JAUH

Romance Series 1036

“Naziah, awak dah siap ke belum?? Cepatlah, saya dah tak sabar nih. Sampai je dekat bazar saya nak beli kuih tepung pelita. Dah lama saya tak makan, fikir je pun dah membuatkan saya terliur.” Bebel Xiang seorang diri setelah menerjah ke dalam bilik Naziah, nasib tidak tercabut jantung Naziah sewaktu dia menolak daun pintu. Ye lah takde angin takde ribut takde orang takde haiwan tiba-tiba je pintu dia terkuak sendiri. Naziah yang ingin memarahi Xiang membatalkan niat dia setelah melihat Xiang yang bersungguh-sungguh ketika berbual tentang kuih kegemarannya.

“Ye², kejap. Saya nak kena siapkan projek ni dulu. Sikit je lagi. Kalau awak rajin, awak panggilan Kak Shira, so, bila kita nak pergi tak perlulah kelam-kabut. Boleh??” Pinta Naziah kepada Xiang.

Sepantas kilat Xiang menuju ke arah office Kak Shira setelah mendengar permintaan daripada Naziah tanpa membalas apa-apa.

Semasa Naziah sedang menyiapkan tugasnya, muncul pula seorang makhluk Allah yang entah datang dari mana, planet Zuhrah mungkin. Nak tahu sapa?? Of course mamat meren bin apatah.

“Awak tak nak buka puasa ke?? Ke awak takleh berpuasa??” Soal lelaki itu sambil menayangkan muka miang dia. Dahlah tak hensem bertambah kecacatan pada paras rupanya. Memang mengundang api kemarahan daripada Naziah tetapi Naziah sekarang sudah tidak macam dulu, Naziah sekarang sudah mampu bersabar. Tetapi ada had juga, kalau dah melebihi had gunung berapi apa je yang tak meletus, ye tak?

“Saya ada kerja sikit, that's why la saya buka puasa lambat sikit.” Terang Naziah kepada lelaki meren itu.

“Tak baik tau, kalau kita lambatkan berbuka puasa. Makruh hukumnya. Lagipun hari ni kan second day kita berpuasa. Kena lah buka awal sikit.” Bebel lelaki meren itu.

'Amboi kau, cakap bukan kemain fasal hukum hakam berbuka puasa, yang kau tu gatal+miang tu apa pulak hukumnya?? HARAM kan, tak gitu??' Bebel Naziah di dalam hati.

“Saya ada je bekal air dalam office, so bila dah masuk waktu minum je lah, lagi cepat daripada berbuka dengan nasi or something else.” Balas Naziah.

“Minum air je mana cukup. Apa kata awak berbuka dengan saya, lagipun rakan sekerja kita semuanya dah keluar untuk berbuka. Kita pergi restaurant seafood yng terkenal di seantero dunia.” Cadang lelaki meren itu atau istilah lebih tepat lagi, mengambil kesempatan.

“Yang kau sibuk sangat hal aku asal?? Lantak aku lah nak buka puasa dengan apa, bukannya ganggu hidup kau pun.” Tengking Naziah yang sudah tidak mampu menahan amarahnya.

“Sebab awak bakal isteri saya. That's why la saya sibuk hal awak.” Ujar lelaki itu dengan selamba+mengundang peperangan dunia kedua antara dia dengan Naziah.

“Jaga sikit mulut kau tu, aku takkan terima kau sengaja husband akulah, family aku pun takkan izinkan. Jangan mimpi lah kau menjadi husband aku.” Tengking Naziah yang sememangnya sudah tidak dapat membendung perasaan marahnya.

Naziah yang geram dengan sikap lelaki itu menguak langkah dan berlalu pergi ke arah office Kak Shira. Dia sudah tidak kisah apa yang akan jadi pada office, apa yang ada dalam fikirannya adalah pergi jauh dari lelaki itu sejauh yang boleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience