PUJUK

Romance Series 1036

Sampai sahaja di Syarikat Berjaya Gold Holdings, mereka bertiga berjalan menuju ke arah office Xiang. Xiang yang pelawa. Kak Shira pula pergi berbuka puasa dengan tunang dia. Tunang dia ajak sate last² minute.

. . . . . . . . . . . . . . . .

“Raiqal nak makan apa?? Pilih je nak makan yang mana.”

Ujar Naziah dengan lemah-lembut.

“Be......betul ni?? Kakak tak marah??”

Soal Raiqal kembali.

“Iye, buat apa akak nak marah, Raiqal nak makan kan, bukannya main.”

Ujar Xiang lalu menggosok rambut Raiqal yang berada di sebelahnya. Raiqal memuncungkan mulutnya setelah mengetahui rambutnya kusut.

Automatik dia melarikan dirinya dan bersembunyi di sebalik meja dan menangis, badannya juga menggeletar seperti penyakit Parkinson.

“Tak nak, jangan pukul Raiqal. Raiqal tak sengaja buat macam tu. Please ayah, Raiqal tak sengaja.”

Ujar Raiqal sambil menangis. (macam mana tu ye?? Imagine je lah)

Naziah dan Xiang segera pergi ke arah Raiqal. Naziah memeluk Raiqal dan memujuknya.

Setelah keadaan menjadi tenang, Naziah mengajak Raiqal makan semula.

Raiqal yang masih takut memeluk Naziah seerat-eratnya.

“Raiqal nak makan nasi ni tak?? Nasi ni sedap tau. Rugi kalau Raiqal tak cuba.”

?

Ujar Naziah seakan-akan memujuk Raiqal untuk makan.

Raiqal hanya menggelengkan kepalanya dan membenamkan mukanya di lengan Naziah.

Kini, giliran Xiang pula untuk memujuk Raiqal. Dia memikirkan jalan penyelesaian yang dapat membuatkan Raiqal makan.

“Raiqal pernah pergi taman tema air tak??”

Soal Xiang.

“Tak pernah, ibu dengan ayah tak pernah bawa Raiqal pergi.”

Ujar Raiqal.

“Raiqal nak pergi taman tema air tak??”

Soal Xiang lagi.

“Nak!! Tapi Raiqal takde duit nak pergi sana.”

Jawap Raiqal.

“Kalau macam tu, nanti kita bertiga pergi taman tema air tu nak tak?? Abang belanja. Tapi Raiqal kena makan dulu, baru kita boleh pergi.”

Umpan Xiang. Dan tanpa disangka umpannya mengena. Raiqal mengangguk laju lalu membuka mulutnya seluas 50 inci.

Tipu je, tak besar mana pun.

Naziah terus memasukkan nasi ke dalam mulut Raiqal sehingga habis satu pinggan. Dia pula masih belum makan apa-apa pun lagi.

Xiang yang berasa kasihan kepada Naziah mengambil Raiqal lalu memandikannya sementara Naziah makan dan mengemas sisa makanan yang masih ada.

. . . . . . . . . . . . .

Xiang & Raiqal

Sedang Xiang menggosok kepala Raiqal (shampoo), Raiqal meluahkan isi hati ataupun permintaan yang terpendam di dalam hatinya.

“Abang.”

Panggil Raiqal.

“Ye, kenapa??”

Sahut Xiang.

“Boleh tak kalau saya nak panggil abang papa, kakak tadi tu pulak mama. Boleh tak??”

Soal Raiqal sambil menundukkan kepala dan menolak jari telunjuknya antara satu sama lain??.

“Boleh, tapi Raiqal kena pujuk mama la, papa okey je.”

Jawab Xiang dan telah menukarkan panggilan abang kakak kepada papa mama.

End POV

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Naziah yang selesai mengemas duduk di atas sofa sambil menunggu kedatangan Raiqal.

Tidak sampai lima minit, terlihat kelibat Raiqal yang sedang ketawa bersama dengan Xiang. Dua-dua hensem.

“Kakak, boleh tak kalau Raiqal nak panggil kakak mama, abang pulak papa.”

Soal Raiqal sambil membuat muka comel. Cair hati Naziah apabila melihat kecomelan Raiqal. Nak tolak permintaannya rasa bersalah pulak, tapi dia tak nak. Tapi demi menjaga perasaan Raiqal dia terima menganggukkan sahaja kepalanya tanda membenarkan Raiqal memanggilnya mama dan Xiang papa.

“Yeay.”

Jerit Raiqal kegembiraan sambil menari-nari di hadapan Naziah dan Xiang.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

“Saya hantar awak balik ye Naziah. Dah lah awak bawa Raiqal sekali. Dia pulak tengah tidur, susah awak anak angkat dia naik LRT nanti.”

Pelawa Xiang.

“Eh, takpe. Saya dah call kawan saya suruh ambil saya dekat tempat kerja. So, awak tak perlu tumpangkan saya.”

Balas Naziah. Sememangnya dia mengetahui bahawa Xiang akan menghantar dia, so, dia call Sya untuk mengambilnya di tempat kerja. Bijak kan.

“Ah, tu kawan saya. Supaya pergi dulu lah ye. Jumpa esok.”

Jawab Naziah sambil melambai-lambai tangannya ke arah Xiang.

Xiang membalas lambaian Naziah dengan lambaian tangannya juga.

'Bagus juga kalau Naziah jadi isteri aku' Detik hati kecil Xiang.

Tanpa mereka sedari terdapat sepasang mata yang sangat asyik melihat drama yang berlangsung di hadapannya.

“Aku takkan lepaskan kau. Dan kau, aku takkan biarkan kau dapat dia. Aku jumpa dia dulu, so, dia aku punya. Aku akan buat apa pun asalkan aku dapat dia. Walaupun terpaksa bunuh dia.”

Ujar lelaki yang tidak diketahui kewujudannya sambil mengemekkan tin minuman yang diminumnya akibat menahan amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience