Muhammad Taufiq Raiqal

Romance Series 1036

Sampai sahaja di bazar, mereka bertiga terpaksa berasak-asak dengan pengunjung yang lain. Keadaan di bazar ketika ini sangatlah sibuk.

Sedang mereka membeli kuih tepung pelita kegemaran Xiang, jelas kedengaran suara teriakan daripada seorang budak lelaki yang sedang menangis di tengah-tengah kekalutan orang ramai.

Namun, tiada siapa pun yang ingin membantu kanak-kanak lelaki itu, yang ada hanyalah seorang manusia lelaki yang tidak ada belas kasihan memarahi dan menunjal-nunjal kepala budak itu. Orang di sekeliling mereka berdua hanya memerhati dari jauh tanpa melakukan apa-apa.

Naziah yang geram akan perbuatan lelaki itu mengambil tindakan drastik dengan menolak dada bidang milik lelaki itu. Lelaki itu terundur ke belakang dek terkejut dengan tindakan Naziah.

“Apa masalah kau sampai nak tunjuk kepala budak ni?”

Tengking Naziah tanpa segan silu. Peduli apa dia dengan pandangan orang di sekelilingnya, harap nama je manusia tapi takde perasaan, biarkan budak tu kena marah dengan mamat sewel ni.

“Yang kau sibuk hal aku kenapa?? Ada aku ganggu hidup kau?? Tak, kan. So, better kau gi berambus. Tak payah masuk campur urusan aku dengan dia.”

Balas lelaki itu dengan kasar.

“Memang kau tak ganggu aku, tapi kau ganggu mental budak ni. Kau tahu tak, budak ni boleh menghidap depression atau nama lainnya kemurungan. Depressed buka sahaja disebabkan oleh buli, ianya juga disebabkan oleh gangguan mental seperti apa yang kau telah lakukan. Dan kau boleh disabitkan atas jenayah yang telah kau lakukan iaitu seksyen 509.”

Terang Naziah kepada lelaki itu manakala Xiang yang tiba di situ mendukung kanak-kanak lelaki itu dan memakaikan earphone ke telinga kanak-kanak itu.

Entah faham ke tidak lelaki sewel itu dengan terangan yang telah diberitahu oleh Naziah.

“Arghhh, kalau kau suka sangat dengan budak ni kau jaga lalu dia.”

Ujar lelaki itu setelah menyedari dia tidak mempunyai peluang untuk menang jika meneruskan sesi pergaduhan dengan Naziah.

“Kejap, apa maksud kau?? Budak ni hilang parent dia je kot, kenapa aku kena jaga dia pulak??”

Soal Naziah kepelikan sedikit jawapan yang diberi oleh lelaki itu.

“Tadi aku nampak parent dia tinggalkan dia dekat sini and suruh budak ni tunggu dekat sini. That's why la aku marah budak ni, aku suruh dia pergi tempat lain tapi dia tak nak, menghalang jalan orang je.”

Ujar lelaki itu bagi merasionalkan tindakan yang telah dilakukannya dan mendapat sambutan hangat daripada penonton-penonton bawang.

“Yang kau marah dia tu kenapa. Cakap lagi elok-elok. Lagipun dia bukannya buat salah pun. Dia cuma akur dengan perintah parents dia even ada orang marah dia. Mana kau letak otak kau sampai takleh fikir baik buruk? Tindakan kau tu tak rasional langsung malahan tindakan paling bodoh adalah.”

Kang dicarut, tulah bodoh sangat sampai tak fikir mana betul mana tak betul.

“Ah sudahlah, kau jagalah budak ni.”

Ujar lelaki itu lalu meninggalkan mereka di situ berserta penonton-penonton bawang yang masih lagi menyaksikan drama yang sudah tamat.

Naziah pula berlalu pergi ke arah kanak-kanak lelaki itu dan bercakap dengan lemah-lembut. Sekali dilihat seperti emak sudah.

“Apa nama kamu??”

Soal Naziah sambil berjalan menuju ke arah Kak Shira yang sudah berada di kereta Xiang dan diikuti oleh Xiang sebagai.

“Mu.......mu......hammad Tau........Tau.........fiq Rai..........Rai.........qal.”

Balas kanak-kanak lelaki itu terputus-putus kerana diganggu oleh sedu.

“Takpe, cakap perlahan-lahan okey??”

Ujar Naziah sambil menguntumkan sebuah senyuman semanis kurma dan membuatkan jantung Xiang berdegup dengan laju.

Jatuh cinta lagi, lagi-lagi ku jatuh cinta. Harus bagaimana........ 'lagu pulak'

“Umur Raiqal berapa??”

Soal Naziah.

“2.........2 Tahun.”

Jawap Raiqal.

“Naziah, kita nak buat apa dengan budak ni??”

Soal Xiang kepada Naziah sambil memujuk Raiqal supaya berhenti menangis.

“I don't know. Sampai hati parents dia tinggalkan dia. Dia still kecil kot.”

Jawap Naziah yang doesn't have any idea right now.

“Kenapa budak ni ada dengan korang??”

Soal Kak Shira yang pelik dengan keberadaan Raiqal.

“Panjang ceritanya Kak Shira, tak sempat kalau nak cerita sekarang.”

Balas Naziah sambil mengambil tempat di tempat duduk di sebelah pemandu manakala Xiang masih berada di luar kereta, menunggu isyarat daripada Naziah. Begitu juga dengan Kak Shira.

Setelah berada di dalam keadaan yang selesa, Naziah mengambil Raiqal daripada pelukan Xiang dan meletakkan Raiqal di atas ribanya.

Xiang berlari-lari anak menuju ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin serta penghawa dingin lalu bergerak menuju ke syarikatnya di mana tempat Naziah dan Kak Shira bekerja.

Sesekali dia melihat ke arah Raiqal dengan penuh rasa kasihan. Masih kecil tetapi sudah ditinggalkan oleh ibu bapanya. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Harap ada je akal tapi tak reti nak guna sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience