Bab 6

Other Completed 4300

BAB 6

‘’Minta maaf sememangnya senang Tok Penghulu. Yang susahnya saya sudah menerima wang Hock Guan RM 5,000. Wang itu sudah lama habis saya gunakan,’’ jelas Pak Umim.

‘’Sebenarnya kedatangan kami ini bukanlah meminta Pak Umim membatalkan pajakan tanah itu tetapi hanya hendak minta kerjasama Pak Umim melarang Hock Guan…’’

‘’Bukankah sudah saya katakan tadi yang saya tidak berhak melarangnya kerana saya tidak pernah membuat sayarat begitu,’’ Pak Umim mencelah, mengulangi kata-katanya pada mula perbincangan tadi. Nada suaranya kali ini agak keras.

Melihat Pak Umim mula naik angin, mereka bertiga terdiam dan saling berpandangan.

Suasana sepi sejenak.

Dalam kesepian itu tiba-tiba Pak Umim memecahkan suaranya yang parau dengan nada rendah.

‘’Saya boleh berunding dengan Hock Guan tapi dengan syarat saya harus memulangkan 3 ribu ringgit semula. Itu pun kalau dia bersetuju,’’ kata Pak Umim menyampaikan keputusannya yang muktamad.

Keputusannya itu sekali lagi disambut mereka dengan perasaan berat. Lebih-lebih lagi Tok Mahmud yang akan bercuti untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah tidak lama lagi.

Mendengar jumlah wang yang banyak itu, dia mula gelisah macam cacing kepanasan. Guru Besar menggaru-garukan kepala yang tidak gatal dan Tok Penghulu mengeluh panjang.

Dia tidak berminat lagi melanjutkan perbincangan.

Mereka beredar dari rumah Pak Umim membawa keputusan yang mengecewakan dengan langkah lesu, selesu langkah Pak Umim meninggalkan pejabat mereka satu ketika dulu. Mengemis dan merayu belas simpati dari mereka namun tidak dihiraukan.

Dua minggu kemudian kejadian yang sama berlaku lagi. Sejumlah enam ekor babi Hock Guan mencerobohi kawasan sekolah menerusi saluran parit di belakang kantin.

Apa yang memeranjatkan Guru Besar, kejadian itu telah disiarkan di muka depan akhbar tempatan pada keesokan harinya dengan tajuk: BABI MENYERANG, MURID SEKOLAH TERGANGGU.

Perkara yang mendukacitakan Guru Besar dan ToK Penghulu ialah sikap orang-orang kampung yang tidak memandang serius kejadian yang boleh menjejaskan nama baik kampung mereka. Sebaliknya kejadian itu dianggap sebagai peristiwa lucu yang hanya menjadi selingan dalam perbualan merek di warung kopi sebagai bahan jenaka.

Walaupun Tok Penghulu beberapa kali meniup semangat kepada anaka buahnya supaya membantah kejadian itu beramai-ramai, tetapi mereka terus terang menyatakan keberatan untuk mengambil tindakan terhadap Hock Guan yang mereka anggap telah banyak membantu mereka.

Kedai runcit isteri Hock Guan adalah tempat mereka mengumpukan hutang. Kereta atau can Hock Guan pula selalu mereka pinjam semasa kecemasan. Malahan Hock Guan sendiri tidak kedekut menghulurkan bantuan kewangan apabila berlaku kematian di kalangan orang kampung.

Yang memeranjatkan Tok Penghulu, rata-rata orang kampung mengecam Pak Umim.

‘’Suda tahu Hock Guan tauke babi, mengapa Pak Umim memajakkan tanahnya itu? Kata mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience