1.

Romance Series 3558

Wajah cantik itu diperhatikan dari cermin yang memantulkan imejnya. Cantiknya dua kali ganda apabila dia tersenyum. Berbakul-bakul pujian dia terima daripada wanita pekerja salon yang sudah dikenali sejak menjadi pelanggan tetap di situ.

" Dulu, masa I muda I lagi cantik daripada yang sekarang ni, " ujar Khaili. Dia mengeluh perlahan. Secantik mana pun wajahnya di hadapan cermin, dia tetap tidak dapat mengalahkan kecantikan gadis-gadis muda.

" Apa pula cakap macam tu? You look amazing! By the way, berapa umur you? " Soal wanita pekerja salon. Rambut panjang pelanggannya disisir rapi.

Khaili tersenyum. " 31 tahun, "

" 31!? " Tercengang wanita itu dibuatnya.

" Why? Macam tak percaya je? Betullah, I dah 31 tahun. Dah kahwin pun, " ujar Khaili tertawa kecil. Wanita itu seolah-olah tidak percaya. Sememangnya itu yang dijangka Khaili.

" 31 tahun mana ada tua. Still muda. Tapi, you nampak lebih muda dari umur sebenar. Macam baru habis sekolah menengah, "

Terburai tawa Khaili. Manis betul mulut wanita itu, pakar dalam ambil hati orang.

" Hmm.. hasil tangan you memang tak pernah mengecewakan, " Khaili puas hati dengan dandanan rambutnya. Rambut terasa ringan dan segar. Tak rugi pun dia berhabis ratusan ringgit di salon kecantikan itu setiap minggu.

" Mesti Encik Suami I suka, " Khaili mengatur langkah dengan kasut tumit tingginya sambil menggayakan pakaian dan beg berjenama. Gayanya tak ubah seperti seorang model di atas Pentas Runaway. Tambah lagi dengan mata-mata yang tertumpu padanya.

Inilah Khaili, wanita cantik berusia 31 tahun yang suka bergaya dan berhias.

" Haih, baru balik? " Soal lelaki berpeluk tubuh sebaik sahaja Khaili melangkah ke dalam rumah. Khaili berdiri di hadapan pintu dengan kasut tumit tinggi berwarna merah.

Khaili tersengih. " Awalnya abang balik kerja hari ni, "

" Sayang yang balik lambat, " balasnya dengan wajah yang kelihatan sangat serius. Khaili tersenyum kelat.

Inilah Encik Suami, lelaki yang tegas dan cukup menggerunkan Khaili. Sepanjang perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun Khaili mahu membuat lelaki itu marah. Walaupun begitu, ada saja perkara yang dia lakukan boleh membangkitkan kemarahannya.

" Abang marah Ili ke? " Khaili tersenyum sebelum memberikan kucupan ringkas di bibir lelaki itu.

" Marah, " balasnya ringkas.

" Huh? " Memek muka yang berkerut dengan bibir yang mencebik Khaili tayangkan. Sekali lagi dia menguncup bibir suaminya sekilas.

" Marah sikit, " ujarnya dengan wajah yang serius.

Khaili sungging senyum. " Macam mana Ili nak pujuk suami Ili ni? " Dia semakin mendekat sehingga hembusan nafas mereka bertembung. Jari jemarinya bermain-main di dada Encik Suami. Melihat halkumnya bergerak-gerak itu Khaili bertambah teruja.

Pinggang ramping Khaili dirangkul kemas. Khaili cuba melepaskan diri namun rangkulan suaminya bertambah erat.

" Abang.. apa ni? " Khaili merengek-rengek manja. Sengaja pura-pura tak tahu.

Encik Suami hanya diam sambil tersenyum penuh misteri memandangnya. Tangan dirangkul kemas lalu dibawa melangkah menuju ke bilik tidur mereka.

" Hmm.. tadi abang kata abang marah– " Khaili agak tersentak apabila tubuhnya terus ditolak ke katil.

Khaili ukir segaris senyuman penuh menggoda ketika suaminya mula melonggarkan tali pinggang. Sudah terang lagi bersuluh apa yang dimahukan oleh lelaki itu. Dia turut memainkan peranan dengan membuka butang bajunya dari atas ke bawah.

" Sayang, tadi abang marah sikit je. Lepas ni, jangan balik lewat lagi, " ujar Safuan. Lembut saja suaranya. Rambut halus Khaili diusap perlahan. Kucupan dilabuhkan ke dahi licin itu. Pelukan dieratkan lagi menjadikan haba badan mereka bertambah hangat.

Haruman segar rambut Khaili dihidu lama.

" Mmm, macam mana? Abang suka tak? " Soal Khaili sambil jarinya bermain-main di dada Safwan. Ada bulu-bulu yang tumbuh di sekitar dadanya mula lebat.

" Cantik, mestilah abang suka, " puji Safuan membuatkan Khaili tersipu-sipu malu. Lantas dia menyembamkan muka ke dada suaminya dan menyembunyikan wajah. Safuan nampaknya kembali dalam mood baik. Hilang raut wajah yang serius tadi.

" Kenapa tiba-tiba saya rasa kita terlupa sesuatu ni? " ujar Khaili.

" Ya? " Safuan masih leka meneliti tubuh miliknya itu.

" Sekarang dah pukul berapa? " Soal Khaili.

" Pukul 6 setengah petang, "  Buntang mata Khaili. Bungkas dia cuba bangun dari katil. Tubuhnya ditahan Safuan.

" Kenapa ni? " soal Safuan terpinga-pinga.

" Abang! Kita tak jemput Azim lagi! " Jerkah Khaili.

" Biar betul ni, sayang!? "

Bungkas pasangan suami isteri itu bangkit.

" Haih, macam mana kita boleh lupa anak ni? " Keluh Khaili sambil mengurut kepala. Safuan di sebelah sedang memecut laju membelah jalan raya.

Masing-masing terburu-buru. Safuan hanya sempat menyarung t-shirt putih dan seluar pendek bercorak kotak-kotak, Khaili pula dengan rambut serabai diikat sanggul. Sia-sia dia pergi ke saloon hari ini.

Sepatutnya mereka sudah menjemput anak mereka pulang ke rumah dari jam 6 petang lagi. Sekarang, sudah hampir pukul 7 malam!

" Takkanlah sayang sendiri tak tahu? Salah siapalah agaknya yang nakal sangat mengusik abang tadi? " Balas Safuan tersengih. Sempat pula dia ingin mengusik. Masam habis wajah Khaili dibuatnya.

Dalam sekelip mata, mereka sampai di kawasan perumahan pengasuh itu. Handal juga Safuan, seorang yang hemah memandu itu memotong satu persatu kereta di barisannnya. Demi anaklah katakan.

" Abang tunggu sekejap dalam kereta. Biar Ili pergi ambil anak, " ujar Khaili sebaik saja Safuan memberhentikan kereta di hadapan rumah pengasuh. Cepat-cepat Khaili keluar dari perut kereta.

Sementara menunggu, Safuan mengeluarkan telefon.

" Hi, anak ibu! " ujar Khaili lalu membongkokkan sedikit badan dan mendepakan tangan.

Si kecil berbaju putih dan seluar pendek berwarna biru. Lengkap pula dengan topi berwarna biru cair. Kanak-kanak lelaki itu berlari-lari mendapatkan ibunya.

" Dapat dia! " Tubuh kecil itu dipeluk erat. Pipi gebunya turut dicium-cium geram. Terkekeh-kekeh dia tertawa.

Wanita separuh abad hanya tersenyum melihat momen ibu dan anak itu. Beliaulah pengasuh yang telah dibayar oleh Safuan mengganti pengasuh mereka yang sebelumnya. Si kecil itu nampak lebih ceria selama diasuh di sini.

" Maaflah, kak. Terlewat pula jemput Azim hari ni, " ujar Khaili dengan ramah. Tangan wanita itu turut disalam.

Azim, nama yang diberikan kepada anak lelaki Khaili. Seorang bayi berusia setahun yang baru pandai berjalan namun tidak begitu seimbang. Dia boleh berjalan beberapa langkah sebelum rebah.

" Tak apalah, Ili. Kak Sari tak kisah, " pengasuh itu menggelarkan dirinya sebagai Kak Sari padahal usianya sebaya dengan ibu mertua Khaili. Khaili ikutkan saja.

Beg dan bekal makanan Azim diserahkan kepada Khaili. Kak Sari turut menghulurkan sebuah beg kertas berisi sesuatu kepadanya.

" Tadi, Azim tak sengaja tumpahkan kuah sup. Habis terkena baju dengan seluar dia. Nasib baiklah kuah tu tak panas. Sebab itulah akak ganti lagi baju dia, " terang Kak Sari.

Khaili sekadar tersenyum. Dia baru saja ingin menyoal tentang pakaian anaknya itu. Yalah, bukan pakaian itu yang dia bekalkan tadi. Tapi, baju itu bukan juga baju milik Azim yang kemungkinan ada ditinggalkan di rumah Kak Sari.

" Tapi, ini baju siapa yang Azim pakai? Setahu saya, tak ada baju Azim corak begini, " kata Khaili. Tak pernah dia ingin membelikan pakaian yang bercorak kosong kepada anaknya. Paling tidak adalah corak kartun.

" Eh, tak adalah. Ini tadi anak buah akak datang. Dia pun kebetulan ada baju baby sama saiz dengan badan Azim ni, " terang Kak Sari sambil tertawa. Dah memang itu tabiatnya.

Khaili tersenyum kelat. " Oh, ya ke? "

Perbualan mereka berlarutan hingga ke macam-macam hal. Walaupun wanita separuh abad itu cukup baik melayaninya, Khaili agak tak senang dengan sikap yang terlebih peramah. Kadang-kadang cerita yang sudah banyak kali diceritakan pun diulang hingga Khaili muak.

" Sayang! "

Lantas, Khaili menoleh ke belakang.

Safuan menghempas pintu kereta agak kuat. Dia mengatur langkah menuju ke rumah pengasuh itu. Puas menunggu di dalam kereta. Entah apa yang mereka bualkan.

" Nak ambil Azim pun bukan main lama! " Keluh Safuan. Kesabarannya agak tipis lebih-lebih lagi untuk menunggu.

" Bukan Ili, tapi kak Sari.. " Khaili sekadar senyum. Rasanya Safuan pun sudah faham.

" Kami balik dulu ya, kak? Hari dah maghrib ni, tak elok sebab ada budak kecil, " kata Safuan sambil memaniskan wajah. Kak Sari seusia dengan ibunya, dia perlu hormati.

Safuan menghulurkan tangan untuk mendukung anaknya, bayi itu merengek-rengek tak mahu. Safuan akur, anaknya hanya ingin bermanja dengan si ibu.

" Azim dah balik, Mak cu? " Seorang lelaki bertubuh tinggi keluar dari rumah.

Azim sedang didukung ibunya. Melihat lelaki itu keluar, lantas Azim tersenyum girang. Dia meronta-ronta ingin bertukar tempat.

Serentak mereka bertiga berpandangan. Lelaki yang memakai t-shirt putih dan seluar pendek itu tersenyum. Wajahnya tidak asing lagi. Dengan mudah Safuan meneka.

" Kau.. Hariz? " Balas Safuan.

Hariz tersenyum sambil menghulurkan tangan kepada Safuan, sahabat yang agak lama terpisah.

" Ya, Safuan, " Hariz tersenyum.

Raut wajah serta suara itu memberikan hentaman padu kepada Khaili. Wajah Khaili pucat seolah-olah dia kehilangan darah. Azim dalam dakapan dipeluk erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience