2.

Romance Series 3558

Hariz melangkah ke sekeliling ruang tamu yang dihiasi dengan perabot-perabot berjenama, dia berhenti apabila berdiri di hadapan sebuah bingkai gambar yang sebesar orang tergantung di dinding. Potret keluarga kecil itu, Safuan, Khaili, serta anak mereka. Lama dia merenung ke raut wajah serius bayi yang didukung oleh Safuan.

" Anak aku tu memang susah sangat nak senyum. Asyik berkerut je muka dia. Entah ikut perangai siapa, " kata Safuan sambil mempelawa Hariz duduk. Air serta kudapan dihidangkan.

" Mungkin ikut perangai Khaili, " balas Hariz.

" Entahlah, Riz. Setahu aku, Khaili ceria benar orangnya masa kecil-kecil dulu. Agaknya, Azim ikut perangai sendiri, " Safuan tertawa kecil.

Hariz sekadar tersenyum. " Mana Khaili? Maksud aku, mana isteri kau? Batang hidung pun tak nampak dari tadi. Tak suka ke bila aku datang menyergah? "

" Eh, bukan macam tu. Isteri aku ada kat atas, tengah uruskan Azim. Budak kecil tu banyak songeh betul! Tak mahunya dia dengan aku, " keluh Safuan. Sebenarnya sebelum Hariz datang, mereka suami isteri ibarat berperang untuk memandikan si kecil itu. Entah mengapa ragamnya hari ini tak elok.

" Biasalah, budak kecil. Mesti dia takut dengan kau, yelah muka kau tu garang! " bidas Hariz. Berdekah tawa Safuan.

" Budak-budak memang tak suka aku, agaknya. Sampai anak sendiri pun takut, padahal bapak dia sendiri, " tergeleng-geleng kepala Safuan.

Hariz tersenyum kelat. Kopi panas itu dicicip, rasanya agak pahit berbanding kali terakhir dia minum di rumah Safuan.

Dari tingkat atas, kedengaran jelas gelak tawa seorang bayi yang cukup riang. Safuan ikut tertawa. Azim sememangnya seorang bayi yang comel dan periang namun dia berubah gerun ketika bersama Safuan.

" Kau tak nak tambah anak lagi? " soal Hariz.

" Cukuplah satu, Azim seorang saja pun aku tak boleh nak kawal. Lagipun, kau sendiri dah tahu. Isteri aku tu susah nak mengandung. Nak dapatkan Azim tu pun bukan main payah. Sampai 5 tahun kami tunggu, " kata Safuan bersama keluhan di hujungnya.

" Engkau macam mana pula? "

" Hah? "

Hariz agak tersentak dari lamunan. Mujurlah tidak jauh fikirannya melayang.

" Aku? Apa maksud kau? " Soal Hariz.

" Kau bila pula nak kahwin? Nak ada keluarga sendiri. Umur kau pun bukannya muda lagi. Takkan nak membujang sampai 40 tahun? " Ujar Safuan. Walhal dia tahu, Hariz tidak sukakan komitmen dalam hidup tapi takkanlah tak wujud perasaan ingin berkeluarga di hatinya?

Agak lama Hariz mendiam. Matanya menjeling sekilas bingkai gambar keluarga Safuan.

" Sudah tentulah ada, Safuan. Aku pun nak bahagia. Apa yang kau ada, aku juga mahu. Ada isteri.. ada anak.., "

" Aku boleh carikan calon isteri untuk kau, "

Terus Hariz tertawa.

" Kenapa? Kau tak percaya aku? " Bengang pula Safuan dibuatnya. Dia serius, bukannya main-main.

Entah apa yang lucu, tawa Hariz agak besar. Cukuplah apa yang dia ada sekarang, jauh di sudut hatinya. Apa yang dimiliki Safuan itu tak mungkin untuk dia capai.

" Tak ada perempuan lain boleh gantikan cinta hati aku. Mungkin.. dia milik orang lain tapi hati aku masih milik dia, Safuan. Aku tak rasa aku boleh ubah perasaan tu, " ujar Hariz. Air mukanya agak berubah. Seperti ada sesuatu yang begitu berat cuba ditahan.

Meskipun Safuan merupakan teman rapat kepada Hariz, dia tidak tahu menahu siapa wanita yang memiliki hati lelaki itu.

...

" Abang menung apa? " Soal Khaili, di masa yang sama dia sedang memeluk anaknya. Bising-bising dengan suara gelak tawa ibu dan anak itu, Safuan leka termenung.

" Abang bukan menung. Cuma terbayangkan Hariz, " luah Safuan.

Riak wajah Khaili berubah. " Bila masa kawan abang tu datang? " Soalnya.

" Abang ada jemput dia datang tengah hari tadi. Tak sempat abang nak panggil sayang turun dengan anak kita. Hariz cepat sangat nak balik, " terang Safuan.

" J-jadi dia dah tahu rumah kita? " Gumam Khaili.

" Apa sayang cakap? Abang tak dengar, "

Lantas Khaili menggelengkan kepala dan mengoyakkan senyum. Dia beralih pandang pada anaknya.

" Kesian pula abang bila terkenangkan Hariz tu. Lama tak jumpa, ingat dia dah kahwin ke apa. Rupanya masih bujang, teman wanita pun tak ada. Entah sampai bila dia nak teruskan ego. Padahal ramai je lagi perempuan kat luar sana untuk dibuat isteri. Takkan dia nak tunggu perempuan yang dia suka tu sampai tua? Umur bukan makin muda, alamatnya nanti mati seorang diri. Sia-sia je berharta kalau tak ada waris kandung, " omel Safuan.

" Ili tak berapa selesalah abang cerita pasal kawan abang tu, " tegah Khaili. Lagipun tak elok di hadapan anak kecil itu. Safuan bercakap agak lepas.

Safuan mengeluh kecil. Boleh pula dia yang lebih beremosi.

" Abang sebagai kawan dia, naklah juga tengok dia bahagia dengan keluarga dia sendiri. Paling tidak, ada isteri untuk hidup bersama, " sambung Safuan. Baru tadi isterinya tegur. Dia mula mengomel lagi.

Bagi Safuan, hidupnya kini sudah lebih pada cukup. Sudah ada harta, isteri, dan seorang waris kandung. Berbeza dengan hidup Hariz yang kelihatan kosong dan suram.

" Esok abang gerak balik rumah mak abang, kan? " Soal Khaili secara tak langsung dia menukar topik. Safuan sekadar mengangguk. " Ili dengan Azim ikut sekali? " Safuan menggeleng pula.

" Abang plan balik sekejap je. Itu pun alang-alang abang ada kerja sana. Tak payahlah sayang nak susah-susah ikut, " ujar Safuan.

Melihatkan keadaan Azim yang mula mengantuk. Safuan berhati-hati mendukung tubuh kecil itu ke katilnya. Azim masih kecil, walaupun sudah mempunyai bilik sendiri dia tetap tidur bersama.

" Sayang, " Safuan berbisik perlahan.

" Apa? " Khaili turut berbisik.

" Sayang rasa, bila agaknya Azim nak lekat dengan abang? " Soalnya. Sejak Azim lahir lagi, entah apa yang tidak kena dengan Safuan. Selalu saja menjadi angkara bayi itu menangis. Azim turut amat cemburu apabila Safuan mendekati Khaili, pasti dia akan menangis meminta simpati.

Sebab tak tahan, itulah puncanya Safuan mengupah seorang pengasuh untuk mengasuh Azim walaupun Khaili merupakan seorang suri rumah. Safuan masih mendahagakan 100% tumpuan daripada isterinya.

" Mungkin sebab abang garang sangat, kot? Sebab tulah anak takut, " kata Khaili. Tangannya melingkari batang leher Safuan lalu dia menghadiahkan beberapa kucupan pada pipi suaminya.

Safuan tersengih. " Habis? Baby yang ni tak takut pun? Lagi suka mengusik adalah! " Pipi Khaili dicuit. Hidung pula digesel-gesel.

" Abang! " Rengek Khaili. Tangan Safuan sudah menyelak masuk ke dalam bajunya. Terasa sentuhan tangan kasar Safuan pada kulitnya yang lembut.

Safuan semakin nakal. " Sayang.. "

" Abang, Azim kat sini. Tak eloklah, " ujar Khaili. Serata wajah hinggalah ke jinjang leher dicium bertalu-talu. Khaili kegelian.

Safuan merebahkan tubuh Khaili lalu ditindih. Dia menghadiahkan senyuman nakalnya. " No, sayang. Abang dah tak tahan, " Safuan tak mahu mengalah.

" Hmm.. abang kata esok nak gerak awal pagi. Mana boleh.. " Khaili cuba main tarik tali. Mahu lihat sejauh mana Safuan boleh pergi.

" Heh, tak kisah! "

" Abang! "

Lampu bilik dipadam, hanya lampu tidur yang menyala malap. Tubuh Khaili terus diterkam bagaikan singa yang kelaparan melahap mangsa. Apa boleh buat? Mereka sudah pun halal. Tak ada sesiapa pun yang boleh menghalang lagi.

...

" Selama abang tak ada di rumah ni, sayang kena pandai-pandai jaga diri dan anak kita. Kalau ada orang yang tak kenal datang, jangan sesekali buka pintu! " Pesan Safuan berulang kali agar setiap butir perkataan lekat di kepala Khaili. Kadang-kadang Khaili susah untuk ingat.

Khaili mengeluh. " Yelah, abang! Abang tu pun sama, jangan nak menggatal eh! " Khaili turut menitipkan pesan.

" Ok madam! " Balas Safuan.

Safuan memandu pergi kereta berjenama Toyota itu pergi dan hanya meninggalkan asap di perkarangan rumah. Khaili dan Azim sekadar melambai sebelum menutup pintu rumah. Tinggallah mereka berdua sepanjang minggu ini.

" Jom kita makan aiskrim! "

" Yeah! "

Sepanjang minggu ini, pastinya Khaili akan membedal aiskrim sepuas-puasnya. Tiada Safuan untuk menghalangnya. Macam-macam yang dibebelkan Safuan hanya kerana aiskrim sahaja. Manis, banyak lemak, tak baik untuk kesihatan. Apa Khaili peduli? Dia tak gemuk pun untuk risau.

" Magnum! Magnum! "

Khaili bersorak-sorak sambil membawa mangkuk aiskrim jenama kegemarannya. Si kecil Azim turut tak sabar untuk berkongsi.

Mangkuk besar aiskrim magnum itu untuk diri sendiri. Mangkuk kecil aiskrim berperisa vanila pula untuk si kecil.

" Coklat ni ada kacang. Awak tu ada alahan kekacang! So, tak boleh makan! Ibu je yang boleh! " Kata Khaili. Kasihan Azim, tentu dia sangat teringin untuk rasa keenakan salutan coklat pada aiskrim itu.

Tak terlintas pun di fikiran Khaili untuk menyuapkan coklat itu ke mulut Azim. Pernah sekali ketika dia tak tahu bahawa anaknya memiliki alahan terhadap kacang, Azim dikejarkan ke hospital dan perlu ditahan wad selama beberapa hari.

" Haih, macam manalah awak boleh ada alahan? Ibu dengan ayah tak ada pun, " keluh Khaili. Dia masih ingat lagi, selama setahun dia pantang tak makan kacang gara-gara menyusukan Azim.

Sejak sebelum kahwin lagi, Khaili mahupun Safuan, mereka berdua sangat sukakan kacang. Setiap hari pasti akan mengunyah kacang. Sejak lahir Azim, mereka elak makan kacang kerana takut memberikan kesan kepadanya. Mungkin gara-gara selalu makan kacanglah anak mereka hidap alahan.

*Zzz!

Poket seluar Khaili bergegar-gegar dek mood telefonnya.

" Hello? " Tanpa ragu-ragu dia menjawab. Mana tahu, penting.

" Khaili, " ujar suara garau itu.

Khaili tergamam seketika. " H—hariz, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience