Prolog

Romance Series 3558

" Kalau diberi peluang sekali lagi, aku akan cuba ubah segalanya agar tidak menyakiti sesiapa. Namun, hidup ini hanyalah sekali. Inilah pengakhiran hidup aku, "

Dum!

Dum!

Dum!

Khaili kembali ke 7 tahun lalu, iaitu ketika dia masih belum berkahwin dan memiliki anak. Zaman di mana dia masih dikelilingi oleh insan-insan tersayang.

Mama, papa, serta kakak, mereka masih hidup. Kerjaya yang dia cintai pun masih dalam genggamannya. Paling dia rindu, paras rupanya yang muda remaja.

" Khaili, rindu aku tak? " Aulia kembali lagi berperanan sebagai rakan baik.

Siapa sangka, di sebalik raut wajah yang cantik itu dia menyembunyikan sifat cemburu di hati. Kata-kata manisnya berupa sindiran halus.

" Hai, sayang, "

Lelaki ini! Dia tersenyum manis. Tak sangka, wajah ini jugalah yang tersenyum lebar setelah puas menyeksanya 7 tahun di masa hadapan.

Di masa ini, Safuan bukanlah suami yang dia cintai. Safuan ialah kekasihnya. Namun, mereka telah berjanji untuk segera bernikah.

Apa patut Khaili lakukan? Biarkan masa berlalu dengan meneruskan perkahwinan bersama Safuan dan tidak mengulangi kesilapannya yang lalu. Atau pun..

" Apa yang kau cuba buat? Kau ingat, aku mudah tertipu? "

Hariz? Patutkah Khaili memilih Hariz, lelaki yang memainkan peranan merobohkan rumah tangganya. Adakah takdir akan berubah sekiranya dia cuba melawan arus?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience