6.

Romance Series 3558

Khaili siap memakai baju kameja dengan skirt labuh paras lurus dan dipadankan dengan blazer. Rambut diikat sanggul tidak terlalu tinggi. Sementara Hariz sedang merapikan rambutnya. Bilik semerbak dengan haruman minyak wangi milik lelaki itu.

Hariz tersengih melihat pantulan imej Khaili yang sedang membelakang di cermin. Sudah berhari-hari dia meluangkan masa di rumah rakan baiknya sehingga Khaili sudah akur.

" Cantik, " ujar Hariz. Khaili menggayakan beg jenama Miu Miu yang dihadiahkan. Sangat sesuai dengan pakaiannya yang turut dihadiahkan oleh Hariz.

Khaili hanya diam. Dia mencapai kasut tumit tinggi berwarna hitam dengan aksesori bunga kristal di tengah-tengah.

" Nampaknya aku lebih pandai hias kau berbanding Safuan, " Hariz meneliti Khaili dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Pakaian dan aksesori semuanya ditentukan Hariz. Imej baru Khaili lebih terserlah dari yang sebelum ini.

" Kau ingat aku apa? Anak patung? " Khaili merenung tajam. Sudah berhari-hari menatap wajah Hariz, cukup membuatkan dia berasa jelak. Lelaki yang tak tahu malu dan berlagak tak bersalah.

" Entah. Mungkin? " Hariz tersenyum.

Hariz mengusap wajah Khaili. Tanpa solekan tebal pun, wanita itu kelihatan cukup menawan. Tangannya ditepis. Dia mengetap rahang, bengang.

" Okay, aku pergi kerja dulu. Nanti kita jumpa lagi, " ujar Hariz sambil mengusap bahu Khaili perlahan sebelum melabuhkan ciuman di pipi. Pipi yang sebelah pun hendak dicium, lantas Khaili mengelak.

" A-aku dah lambat, " tubuh Hariz ditolak lembut.

Hariz mengeluh kecil. " Baik, aku pergi sekarang! " Mungkin rasa tercabar. Matanya terpejam dengan rahangnya yang mengetap. Barulah dia melangkah pergi.

Khaili terduduk sambil tangan mencekup kuat ke mulut. Puas dia menjerit sekuat hati. Sedaya upaya dia cuba mengawal daripada air mata tumpah.

" Apa aku dah buat ni? " Soalnya sendiri. Dia sedar apa silapnya, membiarkan Hariz berleluasa di dalam rumah dan terhadap dirinya. Maruah terhina dan dipijak-pijak. Khaili gagal untuk mempertahankan diri.

Hampir 2 minggu Safuan meninggalkan rumah dan meninggalkan isterinya tanpa sebarang khabar berita. Dia tidak tahu menahu apa yang sedang ditanggung Khaili.

" Arghhh! " Teriak Khaili. Telefonnya dicampakkan ke lantai. Berkali-kali mendail nombor telefon Safuan, tidak sekali pun dijawab. " Kenapa abang tinggalkan Ili? Abang langsung tak kisahkan Ili.. "

Safuan seperti sudah lenyap. Entah ke mana lelaki itu pergi. Mungkin sibuk dengan urusan perniagaan.

" Cantik pemandangan laut waktu senja ni, " ujar Safuan sambil menggenggam erat jari jemari Umaira.

Pasangan suami-isteri yang romantik, bersiar-siar di gigi pantai sambil berpimpin tangan. Waktu senja di sini sangat sesuai untuk pasangan suami isteri ataupun kekasih berbulan madu.

" Susah nak percaya kita dah kahwin, " kata Umaira dengan senyuman yang tak lekang dari wajahnya. Perkahwinannya yang kedua ini memberikan dia peluang merasakan kemanisan di awal perkahwinan.

Perkahwinan bersama Saiful, arwah abang kepada Safuan tidak seindah yang dikhabarkan. Mereka terlalu muda, bahkan perkahwinan mereka pun tidak mendapat restu. Mujurlah setelah berhempas pulas dalam keluarga itu, dirinya diterima baik.

Safuan sekadar tersenyum. Berbanding Umaira, dia lebih tak sangka. Di usia yang dikirakan muda, dia sudah beristeri muda. Kedua-dua isterinya cantik bak bidadari. Safuan antara lelaki paling bertuah di dunia ini.

" Hurm.. " Khaili mengeluh kecil. Matanya tak lepas dari skrin komputer dan tangannya menaip laju pada papan kekunci.

Seorang demi seorang rakan sekerjanya meninggalkan pejabat. Tak kisahlah sama ada kerja masing-masing selesai atau belum, waktu bekerja sudah habis. Tiba masanya untuk pulang. Namun Khaili masih setia bersama teh ais lemon untuk menyegarkan diri.

" Sudah-sudahlah tu, Khaili. Apa yang sibuk sangat? Sedangkan Lady Boss kita pun tak busy macam kau! " Orang lain pula yang senang melihat kelaku Khaili. Sibuk benar! Orang ini tak lain tak bukan, Lady Boss itu sendiri.

Hanan melabuhkan punggung di atas meja ruang kerja Khaili sambil menyilang kaki. Apa dia peduli? Semua apa yang ada di dalam bangunan tiga tingkat ini miliknya.

" Cik Hanan, boleh saya sambung kerja saya? " Ujar Khaili. Sekilas dipandang Hanan sebelum beralih ke skrin komputer. Hanan mengeluh perlahan. Wayar komputer dicabut dengan sekali tarik.

*Zup!

Hilang semua data yang dikumpul.

" Ini bukan kerja kau, kan? Kenapa kau sibuk nak buat kerja orang lain? " Soal Hanan. Sebagai seorang majikan di situ, dia perlu memainkan peranan yang sepatutnya. Dia boleh menghidu apa yang tidak kena.

" Kau bergaduh dengan Safuan, ya? " Ujar Hanan apabila Khaili hanya diam. Sudah bertahun-tahun mengenali wanita itu, tak perlu terangkan lagi. Dia tahu, ada sesuatu yang berat ditanggung Khaili.

" Safuan tak balik lagi? "

Khaili mengangguk lemah.

Hanan mengeluh. " Dia curang dengan kau, " ujarnya.

Reaksi balas Khaili bukanlah seperti yang disangka. Khaili masih senyap dan merenung sesuatu. Tentu bukan itu masalah utamanya. Ada sesuatu yang dia tak mahu kongsi.

" Kita dah lama kawan, Khaili. Aku tak kisah sama ada kau nak kongsi atau terus berdiam dengan masalah kau. Aku faham. Tapi kalau dah terlalu berat untuk kau tanggung, kau boleh kongsi dengan aku. Bila-bila masa je aku ada untuk kau, "

Hanan, bukan sekadar majikan mahupun kawan. Dia lebih daripada itu. Seorang penyokong setia Khaili. Malah Khaili turut menyokongnya. Lebih-lebih lagi dengan perusahaan kosmetiknya.

Namun, Hanan tak patut tahu. Apa pun alasannya, Khaili akan cuba mengelakkan Hanan dari terjebak.

...

Dari jauh lagi, matanya menangkap tubuh seorang wanita berkasut tumit tinggi keluar dari sebuah bangunan. Kehadirannya sudah dihidu Khaili. Hariz tersenyum nipis, tak sia-sia dia menghabiskan berjam-jam menunggu.

" Masuk, " ujar Hariz seraya menurunkan cermin. Khaili mengeluh akur. Sebab inilah dia sudah beberapa hari tidak memandu sendiri.

Sebaik sahaja dia masuk, Hariz memecut laju kenderaannya membelah jalan raya. Khaili duduk sedikit mengiring. Matanya merenung ke pemandangan di luar.

" Macam mana kerja hari ni? " Hariz memulakan perbualan. Tak senang dengan suasana senyap sepi sepanjang perjalanan.

Mulanya Hariz agak geram dengan sikap Khaili yang dingin dan acuh tak acuh melayannya. Lama kelamaan pun dia terbiasa, itu sememangnya sifat semula jadi Khaili. Tak boleh diubah lagi.

" Dah makan? " Kali ini Khaili hanya mengangguk kepala. Hariz melabuhkan tangan di pahanya yang yang terselak dari belahan skirt.

Khaili tidak lagi cuba mengelak mahupun menghalang. Sudah lali dengan perangai jijik Hariz. Tak guna pun melawan. Dia menung ke pemandangan di luar, ini bukan jalan menuju ke rumahnya.

" Sayang.. " Wajah Khaili diusap lembut. Rambut Khaili sudah terburai dari ikatan sanggul. Cantik rambutnya dibiar bebas.

Khaili yang terlelap terus terjaga. Hariz menayangkan senyum manis dan menghulurkan tangan, membantunya bangun.

" Ingat lagi dengan hotel ni? " Soal Hariz. Soalannya sengaja dibiarkan tak berjawab. Hanya sekadar untuk mengingatkan Khaili.

Tangan Khaili dikucup lama dan mereka berpimpin tangan memasuki bangunan hotel. Ini bukanlah kali pertama Hariz membawanya pergi ke hotel, malah sudah kali ketiga mereka pergi bersama. Bilik istimewa sudah ditempah.

*Bush!

Sejurus masuk ke dalam bilik hotel, tubuh Khaili terus ditolak ke katil. Hariz melucutkan blazer dan melonggarkan tali lehernya sebelum menindih Khaili. Khaili tidak pun meronta seperti sebelumnya.

Bibir Khaili dicium rakus sambil menanggalkan satu persatu pakaiannya. Nafas Hariz semakin memberat menahan nafsunya yang kian memuncak ditahan. Dia membenamkan wajahnya ke leher.

Perbuatannya terhenti. " Huh? "

Tangisan Khaili kedengaran cukup hiba berjaya meraih simpati untuk kali pertama. Lantas Hariz bangun dari menindih. Rambut diserabutkan. Tubuh Khaili ditarik bangun.

Wajah Khaili basah dengan air mata. Tak henti-henti mengalir, menandakan dia sudah lama menahannya. Air mata Khaili diseka. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

" Khaili.. " Hariz memeluk erat tubuh Khaili. Lebih esak Khaili menangis. Semahu-mahunya dia melepaskan semua yang dia pendam.

Belakang Khaili diusap perlahan. Hariz cuba menenangkan walaupun tak patut, dialah punca segalanya. Biarlah bahunya menjadi tempat Khaili meluahkan rasa.

" Hariz, aku dah muak. Please, stop doing this, " ujar Khaili dengan suara agak tersekat. Tangisannya masih tersisa.

Hariz mengangguk dan pelukan diregangkan. Wajah Khaili yang merah kemerahan akibat menangis. Hariz memberikan sedikit jarak. Nafas dihela berat.

" Ini kali terakhir. Selepas ni, aku akan pergi jauh dari hidup kau. Sampai bila-bila pun Safuan takkan tahu, " sambungnya lagi.

Tak berkelip mata Khaili menatap ke sepasang mata redup Hariz yang cukup memukau. Kedua-dua bahunya dipegang erat.

" Baik, " balas Khaili setuju.

Khaili dihulurkan sebuah beg kertas. " Aku nak kau layan aku macam mana kau layan Safuan, "

Hariz menunggu di atas katil penuh sabar. Khaili akhirnya sudah siap menggantikan pakaian. Dia melangkah mendekati Hariz dengan memakai baju tidur satin yang mendedahkan tubuhnya serta wangian yang membangkitkan nafsu. Khaili kelihatan agak lain daripada kebiasaan.

Sempena malam yang terakhir ini, Khaili meletakkan lebih usaha. Rambutnya didandan kemas dengan solekan nipis di wajah. Atas bawah direnung Hariz, tubuhnya kelihatan cukup mengelirukan.

...

" Kenapa dengan awak ni? " Soal Safuan.

Safuan membungkam geram. Belaian demi belaian, sedikit pun tak diendahkan Khaili sejak dia pulang ke rumah. Berhari-hari meninggalkan isteri kesayangan, tentulah dia rindu. Peluk dan cium ditolak mentah-mentah. Tak pernah isterinya begini.

" Khaili, kenapa? Apa yang tak kena dengan awak? Masih merajuk sebab abang tak jawab call sampai awak nak balas balik? " Safuan tertawa sinis. Barulah dia faham dengan perasaan Khaili apabila ditelefon banyak kali tetap tak diangkat.

Khaili mengeluh. " Abang, saya penatlah baru balik kerja! " Nada suaranya agak tinggi.

" Khaili! " Safuan mengerut kening. Pergelangan tangan Khaili dicengkam kuat. Kalau sehari dua perangai Khaili begini dia boleh tahan sabar, tapi kalau sampai seminggu mana mungkin Safuan akan biarkan.

Wajah Khaili agak pucat.

" Awak tak sihat? " Safuan simpati.

Khaili sekadar mengangguk. Dia melangkah lemah menuju ke bilik. Safuan perhatian dari belakang. Sememangnya Khaili agak lain sejak baru-baru ini. Dia lebih suka menyendiri dan tak banyak cakap. Makan pun tak ada selera.

Ada sesuatu yang tak kena. Mungkin, Khaili sudah tahu tentang rahsianya. Boleh jadi juga. Atau sebenarnya ada sesuatu yang dirahsiakan. Dia perlu cari tahu!

Safuan terjaga dari tidur dek suatu bunyi aneh yang datang dari tandas. Tangannya meraba-raba ke sebelah, kosong.

" Khaili? " Soalnya.

Khaili tiada di sebelah. Safuan menggosok-gosok matanya sebaik sahaja melihat cahaya lampu daripada tandas. Dia sudah agak, Khaili akan bangun di tengah-tengah malam.

Safuan mengukir senyum. Buat masa ini, dia akan cuba berpura-pura tidak tahu.

" Awak masak? " Soal Khaili. Tak sangka dengan apa yang dihidang di depan mata.

Sepinggan nasi putih, dan beberapa lauk pauk yang masih berasap panas. Semuanya lauk kegemaran Khaili. Apa yang lebih mengejutkan, Safuan yang menyediakannya.

" Mesti awak tak tahu yang suami awak ni pandai masak, " ujar Safuan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Khaili dengan senyuman yang lebar.

" Tunggu apa lagi? Try it! "

Sepanjang hari ini, Safuan tak henti-henti tersenyum. Bukan perangai Khaili yang berubah, malah Safuan yang lebih banyak berubah. Khaili berasa agak janggal.

Khaili menyuapkan sesudu nasi dan sedikit lauk ke dalam mulut. Safuan tak sabar-sabar menantikan komen balas. Makanan itu mula dikunyah Khaili.

Belum sempat menelan, Khaili terus berlari menuju ke singki dapur. Makanan di dalam mulutnya dimuntahkan. Khaili menahan batang paip, sekali lagi isi perutnya mahu terkeluar.

Belakang Khaili diusap dan ditepuk perlahan. Hanya itu yang dia mampu lakukan untuk membantu. Dalam senyap dia menguntum segaris senyuman yang cukup menggembirakan.

" Kenapa dengan kau ni? " Bengang Hariz dibuatnya melihat perangai tak betul Safuan. Sudahlah senyum tak henti, boleh punya tertawa apabila ditanyakan kenapa.

Safuan membetulkan posisi duduk. " Hariz, aku bakal jadi ayah, " ujarnya.

Hariz angkat kening.

" Isteri aku dah mengandung, "

Hariz terkelu.

mengangguk tersenyum lebar. Berita yang cukup menggembirakan ini perlu dikongsi bersama Hariz, rakan baiknya.

" 5 tahun kami tunggu. Akhirnya isteri aku mengandung. Tak tahu macam mana nak gambarkan rasa gembira ni, Riz! " Wajah cerita Safuan sememangnya tak menipu.

Lelaki mana yang tidak menangis kegembiraan, bertahun-tahun menanti, akhirnya zuriatnya akan terlahir ke dunia. Hariz diam mengamati raut wajah Safuan. Dalam situasi ini, patutkah dia turut bergembira?

Hariz resah memikirkan satu hal.

Adakah benih yang dikandung Khaili milik Safuan? Atau miliknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience