Bab 3

Other Completed 4300

BAB 3

Berdesing cuping telinganya mendengar kata-kata itu. Darah hangat naik ke mukanya. Serta merta kepalanya rasa panas. Dia berasa bahawa dirinya yang sudah berusia 45 tahun itu walaupun gemuk, tidak sepatutnya dan tidak logik dibandingkan dengan ulas durian yang hodoh itu.

‘’Kalau begitu, laporkan saja kepada polis, ‘’ balasnya.

Tidak mahu lagi dia berbincang dengan panjang lebar dengan orang tua yang biadab itu.

‘’Saya sudah melaporkan kepada Tok Penghulu dan Tok Mahmud,’’ jelas Pak Umim.

‘’Habis tu?’’

‘’Mereka juga tidak berani mengambil tindakan,’’

‘’Hah, kalau Tuk Penghulu dan Tok Mahmud sendiri tidak bertindak, apatah lagi saya Pak Umaim?’’

Dia masih ingat Pak Umim terus meninggalkan biliknya dengan wajah sedih sebaok sahaja menerima keputusannya yang tegas itu.

Lega rasa hatinya kerana dapat mengelakkan diri yang baru dinaikkan pangkat itu dari terlibat dengan kes-kes atau skandal yang boleh menjejaskan nama baik YB Datuk.

‘’Hock Guan tida ada cikgu, yang datang anaknya dan kuli-kulinya sahaja,’’ beritahu Pak Din yang muncul semula dengan tiba-tiba.

Makin meluap kemarahan Guru Besar. Tidak puas rasa hatinya kalau bantahan tidak dihamburkan di depan muka kepada Hock Guan.

Tiba-tiba sebuah van putih masuk ke kawasan sekolah lalu berhenti berhampiran taman rekreasi yang dipenuhi pohon-pohon bungantang dijaga rapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience