Bab 9

Other Completed 4300

BAB 9

Bermodalkan wang yang diterima dari YB, esoknya pagi-pagi lagi Pak Umim meninggalkan rumahnya

Dalam perjalanannya ke rumah Hock Guan, dia singgah di dusunnya. Kebetulan Hock Guan sudah ada di situ. Dia bersama-sama pekerjanya sedang sibuk memasukkan babi-babi ke dalam raga dan mengangkatnya ke atas lori yang sudah menunggu di tepi kandang.

‘’Cukup! Cukup!’’ teriak Pak Umim apabila Hock Guan melihat kedatangannya itu.

‘’ Cukup, rancangan kita sudah berjaya!’’ suaranya separuh menjerit kerana gembira.

Melihat Pak Umim menutup hidungnya, cepat-cepat Hock Guan melangkah keluar dari kadang babinya, menghampiri Pak Umim.

Pak Umim tidak sabar lagi menceritakan kedatangan YB Datuk ke rumahnya semalam dan memberitahu tujuan kedatangannya itu.

‘’Ooh kalau begitu eloklah,’’ sambut Hock Guan turut gembira.

‘’Aku pun hendak menghantar babi-babi ini ke bandar. Nampaknya dah tak perlu lagi aku memindahkan babi-babi yang lain itu ke mari,’’ jelas Hock Guan.

‘’Datuk juga ada bagi aku wang 3 ribu ringgit. Dia mahu aku membayar balik wang kau yang aku pinjam dahulu itu,’’ beritahu Pak Umim lagi, menyeluk saku baju.

‘’Tidak payahlah, hasil durianmu yang aku jual dahulu sudah cukuP. Masih ada bakinya RM600 lagi.’’

Sekali lagi mata Pak Umim terbeliak.

‘’Wang yang Datuk kasi ini bagaimana?’’

‘’Kau simpan saja. Cuma aku mahu minta wang bakimu itu buat mengupah budak-budak merombak kandang dan memasangkannya semuala di tempat lama di hujung kampung sana,’’ kata Hock Guan sambil menggaru-garu perut buncitnya yang tidak berbaju digigit nyamuk.

‘’Cukupkah?’’

‘’Ahh kurang sedikit tidak mengapalah. Bukankah kita berdua ini sahabat lama?” balas Hock Guan menepuk-nepuk bahu Pak Umim, kemudian dia menggosok-gosok kepalanya yang dipenuhi uban, pendek dan tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience