WHT?!?!

Romance Series 1036

Naziah dan rakan sekerja yang lain melakukan hal masing-masing sementara menunggu waktu pulang. Tanpa dia sedari, terdapat beberapa pasang mata yang sangat asyik merenung mukanya.

Tiba-tiba biliknya dimasuki oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan mamat meren bin Jahanam. Naziah yang masih duduk di atas kerusi hanya menayangkan muka selamba.

'Apahal mamat ni masuk bilik aku?? Tahulah teringin nak dapat jawatan macam aku, aku tahu bukan senang nak dapat jawapan setinggi ni. Bilik pun mewah gila, ada toilet, sofa, fridge, television macam-macam lagi lah. Tapi tak payahlah sampai masuk bilik aku, kang kena tangkap basah tak pasal-pasal kahwin free. Memang taklah. Eh, yang dia ni tersengih-sengih macam kerang busuk pahal?? Kerang busuk kalau senyum pun lagi comel daripada mamat meren ni.' Bebel Naziah seorang diri tanpa tidak menyenangi kehadiran lelaki itu ke biliknya.

“Cik, ni fail yang mengandungi segala maklumat tentang projek yang cik perlu uruskan.” Beritahu lelaki itu sambil menghulurkan fail yang berwarna kuning kepada Naziah.

“Thanks, kalau takde pape awak boleh KELUAR dari bilik saya.” Ujar Naziah yang menekankan perkataan keluar kepada mamat meren yang miang mengalahkan miang di pokok buluh. Dasar jantan.

“Cik ni, garang sangatlah. Kita tak sempat berkenalan tadi, tiba-tiba je ada makhluk hodoh datang ganggu kita berdua. So, I think now is the perfect time for us to start our relationship.” Ujar lelaki itu tanpa segan silu.
'Perghhhh, tak malu betul laki tu. Sedap mulut mak bapak dia je kata orang hodoh, apa?? Dia tu hensem sangat ke?? Kalau hensem dah lama aku minat, ni tak, mangkuk tandas pun lagi elok. Konon style la kalau berspeaking?? Buat malu je. Nak tahu kenapa buat malu je?? Cause dia punya sebutan tak betul. Samapi ke tahun depan pun aku takkan faham kalau dia ulang balik apa yang dia cakap.' Bebel Naziah seorang diri sehingga tersenget mulut dia kerana menahan geram terhadap lelaki yang berada di hadapannya.

'Comel pulak aku tengok dia ni, makin lama makin comel pulak aku tengok.' Bebel lelaki tu seorang diri.

'Tok²' kedengaran bunyi ketukan di pintu yang membuatkan lelaki meren itu berhenti memandangnya. Tersembul wajah Kak Shira di sebalik pintu apabila dibenarkan masuk oleh Naziah.

Kak Shira membawa Naziah keluar daripada bilik itu dan menuju ke arah bilik CEO mereka. Naziah yang tidak tahu apa-apa hanya mengikuti langkah Kak Shira tanpa banyak soal.

Sesampai sahaja di bilik tersebut, Kak Shira mengetuk pintu kaca tersebut lalu menolak pintu itu dan memasuki bilik itu setelah mendapat keizinan daripada manusia yang berada di dalam bilik itu. CEO baru mungkin.

“Inilah Naziah, saya rasa ini adalah perempuan yang tuan sebutkan.” Ujar Kak Shira kepada lelaki yang berada di hadapannya.

'Kitorang ada dalam bilik kau kan sekarang ni, pusing lagi kerusi kau tu, nak jugak tengok muka kau. Walaupun kau tak hensem, hehehe.' Bebel Naziah kepada CEO baru itu.

“Good, you can go out sekarang, Naziah pulak stay in my office.” Arah lelaki itu.

'Amboi², sedap kau je arah orang lain buat sesuatu, kau ingat kau sapa?? Okeylah, kau CEO KAN' Bebel Naziah sehinggakan tidak menyedari panggilan CEO itu. CEO itu yang tidak berpuas hati mengambil langkah drastik lalu pergi ke arah Naziah dannnnn.......

“PAHHH”
“ARGHHH”

Kedengaran suara orang menjerit, Yes of course Naziah. Cause why?? Cause CEO itu menjerit di tepi telinganya. Automatik Naziah menjeling lelaki itu.

“WHAT THE” Jerit Naziah setelah melihat muka CEO itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience