Rate

4

Spiritual Series 937

Angin mula meniup kencang pada jam 4.15 petang. Akhinya sampai juga Mak Bapa Ravabia dan Auntie Lily ke rumah Julie dan Micheal.

Ketika itu Micheal sudah berangkat ke tempat kerja di tengah bandar. Auntie Lily memandang sekeliling. Dia ternampak seorang wanita tua memandang ke arahnya, di depan gate tetapi wanita tua itu pergi dari situ apabila Auntie Lily cuba untuk mendekatinya.

Auntie Lily merenjis air kudus yang ada ditangannya di sekitar pagar itu. Dia memejam mata ketika dia menyentuh pagar itu. Apabila dia membuka matanya balik, dia terlihat seorang wanita yang memakai kasut heels merah, tak jauh dari sana.

"Lily! Jum masuk.." sapa Mak dari belakang. Kelihatan Bapa Ravabia sudah masuk membawa barang. Auntie Lily angguk kepala.

Mak sempat melihat pagar itu basah terkena pecikan air dan dia angguk kepala memahaminya.

Setelah Ravabia menghidangkan minum petang, auntie Lily mengeluarkan sesuatu dalam beg sandangnya dan diberi kepada Ravabia.

"Ini lilin dah diberkati oleh Father gereja. Tahan lebih 12jam jika dah dinyalakan. Nanti petang, tepat jam 5 petang, nyalakan dan letak di depan pintu, dan termasuk di tingkap itu..." kata auntie sambil menunjuk ke arah tingkap itu.

Satu-satunya tingkap yang ada di bahagian ruang tamu itu. Semua memandang ke arah tingkap itu kecuali Mak.

"Setiap hari, setiap jam 5petang. Tak kira ribut atau banjir... Sampailah Uncle Joseph datang berkati rumah ini..." sambung auntie Lily lagi.

"Tapi auntie... Dari first day di sini, kenapa jam 5 petang?" soal Julia dengan tiba-tiba. Auntie Lily dan Mak berpandangan sesame sendiri.

"Auntie tak pasti.  Auntie kena tunggu sampai jam 5 petang untuk pastikan. Cuma auntie nak pesan, terutama pada kamu, Julia. Sebab sekarang kamu hamil... bayi di dalam kandungan belum terbentuk wajahnya, walaupun selepas lahir, sehingga bayi itu berumur 6 bulan.." katanya lagi.

"Sebab itulah, ada sesetengah pantang larang, dilarang pamerkan wajah bayi tak kisah di laman social kah, ketika dalam 6 bulan, jika dipamerkan, wajah nya akan 'Diambil'... Di ambil oleh sesuatu.." jawab Mak pula.

Julia merasa seram mendengar nada suara mak mertuanya.
"Jadi, kenapa jam 5 petang? Sebab takut ada 'benda' yang menghidu janin kamu... Takut kamu salah langkah, salah tegur..." sambung auntie Lily pula.

Julie sudah ketakutan, tangannya digenggam oleh Ravabia.

"Benda apa tu, auntie?" soal Julie lagi. Tapak tangannya sudah sejuk.

"Penanggal..." jawab Bapa tiba-tiba, di muka pintu. Kelihatan dia menyalakan lilin tadi,berbentuk gelas, dan ditutupi penutup yang mempunyai ruang udara, tertampal wajah Jesus dan Bonda Maria, lalu letakkan di tepi kiri dan kanan pintu.

Kemudian di tingkap itu juga.

Ravabia melihat jam tangan menunjukkan 4.55 petang. Ravabia bangun dari tempat duduk dan meminta diri untuk menyediakan makan malam di dapur. Ravabia diam dan berbisik sendirian.
'Penanggal takkan makan janin dalam perut. Tapi kenapa ku rasa semua ini ada tak kena?'

Auntie Lily yang melihat Ravabia di dapur, terkedu. Cuma dia tak pasti apa yang dia nampak.

Setelah makan malam di ruang tamu, sekali sekala mereka bergurau senda untuk melupakan kisah tadi.

Namun Auntie Lily tetap dengan perasaannya tadi. 'Jika dia tidak mengacau, kenapa dia ada disini?' bisiknya dalam hati.

Dia memandang ke arah Ravabia, tetapi bukan tepat di depannya. Seolah-olah ada sesuatu bayang-bayang dibelakangnya.

Ravabia yang perasan akan kelakuan auntie Lily itu, dia menoleh ke belakang, tiada siapa.
"Auntie... Nak something ke?" tegur Ravabia, hingga membuat semua orang memandang ke arah auntie Lily.

"Eyh... Takde lah Rav... Oh ya Rav, dari mana kamu dapat kesan parut tu?" auntie Lily menyoal secara tiba-tiba tentang parut di tangan kanan Ravabia.

Ravabia memandang ke arah parutnya itu. Belum sempat dia hendak jawab, Bapanya bersuara.

"Kemalangan 2 tahun lepas dengan lori tanah. Tapi mujur selamat... Ramai yang heran, biasanya kemalangan sebegini, takde peluang nak hidup..."

"Kuasa dari Tuhan..." jawab Mak pula.

"Tapi ada orang cakap masa kemalangan tu, ada bayang-bayang hitam duduk sebelah kakak masa kemalangan tu... Seolah-olah lindungi kakak..." kata Julia dengan tiba-tiba.

Mak dan Bapa terkejut dan serentak berkata, "Siapa cakap...?"

"Mike yang cakap... Tapi Mike pun tahu dari seorang nenek yang ada di sana..." jawab Julia lagi.

Tiba-tiba Julia terdiam saat dia memandang ke arah tingkap. Ravabia yang duduk bersebelahan dengan Julia, dia pun memandang ke arah tingkap itu. Lamunan Ravabia terhenti apabila dia seolah-oleh mendengar bisikan seseorang dari belakangnya.

'Percepatkan urusan...'

Suara bisikan yang halus, suara seorang lelaki. Ravabia menoleh ke belakang ketika Mak Bapa dan Julia berbual sesama sendiri. Tetapi Auntie Lily perasan akan tingkah laku Ravabia. Dia merasa seram sejuk dan mula berdoa dalam hati.

Tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh di dalam bilik Ravabia, tidak jauh dari ruang tamu. Ravabia bangkit dari kerusi dan masuk ke dalam bilik diikuti Mak nya. Ravabia perhatikan beg galas nya yang digantung di tepi dinding, jatuh ke atas lantai.

Mak nya mengambil beg galas berwarna biru tua itu dan mengantung semula di atas penggantung baju.
"Nanti malam, mak dan bapa tidur sini. Kau tidur sama Julia. Di bilik kosong tu, biar Auntie tidur sana. Kami ada bawa tikar sekali..." kata Mak nya dengan tiba-tiba.

Ravabia angguk kepala sambil melihat Mak nya meletak rantai rosary dekat dengan tingkap jenis slide window yang gelap. Belum lagi ada langsir. Cuma ditutupi dengan tuala mandi sahaja.

Sebelum jam 10malam, Julia sudah masuk ke dalam bilik tidur kerana kepenatan. Manakala, Mak Bapa dan auntie Lily masih berbual di ruang tamu, sementara Ravabia di dapur mengemas barang.

Ketika dalam perbualan, Mak nya berkata dengan perlahan.

"Aku tak tahu nak cakap macam apa. Mungkin ini pertama kali aku rasa macam ni, yang...." Mak memandang ke arah Ravabia yang tengah membasuh pingan.

"Rasa apa?" soal Bapa balik.
Dia yang kadang-kadang melihat handphone, berhenti sekejap dan memberi focus dengan apa yang isterinya berkata.

"Aku tak nak cakap macam-macam, Mak Rav. Mungkin ada sesuatu yang Rav sembunyikan. Atau ada benda yang dia nak sampaikan, tapi dia takut nak beritahu.." kata Auntie Lily pula.

Kemudian dia menghirup kopi panas yang ada didepannya.

"Tapi bukankah Rav dah bagitahu semuanya dengan kita petang tadi?" soal Bapa lagi. Dia juga menghirup kopi panas.

"Mungkin tak semua..." kata Mak pula. Dia menguap. Ketika dia hendak bangun dari tempat duduk, tiba-tiba dia terdengar bunyi orang menjerit di dalam bilik.

Ravabia dan semua orang terkejut. Mak dan Bapa berlari menuju ke bilik Julia. Tapi tiada!

"Lia mana...?!" soal Mak dengan perasaan cemas.
Ravabia melihat Mak Bapa mencari Julia ke hulur ke hilir. Dengan perasaan cemas, Ravabia berlari dan membuka pintu biliknya. Ravabia terkejut, begitu juga dengan auntie Lily.

Kelihatan Julia menangis sambil menghadap tingkap bilik Ravabia.

Mak mendekati Julia. Dia melihat Julia menangis seperti orang kena rasuk. Dia mengusap kepala Julia. Auntie Lily pula mendekati. Dia berdoa di sebelah Julia. Takut dia mengapa-apakan kandungannya itu. Ravabia merasa seram.

Tidak cukup dengan itu, Tiba-tiba pintu depan terbuka secara ganas dan angin mula bertiup kencang. Semua lilin yang di pasang terpadam.
Ketika Ravabia dan auntie Lily Bersama Bapa maju ke depan, mereka sekali lagi terkejut melihat wajah Micheal di depan rumah.

Itu bukan wajah Michael yang selalu mereka lihat.

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience