Masuk Kerja

Romance Series 1036

Skip teruslah ye, masa Naziah masuk kerja+tamatlah MC dia.

Semasa kakinya menjejak ke dalam syarikat dia terlanggar seseorang.

“Aduh, menatang apa pulak yang langgar aku ni??” Ujar Naziah sehingga orang yang terlanggar dia mendengar butir-butir perkataan yang terkeluar dari mulut dia.

“Maaf cik, saya tak sengaja tapi saya memang berniat nak langgar awak pun.” Ujar manusia itu sambil tersenyum sinis.

Naziah yang mendengar perkataan itu secara automatik mengangkat mukanya dan terkejut apabila mendapati orang yang melanggarnya adalah mamat meren yang selalu ikut dia ke mana sahaja.

'Kenapa dia ada dekat sini? Jangan kata dia pun kerja dekat sini jugak!' Bisik hati Naziah lalu berlalu pergi dari situ.

Tiba-tiba Naziah merasakan tangannya dipegang oleh seseorang, sepantas kilat dia memandang ke arah tangan jahanam yang memegangnya.

'Hanat punya jantan, dia ingat dia husband aku ke, pegang-pegang bagai?? Takde benda lain boleh pegang ke sampai pegang tangan aku? Tahulah tangan aku ni lembut+putih, puji diri sendiri kejap, bukan selalu nak puji diri sendiri. Dah², balik kepada bebelan aku. Nasib berlapik kalau tak, bertambah-tambah dosa aku.' Bebel Naziah di dalam hati sambil merentap tangannya yang dipegang oleh mamat meren. Dasar meren.

Naziah amat beruntung kerana dapat melepaskan tangannya daripada lelaki meren tersebut.

"Eh, Naziah kerja dekat sini ke??” Ujar seseorang sambil mendekati Naziah.

Naziah yang mendengar namanya disebut, memusing-musingkan kepalanya untuk mencari punca suara tersebut dan mendapati suara tersebut adalah milik seorang lelaki yang berbangsa Cina.

“Xiang?!?!” Jerit Naziah setelah menganalisis lelaki yang memanggilnya sebentar tadi.

'Aduh, bala apa pulak kali ni?? Tak habis dengan masalah mamat meren ni, datang pula budak ni! Haihhhhh, bilalah hidup aku nak aman??' Bebel Naziah di dalam hati sambil menguntumkan senyuman palsu ke arah Chen Xiang.

Chen Xiang yang teruja setelah berjumpa dengan Naziah berjalan menuju ke arah Naziah tanpa menghiraukan pandangan tajam yang diberi oleh mamat meren.

Sebenarnya dia tak nampak pun, busy sangat merentas desa untuk sampai kepada Naziah.

"Xiang boleh bercakap Bahasa Melayu ke??” Soal Naziah sekadar berbasa-basi.

“Yeah, saya boleh cause saya dah lama tinggal dekat Malaysia.” Jelas Xiang kepada Naziah manakala Naziah hanya meng'o'kan sahaja.

“Naziah!" Jerit seorang wanita yang cantik berpakaian menutup aurat.

Naziah memandang ke arah empunya suara.

“Kak Shira, rindunya dekat Kak Shira.” Ujar Naziah lalu memeluk Kak Shira yang baru dan dibalas dengan pelukan hangat daripada Kak Shira lalu mereka berdua berjalan menuju ke bilik masing-masing sambil berbual-bual kosong manakala Chen Xiang dan mamat meren dilupakan dan ditinggalkan.????, kesian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience