Rate

7

Spiritual Series 937

Ravabia meletakkan handphone Julia dan berlari ke luar rumah dan berhenti di depan gate. Auntie Lily dan Maknya hairan melihat kelakuannya.

Nenek tua itu bukannya nenek biasa. Dan kenapa dia boleh melihat mereka berdua?

Ketika matanya meliar memandang sekeliling, matanya terpaku melihat seorang lelaki misteri berdiri kaku di tepi pokok yang lebat, memandang jauh ke arah nya. Ravabia mengecilkan matanya melihat kelakuan lelaki itu, seperti hendak membaca jampi.

Ravabia menggenggam tangan. Tiba-tiba dia merasa marah. Tangannya hendak membuka kunci gate. Tanpa dia sedari, genggaman tangannya dipegang oleh seseorang. Dia menoleh ke kanan.

"Jangan, Ravabia..." ucapnya.

Ravabia terkejut melihat Nenek tadi, atau dikenali sebagai NekBo, ada disebelahnya. Badannya yang merasa panas tadi, berubah menjadi sejuk yang mendamaikan di saat NekBo menyentuh tangannya.

"Rav!" jerit Mak dari jauh.

Ravabia menoleh ke belakang memandang ke rumah dan menoleh semula ke arah NekBo, tapi nenek itu sudah tiada. Sama juga dengan lelaki misteri itu!

Kebetulan,

Tak lama kemudian, Micheal, Bapa dan Uncle Joseph sampai ke rumah baru pulang dari pasar bandar. Ketika Bapa dan Uncle Joseph angkat keluar barang di dalam kereta, Ravabia cepat-cepat menuju ke arah Micheal dan menyoal sesuatu dengan secara perlahan.

"Tadi kau ada Nampak tak aku berbual dengan seorang nenek masa tu?"

"Hmmm... ya.. aku ada Nampak tadi. Siapa nenek tu?" soal Micheal balik.

"Selain dari nenek tu, kau ada nampak orang lain tak?" soal Ravabia balik.

Micheal geleng kepala. Kemudian baru dia teringat sesuatu.

"Oh ya baru aku ingat! Aku rasa pernah jumpa nenek tu, 2 tahun yang lepas masa kau excident. Ingat tak aku pernah cakap, ada seorang nenek cakap, dia ada nampak sesuatu melindungi kau bila kau excident dengan lori hari tu? Ingat tak??" Ujar Micheal dengan perasaan ada teruja.

Ravabia terdiam sebentar. Dia ingat kata-kata Micheal itu. Tapi dia tidak beberapa ingat tentang kemalangan itu. Dan dia perasan ada sebahagian dari memorinya hilang. Kadang-kadang dia tidak mengingati sahabat baiknya dan cikgu-cikgunya.

Tanpa membuang masa, Ravabia mengambil kunci keretanya dan memberi alasan hendak membeli sesuatu dan pecut memandu keluar dari sana.

5 minit dia memandu melewati Kawasan perumahan yang sunyi dan hatinya terdetik untuk berhenti di sebuah perkuburan beragama Kristian. Tetapi tiada gereja yang terdekat di sana. Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang dia kenali. NekBo?

Ravabia perlahan-lahan menuju ke arah nenek yang sedang duduk di antara dua buah kubur yang masih merah tanahnya.

"NekBo?" tegurnya perlahan.

NekBo mengerakkan kepalanya ke arah Ravabia. Meskipun dia tidak tidak melihat, tapi dia tahu siapa yang dia Bersama.

"Ravabia... Seorang anak perempuan yang kuat. Mampu menghayunkan pedang yang tajam dan menusuk ke jantung seorang pembunuh, pada suatu ketika dahulu..." NekBo berkata-kata sambil mendongak ke langit.

Ravabia yang kurang faham dengan ayat yang disampaikan oleh NekBo, hatinya tiba-tiba sebak.

"NekBo... Saya bersimpati atas kehilangan anak dan cucu nenek..." ucap Ravabia.

Air matanya tiba-tiba mengalir tanpa menangis teresak-esak. Dia tidak mengerti apa yang berlaku pada dirinya.

"Nenek... apakah saya mengenali nenek sebelum ini? Ataupun pada masa silam? Ataupun wajah saya seperti orang yang nenek kenali? Kenapa nenek nak tolong saya dan halang saya buka gate tadi?" bertubi-tubi soalan dalam kepalanya.

NekBo tersenyum.

"Bukan nenek, Nak. Tapi dia yang suruh..." NekBo menunjuk ke arah pokok redup yang menutupi sebuah kubur, terdapat satu bayang-bayang hitam bertubuh tegap di sebalik pokok yang dipagar itu. Ravabia menutup mata kerana takut dengan tapak tangannya.

"Jangan takut, Nak. Kesian dengan dia... Maafkan dia ya, Nak. Dia tidak boleh masuk ke kubur ini. Dia jiwa dan roh yang sesat..." kata NekBo lagi sambil menggenggam tapak tangan kiri Ravabia.

Ravabia perlahan-lahan menoleh ke arah bayang-bayang hitam itu. Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menuju ke arah pokok itu.

Sesampai sahaja di sana, Ravabia perlahan-lahan menghulurkan tapak kanan kirinya ke arah bayang-bayang itu. Walaupun nampak seram di bawak pokok yang redup, Ravabia tetap kuatkan hati.

'Adakah bayang-bayang ini pelindung aku selama ini? Tapi kenapa aku tetap percaya juga pada Tuhan?'

Bayang-bayang hitam itu cuba menyentuh tapak tangannya. Seperti terkena renjatan eletrik, Ravabia terlihat suatu memori.

Dia menangis dengan deras. Dia terduduk dan melutut. Menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat.

Kemudian dia bangun dan berlari ke arah NekBo yang masih setia menanti di kubur itu. Dia memeluk bahu NekBo dengan tangisan.

"Nenek! Saya minta maaf!" ucapnya dengan tangisan. NekBo angguk kepala sambil mengusap kepalanya...

Tak lama kemudian, Ravabia pulang ke rumah sebelum jam 5 petang. Sampai sahaja dia di kawasan rumah, dia tidak nampak kereta milik Micheal. Kelihatan auntie Lily mundar mandir di depan rumah.

"Auntie, dimana semua orang? Kenapa nampak macam ada tak kena ni?" soal Ravabia dengan cemas.

"Mereka ke hospital Rav, sejam yang lalu selepas kamu keluar tadi. Julia mengalami pendarahan..." jawab auntie Lily dengan tenang.

"Mereka menyuruh kita dua tunggu di rumah. Takut ada orang datang untuk bersembahyang..." sambung auntie Lily lagi.

Kelihatannya dia berdoa. Ravabia juga turut berdoa. Kemudian, dia masuk ke biliknya dengan membawa bungkusan berwarna hitam.

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience