Bab 7

Other Completed 4300

BAB 7

Apabila mendengar nama Pak Umaim disebut oleh orang kampung, cepat-cepat tok penghulu mengendurkan urat lehernya dan terus mendiamkan diri.

Anak-anak buah tok penghulu menyangka yang tok penghulu berkeci hati kerana suaranya tidak mendapat sambutan lalu cepat-cepat mereka berkata : ‘’Kita tungu dan lihat dahulu, kalau kejadian yang sama berulang lagi kita kena fikir apakah tindakan yang patut diambil.’’

‘’Tunggu dan lihat’’ kejadian yang sama di tempat yang serupa tidak mungkin berlaku lagi. YB Datuk yang sedang berada di ibu kota terpaksa bergegas pulang ke kawasan pilihanraya sehabis saja berita akhbar mengenai kejadian tersebut.

Pada petang otu juga dia tiba di kampung itu. Namun dia gagal menemui orang-orang yang perlu ditemuinya. Guru besar telah pergi ke ibu pejabat kerana telah dipanggil oleh pengarahnya.

Tok penghulu pula entah pergi ke mana dan Hock Guan sejak pagi lagi pergi ke bandar dan masih belum pulang.

‘’Soal babi ini mesti diselesaikan segera, kalau boleh petang ini juga,’’ Kata YB Datuk kepada setiausahanya dalam nada meradang kerana rancangannya untuk menemui orang-orang yang terbabit gagal.

‘’Kita pergi saja ke rumah tuan tanah,’’ arahnya.

Tanpa berlengah lagi dia terus menghidupkan semula enjin Mercedes dan meninggalkan halaman rumah Hock Guan.

‘’Datuk mesti berhati-hati sedikit apabila becakap dengan Pak Umim. Dia seorang tua yang banyal pengalaman,’’ beritahu setiausahanya semasa mereka sedang dalam perjalanan.

‘’Kau jangan bimbang, tahulah saya berunding dengannya. Bukankah saya ini sudah dua penggall jadi YB? Balas YB Datuk dengan penuh angkuh dan tidak hairan.

Dari jawapannya itu ternyata kemarahannya kepada orang-orang yang gagal ditemuinya belum padam.

‘’Semua orang menyalahkan saya,’’ segera Pak Umim membalas apabila YB Datuk menyatakan kesalannya kerana orang tua itu memajakkan tanahnya kepada Hock Guan.

‘’Tetapi kesalahan sendiri mereka tidak nampak dan sedar.’’

‘’Kesalahan bagaimana Pak Umim?’’ YB Datuk tidak mengerti.

‘’Kalau anak Datuk dan kawan-kawannya tidak mencuri buah-buah durian saya dulu, saya tidak…’’

‘’Anak saya mencuri?’’ YB Datuk tersentak.

Tumbukan ‘ghaib’ Pak Umim yang pertama terasa terkena pada batang hidungnya yang sudah sedia kemik itu.

Lantas dia memberi amaran.

‘’Jangan menuduh perkara yang bukan-bukan Pak Umim, buruk padahnya nanti. Sejak datuk nenek lagi keturunan saya tidak pernah mencuri!’’

‘’Itu datuk nenek Datuk. Tetapi emak bapaknya sekrang ini tidak tahu mendidik anaknya. Kata saja pemimpin rakyat tetapi anak sendiri tidak terpimpin,’’ Pak Umim melepaskan segala yang terbuku dalam amarahnya yang telah lama menggelegak di hati.

Kali ini bukan lagi tumbuka ghaib, tetapi lagi tendangan berapi Pak Umim menghentam pipinya yang kendur itu jadi kemerah-merahan menahan marah dan malu.

Apabila melihat YB Datuk hendak menambah segera Pak Umim menambah: ‘’ Kalau Datuk tak percaya, saya boleh buktikan kata-kata saya ini.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience