Bab 8

Other Completed 4300

BAB 8

Pak Umim bangkit menuju ke sebuah almari buruk tepi dinding. Dibuka pintu almari dan dikeluarkannya sebuah beg kecil, kemudian dia kembali duduk semula.

Dari beg kecil itu dikeluarkan pula sebuah dompet, kad pengenalan dan sebuah majalah yang dihiasi gambar lucah pada kulitnya.

Benda-benda itu ditolak perlahan ke depan YB Datuk sambil berkata, ‘’ini semua kepunyaan anak Datuk yang tercicir semasa melarikan diri dari dusun buah-buahan saya dahulu.’’

Melihat itu YB Datuk rasa sebiji lagi tumbukan maut singgah ke mukanya yang sudahpun bera itu. Dia memandang bodoh kepada setiausahanya.

Pandangan yang sayu itu dibalas pula dengan padangan sinis oleh setiausahanya.

‘’Mengapa perkara ini Pak Umim tidak beritahu saya?’’ YB Datuk mula mengalah.

Pak Umim menceritakan apa yang telah berlaku beeberapa bulan yang lalu kepada YB Datuk.

Tamat saja Pak Umim bercerita, segera YB Datuk menyampuk.

‘’Mereka semua tidak boleh diharap. Apabila ditanya mengenai keadaan kampung ini mereka kata semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Kepala hotak! Mengampu! Mengampu! Semuanya pandai mengampu!’’ meletup keluar kata-kata maki hamun dari mulut YB Datuk.

Hampir gugur gigi palsunya yang sudah longgar itu dihembus angina kemarahan. Segera dijoloknya gusi plastic naik ke tempat asal dengan hujung lidah.

‘’Untuk mengejar pangkat dan kedudukan kebanyakan manusia meman begitu Datuk,’’ balas Pak Umim cuba meredakan kemarahan YB Datuk.

‘’Bila mereka diam mengapa Pak Umi tidak beritahu saya?’’

‘’Saya ini orang kampung biasa Datuk. Datuk ini YB. Kedudukan Datuk lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah pokok, bukan ranting-rantingnya,’’ kata Pak Umum merendah diri.

YB Datuk segera mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia berpaling kepada setiausahanya. Dianggukkan kepalanya sekali lagi seolah-olah memberitahu bahawa dirinya masih lagi dihormati oleh orang tua itu sebagai wakil rakyat di kampung itu.

‘’Sekarang beginilah Pak Umim, pilihanraya sudah dekat. Saya tidak mahu isu babi ini dijadikan modal parti lawan dalam kempen mereka nanti. Saya benar-benar minta kerjasama Pak Umim untuk menyelesaikan masalah ini. Saya memandang berat perkara ini kerana sekolah kita itu akan dijadikan pusat pembuangan undi di kampung ini. Kalau babi-babi Hock Guan terlepas pada hari pilihanraya itu annti habislah saya, matilah saya, Pak Umim!’’ kata YB Datuk dengan suara bersungguh dan penuh kebimbangan.

Mendengar itu lalu Pak Umim mengilangi syaratnya yang lepas dan menambah dan mengulangi syaratnya uang lepas dan menambah:

‘’Apabila guru besar Tuk Penghulu dan Datuk Mad mendengar amaun3 ribu itu mereka terus cabut. Tetapi Datuk tidak tahulah saya,’’

Tanpa banyak bocara YB Datuk terus sahaja bersetuju. Pada saat iitu juga dia meminta setiausahanya mengambil beg eksekutif dalam keretanya.

‘’Tentang wang Pak Umim jangan bimbang,’’ katanya setelah membuka beg yang diambil dari setiausahanya.

‘’Yang penting saya mahu perkara ini diselesaikan segera,’’ sambungnya sambil menarik ssampul besar dari dalam beg dan mengeluarkn seikat wang kerta 100 ringgit berjumlah lima ribu ringgit lalu diletakkan di depan Pak Umim.

Kalau Hock Guan menolak, Pak Umim beritahu saya, saya akan berunding terus dengannya dan kalau perlu saya akan mengambil tindakan undang-undang melalui saluran undang-undang,’’ YB Datuk memberi semangat pada Pak Umim.

‘’Dan…’’ YB Datuk menyeluk saku kotnya, kemudian mengeluarkan pula enam keping wang RM100 untuk pak Umim

‘’Wang 600 ringgit ini untuk Pak Umim menyimpankan rahsia anak saya,’’ kata Tanya, menolak perlahan wang itu ke depan Pak Umim.

Pak Umim tercengang, matanya terbeliak. Mulutya terbuka luas tetapi peti suaranya tersumbat apabila melihat longgokan wang kertas di hadapannya.

‘’Boleh saya ambil semua ini? Ketika Pak Umim masih dalam kebingungan itu segera YB Datuk mengambil kesempatan sambil menunjuk kepada kad pengenalan, dompet dan majalah anaknya.

Pak Umim cuma mengangguk-angguk kepalanya. Dia masih tidak dapat bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience