8.

Romance Series 3558

Satu persatu pakaiannya yang bertaburan di atas lantai dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul sebelum dicuci. Sementara Safuan sedang bersiap-siap dengan pakaian kerjanya. Rambut disisir sambil mulutnya bersiul-siul.

Bibirnya mengukir senyuman sinis melihat pantulan imej Khaili pada cermin. " Malam ni aku balik lambat. Mungkin juga tak balik. Tengoklah macam mana, " ujarnya.

Khaili sekadar diam. Langsung tidak memandang. Dia sibuk membuat hal sendiri.

" Hei, perempuan! Kau tak dengar ke apa yang aku cakap? " Safuan menjerkah. Lengan Khaili dicengkam kuat. Bengang jadinya apabila dilayan seperti tunggul.

" Ya, Ili dengar! " Khaili meronta-ronta. Matanya kini bertentangan dengan sepasang mata Safuan yang cukup menggerunkan. Rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan amarah yang kian memuncak.

" Selagi aku belum balik, kau bereskan setiap kerja dalam rumah ni. Aku tahu rumah ni licin berkilat. Dan jangan sesekali kau melangkah keluar! Kalau kau buat juga, teruk kau kena! " Tubuh Khaili ditolak kasar. Nasib baik Khaili sempat menyeimbangkan badan dari terjatuh.

Safuan terus melangkah pergi. Langsung tak dihiraukan dengan isterinya. Khaili mengesap wajahnya yang sembab dan lebam akibat perbuatan Safuan. Bukan setakat wajah, malah tubuhnya habis berbirat.

Safuan bukan lagi suami yang penyayang, dia sudah kembali ke perangai asalnya malah lebih teruk. Tubuh Khaili ibarat patung yang boleh diperlakukan sesuka hati. Siang dia dipukul, malam pula dia ditiduri. Begitulah berulang-ulang sehinggs Khaili muak.

" Macam mana aku nak lari dari sini? " Keluh Khaili sendiri.

Rumah dipasang CCTV di setiap sudut. Pintu dan tingkap dikunci dari luar. Khaili ibarat dipenjarakan di dalam rumah sendiri. Sudah berhari-hari dia dikurung dan berkali-kali jugalah dia cuba melarikan diri namun tetap gagal.

*Kreeekk..

Daun pintu bilik itu dikuak dari luar. Sudah lama kakinya tidak menjejak ke bilik itu. Susun aturnya tetap sama tetapi suasana tidak lagi seperti dulu setelah anak kesayangan tiada di depan mata.

" Azim, anak ibu.. " keluhnya perlahan. Bingkai gambar bayi itu dipeluk ke dada. Rahang diketap kuat menahan dari esak menangis.

*Bang!

Pintu bilik ditendang kuat. Lantas Khaili menyembunyikan bingkai gambar itu di dalam laci meja.

" A—abang dah balik? " Perlahan-lahan Khaili berpaling ke belakang. Wajahnya menunduk ke lantai. Gerun dan tak ingin menatap ke wajah yang cukap menyakitkan hati itu.

Safuan bersandar pada daun pintu sambil berpeluk tubuh. " Huh, rindu anak? " Ujarnya menyinis. Safuan melangkah mendekati.

Khaili sekadar mengangguk. Dia setapak melangkah ke belakang apabila jarak mereka begitu rapat.

" Sampai bila kau nak sorokkan anak haram kau tu daripada aku? "

" Ili tak nak abang apa-apakan anak Ili lagi. Azim tak bersalah dalam hal ni. Semua ni salah Ili. Abang patut hukum Ili je, " ujar Khaili. Dia melarikan wajah dari ditenung. Tubuh Khaili tersandar pada dinding.

Khaili juga tak tahu di mana keberadaannya. Ketika itu Azim dikejarkan ke hospital, beberapa hari kemudian Azim tiada di wadnya. Seseorang pasti telah mengambilnya, walaupun termasuk dalam kes culik, Suezi bersyukur selagi Azim dijauhkan daripada Safuan.

Safuan tersenyum. " Ouh, baru sekarang nak mengaku salah? Kau dah tipu aku kononnya budak tu anak aku padahal anak haram kau dengan jantan lain! Sikit pun kau tak rasa bersalah. Tapi baru sekarang nak tunjuk baik? Perempuan jenis apa kau ni? "

" Bagitahu aku, siapa sebenar bapak budak tu? Cakap! " Rahang Khaili dicengkam kuat. Hari ini Safuan nekad untuk tahu. Dia sudah cukup bersabar.

" Kenapa kau nak lindung jantan tu!? " Khaili masih enggan menjawab. Mulutnya seakan terkunci. " Kau memang nak kena! "

" Arghh! "

Senyuman lebar terukir di seraut wajah cantik berseri-serinya sejak melangkah masuk ke rumah yang gah itu. Seni bina yang cantik, perhiasan dalaman yang mewah  Rumah inilah yang diidamkan.

" Lepas ni, I akan cari rumah yang lebih cantik daripada rumah ni, " ujar Saiful sambil mengelus rambut perang wanita yang duduk di atas ribanya.

" Really? Untuk I? " Aulia tersenyum girang. Pipi Saiful dikucup sekilas sambil jarinya bermain-main dengan jambang halus lelaki itu.

Safuan mengangguk. " Mestilah. Anything for you, " balas Safuan. Matanya tak lepas dari menatap ke wajah rupawan Aulia yang dipuja-puja.

" You.. " suara Aulia cukup menggoyahkan iman Safuan yang senipis kulit bawang. " Bila kita nak kahwin? " Soalnya.

" Bila-bila you bersedia, " jawab Safuan.

" Ye ke, baby? Ah, I tak sabar nak menanti our big day! Kita buat wedding besar-besaran, tau! I nak ajak semua orang.. "

Safuan setia mendengar celoteh Aulia. Sesekali matanya mencuri pandang pada sebatang tubuh yang lincah melakukan kerja-kerjanya. Pinggang ramping Aulia dirangkul erat. Dia tersenyum kecil, sengaja ingin membuatkan Khaili cemburu.

" Baby.. you sayang I? "

" Mestilah.. "

" Hmm? Banyak mana? "

" Let me think.. banyak mana, eh? "

" Ah.. you ni! Suka tau buat I macam ni, "

Khaili menyibukkan diri dengan tugas-tugas di dapur. Ikutkan hati dia tak mahu berada di situ untuk menyaksikan gurauan berkasih sayang mereka. Semuanya dipaksa oleh Safuan. Tak lain tak bukan sengaja untuk mendera perasaannya.

" Sabar, " hatinya berbisik. Selagi dia isteri kepada Safuan, dia perlu sedar diri dan akur.

Sudah berkali-kali perkara sebegini berlaku. Aulia kerap berkunjung ke rumah dan bermesra dengan Safuan. Mereka sudah pun bertunang dan akan merancang perkahwinan sebaik saja proses cerai Safuan dan Umaira selesai.

Bagi Aulia, Umaira ialah wanita yang cukup lemah. Masih segar di ingatan, ketika wanita itu melutut dan merayu agar dia dapat memujuk Safuan untuk tidak menceraikannya. Puan Zarina sudah tidak menyebelahinya lagi. Umaira tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

" Bila you nak ceraikan Khaili? " Soal Aulia berbisik.

Safuan angkat bahu. " Entahlah. I tak puas nak hukum dia, " jawabnya.

" Hish, you ni! Habis I macam mana pula? Lebih baik you ceraikan dia sebelum kita kahwin. I tak nak jadi madu dia! " Aulia memasamkan muka.

" Ye, I tahu. But dear, bagi I sikit masa lagi. I akan tamatkan semua ni. I janji akan bahagiakan you, " ujar Safuan dengan lembut dan tersenyum. Perwatakannya berbeza bertentangan ketika bersama Khaili.

Aulia mengeluh kecil. Dia masih belum berjaya memiliki Safuan sepenuhnya selagi Khaili masih isteri. Namun, hati kecilnya sudah cukup puas hati.

Rancangannya berjalan lebih lancar daripada apa yang disangkakan apabila keputusan ujian DNA antara Safuan dan si kecil Azim yang menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai pertalian darah

Secara tidak langsung, kecurangan Khaili sudah pun terbongkar. Sejak itulah hubungan suami isteri itu punah. Bila-bila masa sahaja Khaili bakal diceraikan, ketika itu Safuan akan menjadi miliknya.

...

" Apa kau cuba nak buat ni? " Soal Safuan berpeluk tubuh. Wajahnya kekal tenang, tetapi dalamannya sedang memuncak kemarahan.

Surat penyata keputusan ujian DNA milik Hariz dan Azim dilemparkan ke atas meja. Ujian DNA telah mengesahkan bahawa 99.99% kebarangkalian hubungan biologi di antara anak dan bapa.

" Aku bagi bukti. Kau tak payah susah-susah nak siasat bagai. Azim sememangnya anak aku dengan Khaili, " empat perkataan di hujung ditekankan. Sengaja membuatkan Safuan marah.

Jari Safuan mengetuk-ngetuk meja. Apa yang selama ini diduganya ternyata benar. " Oh, engkaulah jantan tu, ya? " Hariz mengangguk sambil tersenyum. " Seseorang yang aku mengaku kawan, akhirnya tikam belakang aku. Kau tak malu dengan apa yang kau dah buat? "

Wajah selamba yang dipamerkan. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya. Cukup membuatkan Safuan begitu benci.

" Budak tu ada dengan kau, sekarang? "

Hariz mengangguk lagi. " Cukup dengan apa kau dah buat pada anak aku. Azim lebih selamat berada dengan ayah dia yang sebenar, "

" Baru sekarang kau nak mengaku anak? Tak sangka, kau jenis jantan yang semai benih merata-rata, "

Hariz tertawa sinis, sedikit sebanyak cemuhan Safuan makan agak dalam. " Dari awal lagi aku nak bagitahu kau sebenarnya. Tapi bila tengok kau bukan main happy, takkan aku nak musnahkan? Aku kawan baik kau, aku suka tengok kau happy! Samalah isteri kau, "

" Macam mana aku boleh buta tak perasan? Perempuan yang aku kahwini curang dengan kawan baik aku. Hebat lakonan kau berdua! " Rahang Safuan bergerak-gerak menahan marah. Matanya mencerlung memandang Hariz.

" Tak sebenarnya, "

Terangkat kening Safuan. " Maksud kau? "

" Waktu kau sibuk honeymoon dengan isteri baru kau, aku pula try bini kesayangan kau. Mulanya dia melawan tapi lama-lama dia suka juga. Mungkin layanan aku lebih hebat? Aku sendiri tak sangka, tak lama lepas tu Khaili mengandung. "

" Yelah, kau ada bagitahu isteri kau mandul. Mungkin sebab korang bertahun-tahun kahwin tak dapat anak. Kau terus claim Khaili mandul tapi, aku sendiri dah buktikan. Benih siapa yang dia kandungkan kalau bukan benih aku? Isteri kau tak mandul! Kau sebenarnya yang mandul, Safuan. "

Lantas Safuan mencekak kolar baju Hariz. Meluap-luap kemarahannya.

" Kau memang dah melampau! Apa yang kau nak sebenarnya? Kau dah rosakkan rumah tangga aku! " Bentak Safuan rasa tercabar dengan hinaan Hariz. Mujur kerana di sekeliling mereka ramai orang, kalau tidak tentu Hariz sudah maut di tangannya.

Tubuh Safuan ditolak kasar. Kepala Hariz menggeleng. " Nampaknya kau sendiri tak sedar apa silap kau dah buat, " keluhnya.

" Ok, aku berterus terang dengan kau. Aku nak Khaili semula. Kitorang pun dah ada anak. Aku nak buat dia bahagia, tak macam kau! Kau pula dah ada pengganti lain, kan? Sampai bila kau nak simpan dia? " Sambung Hariz lagi.

" Khaili tetap isteri aku! Sampai bila-bila pun aku takkan lepaskan dia! Ingat dengan senang aku akan biarkan kau bahagia setelah apa yang kau dah buat? "

" Kau tak cintakan dia, Safuan. Kau hanya seksa dia. Kau bernasib baik aku tak report polis kes mendera isteri. Kau ingat aku boleh bersabar dengan apa kau dah buat pada Khaili. Bukan itu je, anak aku hampir mati disebabkan kau! Kau binatang! "

Kuat Safuan tertawa. " Anak kau? Walaupun dia anak haram kau berdua tapi dari segi undang-undang budak tu anak aku. Nama dia dibinkan dengan nama 'binatang' ni, bukannya kau. Aku boleh report kau dah menculik budak, " ujarnya.

Hariz terdiam sejenak.

" Kau tetap sama macam dulu, Hariz. Tak puas-puas cuba mencabar aku. Kau kena sedar, walau apa pun terjadi takkan pernah menang, " sambung Safuan lagi.

Hariz mengetap rahang. " Kau yang mencabar aku dari mula, Safuan. Aku akan rampas semula apa yang sepatutnya jadi milik aku! "

" Langkah mayat aku dulu! Perempuan tu akan selama-lamanya milik aku! Sampai mampus pun kau takkan dapat! Aku akan pastikan, hidup kau dan perempuan tu takkan bahagia! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience