Bab 4

Other Completed 4300

BAB 4

‘’Maaf, cikgu, babi-babi peliharaan kami ini terlepas dari kandangnya,’’ beritahu anak Hock Guan setelah keluar dari vannya.

Dia tersengih-sengih malu apabila dirinya menjadi tumpuan guru-guru dan murid-murid di sekolahnya itu.

Guru besar tidak dapat menahannya kerana anak Hock Guan itu bekas muridnya yang aktif dalam sukan sekolah dan bijak dalam pelajarannya.

Jasanyan dalam kegiatan sekolah itu selama beberapa tahun perlu dikenang juga, fikir guru besar. Apatah lagi bapanya seirang penderma yang bermakna kepada Tabung Kebajikan Sekolah saban tahun.

‘’Lain kali jagalah babi-babi awak itu baik-baik, Hock Lam,’’ itulah saja kata-kata yang dapat diluahkannya.

Selepas itu cepat-cepat dia menaiki tangga menuju ke tingkat atas bangunan.

Setibanya dalam bilik dia terus membenamkan punggungnya ke kerisi empuk.

Lama dia termenung dan mengeluh panjang kerana memikirkan dirinya memandang ringan tehadap aduan Pak Umim tempoh hari.

Dia kini seolah-olah terperangkap oleh perbuatannya sendiri. Cuma satu sahaja jalan yang terlintas dalam kepalanya ketika itu, dia mesti merahsiakan sikapnya yang tidak bertanggungjawab dahulu itu.

Dia tidak ingin ketokohannya sebagai Guru Besar di persoalkan apabila tiba waktu untuk ditemuduga bagi pengesahan jawatan yang disandangnya itu kelak.

Lantas dia mengambil kesempatan untuk menemui Tok Penghulu , Tok Mahmud dan seterusnya Pak Umim pada petang itu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience