BREAK FAST

Romance Series 1036

“Hai Naziah, awak apa khabar? Tak sangka, awak pun kerja dekat sini.” Ujar CEO itu sambil tersenyum.

“Hehehe, saya pun tak sangka awak bekerja dekat sini Xiang. CEO pulak tu, bukannya jawatan bawahan. Macam saya.” Ujar Naziah sambil mengukirkan senyuman yang sangat hodoh bagi semua orang tetapi cantik bagi Xiang.

“Takde kena mengena dengan jawatan la, please, jangan sebut tentang jawatan lagi.” Ujar Xiang yang jelas di mukanya tidak menyukai apa yang diperkatakan oleh Naziah

“Apa pulak takde kena mengena?? Kita kena lah tahu jawatan masing-masing supaya ada batas, ibarat langit dengan bumi.” Ujar Naziah yang entah pape ayat. Tiba-tiba pulak cakap gitu.

“Langit ke bumi ke, kalau dah suka, even planet pluto saya sanggup pergi dan tunggu awak.” Bisik Xiang sendiri. Gila kot, Pluto tu dah la jauh, ada hati nak pergi. Ceh. Dah la ayat sebijik macam Naziah.

“Awak cakap apa?? Sayla tak dengar lah, boleh cakap kuat sikit tak??” Pinta Naziah

“Urmmm, boleh tak kalau saya nak ajak awak gi lunch dengan saya esok?? Just untuk berkenalan dengan awak je.” Pelawa Xiang dan disambut dengan jawapan yang sangat menyenangi hatinya.

“Maaflah Xiang, saya terpaksa menolak tawaran awak. Awak tak tahu ke bulan ni bila Ramadhan. Semua umat Islam wajib puasa bagi yang mampu dan mencukupi syarat.” Ujar Naziah dengan selamba. Dia ni dah lupa agaknya, Xiang tu kan beragama Buddha. Haihhhhh, bengao benir Naziah ni.

“Kalau macam tu, saya nak join awak berbuka puasa boleh?? Saya teringin nak pergi bazar Ramadan and beli makanan.” Ujar Xiang sambil terliur apabila mengenangkan kuih dan makanan yang dijual di basar Ramadhan.

“Awak tak pernah pergi bazar ke??” Soal Naziah kepelikan.

“Tak, sekali pun tak pernah sebab saya takde kawan yang boleh teman saya ke bazar. Saya pulak malu pergi sensorang.” Ujar Xiang mengundang perasaan menyampah terhadap lelaki di depannya.

'Buat teruk, malu konon. Kau ajak aku tak malu pulak??' Bisik hati kecil Naziah.

“Boleh tu boleh, tapi saya nak ajak Kak Shira sekali, ye lah. Awak lelaki saya pulak perempuan, bukan mahram pulak tu. Nanti apa pulak kata orang yang pandang.” Ujar Naziah selamba.

Ada benarnya juga percakapan Naziah. Masyarakat zaman sekarang suka sangat membawang. Kalau membawang perkara baik takpe, ni membawang perkara yang jahat. Actually bagi diorang je jahat. Orang lain tak pun.

“Boleh, tapi kita bertiga naik kereta saya ye? Boleh?? Cadang Xiang dan disambut dengan anggukan daripada Naziah.

Terjerit kegembiraan dia dibuatnya. Naziah pula yang rasa semua perkara sudah selesai meminta izin untuk keluar dan bersiap untuk pulang. Almaklumlah dah habis masa bekerja, right now is time for Naziah to sleep on the bed.

Semasa dalam perjalanan pulang Naziah terserempak dengan Kak Shira lalu memberitahu tentang pelawaan Xiang sebentar tadi dan dibalas oleh Kak Shira dengan bersungguh-sungguh. Ye lah, baru berkenalan dah ajak makan, mesti ada something secret. Jadi dia ingin membantu Xiang untuk mendapatkan Naziah yang sememangnya telah menutup pintu hatinya buat semua lelaki di dunia ini.

??
??
??
??
??
??

Bubye.
??
??
????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience