BAB 7

Drama Completed 2829

“Zamir umur kita semakin meningkat bukan lagi mundur di belakang, sudahlah lupakan saja.”

Aku kalau ikutkan mahu pendam saja, namun melihat akan keadaan yang agak membimbangkan, keesokannya kubisikkan ke telingamu tentang perkara itu. Kau palagi sudah pasti tidak dapat menahan hatimu yang geli. Memang melucukan. ketika kaki kita melangkah hendak meninggalkan rumah yang banyak kenangan itu, aku masih ingat apa kata Matias pada Zamir.

``Wahai sahabatku Zamir ! Si anak dara ku ini sudah jatuh cinta padamu. Apakah kau sudi menerima salam cintanya?”

**

Apalagi serentak ita bertiga pun saling berpandangan saat itu. Zamir benar-benar tergamam. Bibirnya diketap dan kelopak matanya berkelip-kelip seperti biasa ketika dia tidak tahu berkata apa-apa namun bagai ada sinar di matanya.

``Wahai sahabatku ! Aku ini sudah tua dan ku kira kita ini sudah sebaya dan aku juga sudah ada anak isteri dan anak-anak,” Zamir menepuk bahu Matias dengan senyuman mohon pengertian.

Seraya tu juga aku lihat mata anak gadis Matias berladung air jernih. Ada riak sedih barangkali bakal berpisah dengan lelaki yang telah mencuri hati mudanya itu.

``Bila saya boleh bertemu dengan encik Zamir lagi?” tanyanya sebak.

Saat itu juga ku melihat Zamir bungkam ketika tangannya dipegang dan dicium gadis itu. Kenapa si dara pinggitan itu bisan jatuh hati pada Zamir masih menjadi satu misteri namun benarlah cinta itu tak mengenal siapa.

Foto kita bertiga di sisi gadis itu sedang duduk di bawah sebatang pokok Pine yang meninggi masih ku simpan hhingga kini Mikael.

``Hai! Dah kenapa sengih sorang-sorang ni bang oi?” suara Morni mengejutkan aku dari lamunan memori yang manis itu.

Isteriku merapatkan tubuhnya ke sisiku sambil jari-jari mengurut lembut bahuku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience