak lelaki itu tidak menjawab dengan soalannya, wanita tua yang buta itu perlahan-lahan menghadapnya.

"Kami tinggal di sana, Nak.. Tak jauh dari sini..." jawab Nenek itu sambil menunjukkan arah rumah mereka bertiga.

Tapi rumah yang ditunjukkan tidak pasti yang mana satu kerana Kawasan di sana banyak perumahan.

Ravabia garu kepalanya yang tidak gatal.

"Oh... Nenek apa nama?" soal Ravabia lagi. Baginya, nenek itu tidak lah seram seperti kali pertama melihatnya.

"Panggil saja NekBo... Yang perempuan itu, anak nenek, Namanya Kristine. Yang budak lelaki itu, anaknya, Jordan.." jawab Nenek itu Panjang lebar sebelum mengetahui persoalan Ravabia yang ingin tahu mengenai yang lain.

"Nenek nak tahu nama saya tak?" Ravabia senyum melihat nenek itu mengangguk kepala dengan senyuman.

Belum sempat hendak memberitahu Namanya, tiba-tiba dirinya dipanggil oleh Micheal dari pintu rumah.

"Maaf ya NekBo, saya pergi dulu..." jawab Ravabia berlalu dari sana.

Kelihatan Micheal sempat melihat Nenek tua itu dan cuba mengingati sesuatu. Macam pernah tengok... Nenek tua memakai sarong batik... katanya dalam hati.

Julia yang duduk berehat dalam bilik, termenung memandang ke atas almari pakaiannya. Seperti dia mendapat mimpi dia pernah berada di atas.

Lamunannya terhenti apabila Micheal masuk ke dalam bilik menghantar ubat dan minuman kepada isterinya.

"Sayang, mak cakap nanti ini malam akan ada orang datang berkati rumah. Sekejap lagi, abang, bapa dan uncle Joseph akan keluar ke pasar membeli sedikit barang. Sayang nak pesan apa-apa tak?" soal Micheal dengan lembut.

Julia senyum dengan lemah sambil geleng kepala. Kemudian dia tiba-tiba teringat sesuatu.

"Nanti sembahyang, abang jangan lupa beli bunga hidup ya. Untuk sembahyang... Beli warna putih, pink dan kuning..." jawab Julia.

Micheal angguk kepala. Dia mencium dahi isterinya dan keluar dari sana selepas bersiap.

Tak lama kemudian, Julia keluar dari bilik dan menyertai Mak, auntie Lily dan Ravabia di ruang tamu yang sedang berbual sambil mengemas rumah.

Tetapi akhirnya dia duduk juga kerana keletihan dan mencapai handphone nya dan membelek news feed di fac.

Pencariannya terhenti membaca sebuah laporan mengenai kes pembunuhan seorang wanita berkasut heels merah dan seorang budak lelaki, 3 hari yang lalu. Sehingga kini pembunuh itu bebas dan siasatan masih dijalankan.

"Kakak...Mari tengok berita ini. Terjadi kat Kawasan perumahan sini 3hari yang lalu...masa kakak datang sini tengah malam..." ujar Julia lalu menunjukkan laporan itu.

Ravabia yang baru sahaja selesai mengelap tingkap, melihat kes itu di handphone Julia.

'Mangsa adalah seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Kristine, berumur 27 tahun dan anak lelaki mangsa, Jordan, berusia 4 tahun... Pembunuhnya belum diketahui...'

Jantung Ravabia berdegup dengan kencang disaat membaca laporan dan Tarikh kes itu. Dia mengambil handphone itu dan meneliti wajah mangsa itu. Terlintas di fikirannya apabila menegur nenek tua itu pagi tadi.

Air mata Ravabia bergenang. Dia tidak merasa takut. Tapi dia merasa sedih teringat disaat melihat senyuman dan gelak ketawa wanita itu dan anak lelakinya itu di luar pagar tadi, sangat Bahagia...

Apakah yang dia lihat tadi? Adakah roh mereka?

Next...

Don't eat all my margarita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience