Bab 2

Other Completed 4300

BAB 2

Sementara menunggu ketibaan Hock Guan, guru-guru Mula membuka cerita pasal babi.

Dari cerita itu berjangkit pula kepada soalan mengapa Pak Umim, tuan punya tanah seluas suku hektar di pinggir kawasan sekolah itu sanggup memajakkannya kepada Hock Guan.

Ada guru berpendapat Pak Umim ingin mengaut wang dengan cara mudah. Ada pula guru mengatakan Pak Umim tidak larat lagi menjaga tanahnya itu disebabkan rumahnya jauh sedangkan dirinya sudah tua.

Tidak kurang ada juga guru-guru yang mengecam kebodohan Pak Umim memajakkan tanahnya yang subur itu kepada Hock Guan.

‘’Apa hendak dihairankan Pak Umim mamajakkan tanahnya yang sekangkang kera itu? Suatu masa dahulu berpuluh ribu hektar tananh balak di negeri kita ini diberi pajak kepada bangsa asing, tiada siapa hendak gaduh, tiada siapa hendak tanya dan tiada siapa pula hendak periksa ke mana wang pajakan itu dilesapkan,’’ kata cikgu Ariffin, seorang guru sejarah.

Kata-kata cikgu itu memukul mati perbahasan mereka dan masing-masing terpegun membatu berfikir panjang.

Sepanjang perbahasan itu Guru Besar mengambil sikap berdiam diri.

Minatnya cuma mendengar dan tidak ingin masuk campur anak buahnya bertekak.

Tetapi tiap kali nama Pak Umim disebut, dadanya berdebar. Wajah Pak Umim yang cengkung,rambut yang dipenuhi uban dan tubuhnya kurus kering memakai baju melayu yang sudah lusuh terbayang di matanya.

Tiga bulan yang lalu orang tua yang kelihatan serba miskin itu datang menemuinya di sekolah.

‘’Susah saya hendak ambil tindakan, Pak Umim. Seperti kana anak Yang Berhormat Datuk sendiri. Tambahan pula apa yang dilakukannya di luar waktu sekolah,’’ itulah jawapannya kepada orang tua yang datang mengadukan sesuatu kepada dahulu.

‘’Kerana yang terlibat itu anak VIP di kampung ini, cikgu tak boleh ambil tindakan walaupun mereka murid cikgu?’’ tanya Pak Umim, kesal.

Dia tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan itu.

‘’Lagipun, perkara itu bukanlah besar sangat. Janganlah perkara itu diperbesarkan sehingga boleh menjatuhkan maruah orang ebsar di kampung ini diheboh-hebohkan,’’ jawapan Guru Besar itu mengakhiri perbualan.

‘’Cikgu jangan melihat durian saya itu dalam bentuk buah saja, tetapi cikgu mesti juga melihat buah durian saya itu dalam bentuk wang. Pokok-pokok durian saya itu berbuah di luar musim. Sejak ditanam inilah pertama kali pokok-pokok itu mengekuarkan hasilnya. Buah-buah durian yang dicuri itu besar-besar belaka. Ulasnya gemuk-gemuk macam badan cikgu ini. Kalau dijual harganya tidak kurang 20 ke 30 ringgir sebiji. Lagipun kecurian ini sudah berulang kali berlaku. Rugi besar saya dibuatnya,’’ kata Pak Umim berleter panjang untuk meraih simpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience