Bab 10

Other Completed 4300

?BAB 10

Selepas berfikir sejurus Pak Umim berkata dengan suara keberatan, ‘’Aku rasa tidak sedaplah. Sudahlah perbuatan kita ini melampau, ditambahi pula dengan wang Datuk 3 ribu ini, aku rasa bertambah berat dosaku.’’

‘’Jangan jadi bodohlah kawan. Banyak lagi perbuatan yang lebih jahat dilakukan orang dan dosanya lebih besar daripada perbuatan kita ini,’’ sampuk Hock Guan cuba memadamkan rasa bersalah yang menghantui Pak Umim.

‘’Cuma dengan cara ini saja kita dapat mengajar orang-orang yang angkuh dan tidak bertanggungjawab itu. Kalau tidak suara kita orang biasa ini lebih hina dari kentut mereka!’’ tekannya lagi.

Namun, kata-kata Hock Guan itu tidak mudah diterima Pak Umim. Bagi Pak Umim, wang 3 ribu ini terlalu banyak. Berat rasa hatinya hendak menerimanya.

Dalam perjalanan yang meninggalkan tanah dusunnya pagi itu fikiran Pak Umim masih berbelah bahagi sama ada hendak menyimpan atau memulangkan semula wang itu kepada Datuk YB.

Dua tiga kali dia tersepak tunggul. Berulang kali pula dia melatah.

Ketika dirinya hampir tersungkur bumi dan mengucap ‘Allahuakhbar’ barulah tersimpul niat di hatinya. Dia akan melaburkan wang itu ke taabung kebajikan surai di kampungnya.

Dividend dan bonus yang diraihnya nanti akan dinikmati bersama YB Datuk kelak.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience