PERTEMUAN

Romance Series 1036

Kelihatan seorang perempuan yang cantik dari paras rupa sedang beristirehat di sebuah bangku yang berhadapan dengan tasik. Riak mukanya menunjukkan bahawa dia sedang dilanda masalah.

Sedang perempuan itu asyik mengelamun, dia dikejutkan dengan suara seorang lelaki yang entah datang dari planet mana, tiba-tiba sahaja memunculkan diri. Weird.......

“Excuse me, can I sit here??” Ujar lelaki Cina itu yang datang dari planet Pluto, mungkin, sambil memandang ke arah kerusi bangku yang diduduki oleh perempuan itu.

“Sure, why not.” Ujar perempuan itu sambil mengukirkan senyuman yang sangat nampak kepalsuannya sambil berganjak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada lelaki Cina itu untuk duduk, maklumlah bukan mahram, eh mahram pulak muhrim.

“Thanks.”  Ujar lelaki Cina itu seraya duduk di tepi wanita itu.

“Welcome.” Ujar perempuan itu.

Buat seketika susana di antara mereka berdua sangatlah janggal, maklumlah baru kenal, eh baru berjumpa.

Cengkerik yang sememangnya tahu tugasnya, berbunyi-bunyi untuk menghilangkan kesunyian yang terjadi di bangku itu.

“Uhmm, my name is Chen Xiang. You can call me Xiang. I'm 26 years old and I'm from China.” Ujar lelaki itu untuk menghilangkan kesunyian yang terjalin di antara dia dengan wanita tadi.

“My name is Nurul Naziah. You can call me Naziah. I'm 25 Years old and I'm from Perlis, Malaysia.” Ujar wanita itu dengan ramah padahal di dalam hati 'ada aku tanya ke?' . Kejam².

“Can I ask you something??” Ujar Xiang kepada Naziah.

“Sure.” Balas Naziah.

“Do you have any problem? You can share with me if you want.” Ujar Xiang dengan suara yang sederhana kerana takut akan mengganggu ketenteraman para couple yang sedang menikmati keindahan alam.

“What do you mean?” Soal Naziah yang berpura-pura tidak faham.

“It just..... Your face show that you have  problem.” Terang Xiang kepada Naziah.

“Teruk sangat ke reaksi muka aku??” Soal Naziah seorang diri.

“Urmmmmm, Naziah?? Are you okey?” Soal Xiang prihatin.

“Yes, of course I'm okey.” Ujar Naziah pura.

“Are you telling the truth??” Soal Xiang yang pelik dengan kelakuan Naziah.

“Yes.” Tipu Naziah.

“But you're face told that you're lie” Ujar Xiang.

Naziah yang tidak dapat melarikan dirinya daripada menjawab soalan itu mengeluh panjang dan menceritakan semua perkara tentang kerisauan di hatinya pada masa itu kepada Xiang.

“The truth is..........

* * *  * * * * * * * * * *

    Naziah yang sedang berjalan di kawasan pejalan kaki terpaksa berhenti apabila terdapat sebuah kereta yang mengganggu ketenteraman awam especially ketenteramannya dengan membunyikan hon kereta.

'Mamat ni dah takde kerja ke?? Mengganggu orang je lah. Aku nak jalan dengan senang pun tak boleh.' Bisik hati Naziah tanpa mengendahkan lelaki meren yang sedang memekak.

“Awak yang berbaju kemeja biru, berhenti sekejap boleh tak??”  Soal lelaki meren itu kepada Naziah.

Naziah yang tiada pilihan terpaksa mengikuti kehendak lelaki itu, maklumlah dia ingin menunjukkan bahawa orang Islam adalah orang baik di mata masyarakat.

“Jom lah naik kereta saya, saya hantarkan awak balik eh?” Pelawa lelaki itu.

'Gila ke apa jantan ni, nak hantar aku balik bagai, memang tak la. Kenal pun tidak. Dangerous' Sempat lagi hati Naziah berbisik.

“Takpelah encik, rumah saya dah tak jauh dah. Susahkan encik aje nak hantar saya bagai.” Tolak Naziah dengan penuh berhemah.

“Mana ada susah, lagipun rumah kita sehala je, rumah saya pun ikut jalan ni jugak, straight je, dalam tiga minit dah sampai.” Ujar lelaki itu yang tidak mahu mengalah untuk memujuk Naziah menerima pelawaannya.

'Jantan ni memang minta kaki eh?? Dahlah tak kenal ajak balik pulak. Semak betul, dah la aku stress dekat tempat kerja, dia tambah lada hitam pulak. Grrrr, tak guna betul. Bebel Naziah di dalam hati.

“Cik,OOO Cik.” Panggil lelaki itu sambil menghayunkan tangannya di depan mata Naziah apabila Naziah tidak mempedulikan kata-katanya.

“Gosh, maaflah encik, saya takde masa sekarang, ada hal, saya pergi dulu lah ye. Assalamualaikum" Ujar Naziah seraya meninggalkan lelaki itu yang terpinga-pinga.

Sejak hari itu, lelaki itu sentiasa mengekori semasa Naziah pulang ke rumah dengan menaiki keretanya. Nasib baiklah Naziah perlu naik LRT untuk tiba ke rumahnya, jadi lelaki itu hanya boleh mengekorinya sehingga ke stesen LRT sahaja.

Itu pun setelah di beritahu oleh rakan sekerja bahawa terdapat seorang lelaki selalu mengikuti Naziah, kalau tidak kerana rakan sekerjanya pasti dia tidak akan tahu akan kehadiran lelaki itu.

* * * * * * * * * * * * * *

“That is the problem right now.” Ujar Naziah kemudian mengeluh pendek, nampak benar dia sedang berasa tertekan.

“What about make a report to police officer??” Cadang Xiang.

“That is impossible.” Ujar Naziah dengan dahinya yang berkerut-kerut.

“Why??” Soal lelaki itu.

“Because....” Naziah tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila orang ramai mengambil tindakan untuk pulang ke rumah.

“Saya minta diri dululah encik, diorang dah nak pergi station LRT, saya pun kena pergi sana jugak, Bubye. thanks luangkan masa dengar isi hati saya” Jerit Naziah kepada Xiang sambil melambaikan tangannya ke arah Xiang dan disambut oleh lambaian daripada Xiang.

Tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata yang asyik memerhati gerak-geri mereka berdua dengan perasaan benci, sayang, cinta, kasihan dan macam-macam lagi. Tiba-tiba dia mengetuk stereng keretanya dan menghidupkan enjin lalu memandu keretanya tanpa sempat enjin itu panas sambil menuturkan kata-kata yang sukar difahami.

??
??
??
??
??
??
Bercambung.......

Untuk pengetahuan readers sekalian.....

Ada tiga tulisan yang digunakan dalam story ni,

First, “Khas semasa percakapan, means gunakan suara”

Second,' Yang ni pulak, khas untuk bisikan hati'

Tulisan ni pulak untuk bagitau something

Bye² ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience