SAKIT

Romance Series 1036

Aku bangun daripada tidur disebabkan oleh cahaya matahari yang menyinari bumi sekaligus menyinari mata aku sekali. Kepala aku rasa berat gila. And aku rasa tak larat semacam je. Takkan lah aku demam kot? Kalau demam teruk lah jawabnya.

Aku ni susah nak dapat demam, sekali dapat teruk gila keadaan aku. Haihhhhh, apalah nasib aku. Kan best kalau jadi macam adik aku yang ketiga, Najwa.

Dia memang susah gila nak dapat demam. Sekali dia dapat demam, perghhh, mandi then tidur. Habis terus demam dia. Dia jenis yang sudah dapat demam tapi bila dah sakit senang sembuh, tak macam family aku yang lain.

Family aku yang lain, kalau demam mesti demam betul² and teruk. Lambat sembuh pulak tu. Nak bergerak or buat something pun susah.

Tapi adik aku yang ketiga, Najwa, demam ke tak demam ke active jugak. Kadang-kadang, masa dia demam aku tertanya-tanya dia ni demam ke sihat, ye la, aktif semacam je. Habis semua tempat dia lari.

Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh seseorang dari luar. Aku suruh la si ketuk tu masuk and tersembul lah wajah annoying Farisya. Confirm kena sakat dengan Kak Mal lagi lah nih.

“Ya Allah, Naziah oiiiiii. Bangun la woi!! Matahari dah duduk atas kepala dah oi. Kang lambat pulak kau pergi kerja kang. Dahlah CEO yang baik + peramah dengan kau dah pindah. Nak kena marah dengan big bos kau ke??” Bebel Farisya seakan-akan mak cik jiran sebelah memarahi anaknya.

“Aku rasa, aku tak boleh pergi kerja la. I think I got a fever. Badan aku panas wei.” Ujar Naziah lambat-lambat. Maklumlah, sakit.

“Habistu, kau nak gi klinik tak?? Jom, aku bawa kau gi klinik. Kau tu kalau demam susah sembuh. Dah bangun² then mandi, aku bawa kau gi klinik.” Ujar Farisya prihatin sambil membantu Naziah bangun.

Setelah memastikan Naziah selamat tiba di dalam bilik air, Farisya menuruni tangga dan menuju ke arah Kak Mal dan Hana yang sedang bersarapan.

“Mana Nurul, tak pergi kerja ke??” Soal Kak Mal setelah tidak lihat kelibat Naziah.

“Dia demam lah Kak Mal, tapi Sya dah suruh dia mandi then Sya akan bawa dia gi klinik.” Ujar Farisya.

“Banguslah tu, dia tu susah dapat demam, sekali dapat Innalillah la jawabnya. Hahaha.” Ujar Kak Mal dan dihiasi dengan sedikit gelak tawa di hujung ayat.

Naziah pun pergi ke dapur dengan muka yang tidak berdaya, macam ayam tahan sakit pun ada. Cara dia berjalan pun dah macam orang gila tak makan setahun, terhuyung-hayang.

Farisya yang nampak kelibat Naziah membantu Naziah untuk berjalan dengan stabil dan membawanya menuju ke meja makan.

Selesai bersarapan, mereka semua bertolak ke destinasi masing-masing

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Kau dah bagitau dekat Kak Shira ke yang kau tak pergi hari ni??” Soal Farisya kepada Naziah semasa berada di dalam kereta menuju ke rumah sewa mereka. Doktor telah memberi Naziah MC sebanyak 3 hari kerana dia menghidap demam panas.

“Dah, aku dah bagitahu tadi. Masa kau ambil ubat tadi.” Ujar Naziah dengan selamba. Kak Shira adalah rakan sekerja Naziah yang sangat prihatin. Jika terdapat sebarang masalah atau kecemasan Naziah akan merujuk dan memberitahu Kak Shira.

“Okeylah kalau macam tu, lepas aku hantar kau balik rumah aku gi tempat kerja. Kau duduk elok-elok, jangan keluar. Kau tu dah la tak sihat. Faham?” Nasihat Farisya sambil menghayunkan tangannya ke sana dan ke sini.

“Ye, aku faham. Kau ni, bawa la kereta elok², kang tak pasal² masuk ICU.” Ujar Naziah.

* * * * * * * * * * * * * * *

“Arghhhh, bosannya demam, aku nak buat apa eh??” Soal Naziah kepada dirinya. Cakap sensorang.

“Nak buat apa?? Aku kan demam, tidur la. Hehehe” Ujar Naziah lalu ketawa macam orang gila menang judi sambil menaiki tangga menuju ke biliknya.

Sesampai sahaja di biliknya, dia terus merehatkan diri di atas katil empuk miliknya lalu masuk ke alam mimpi.

Sweet Dreams

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience