BAB 1

Drama Completed 2829

“Selepas ini kita mungkin bertemu beberapa kali sahaja.”

Ya masih segar di ingatan akan kata-kata yang ku ucap padamu lebih sedekad lalu ketika permohonanmu berpindah tugas di negeri kelahiranmu, Terengganu berjaya

Mikael ! Saat ini ku menatap foto kenangan kita yang terakam indah di hadapan Mezquita-Catedral de Córdoba yang menyimpan seribu satu memori.

Dalam foto ini Kau memegang bahuku, Zamir menongkatkan lengannya di bahumu. Dan kau yang selalunya pendiam mengukir senyuman yang amat manis. Sudah tentu senyuman itulah yang mencuri hati suri hidupmu kini, Kadeeja.

Aku masih ingat saat itu, kita saling mengagumi berbicara betapa indahnya masjid yang terbina dalam zaman pemerintahan Islam yang selama lapan abad itu.Tidak putus kita meluah kagum sambil mengucap kalimah Subhanallah.

Terlalu banyak yang kita sembangkan waktu itu, salh satunya adalah di mana kita kagum dengan maklumat yang disampailak oleh Zamir, mana taknya mamat yang selalu bertanya itu tiba-tiba memberitahu kita bahawa masjid yang terletak di tebing sungai Guadalquiver itu dibina semasa zaman pemerintahan Abdul Rahman 1 dan menjadi salah sebuah masjid terbesar di

dunia. Aku kagum dengan maklumat itu sama kagum dgn info yang di kongsi oleh Zamir yang matanya bersinar-sinar bercerita tentang keindahan tempat itu pada kita berdua.

Tak termasuk lagi ucapan terima kasih mu kepadaku yang acapkali keluar dari mulutmu kerana telah

Mengaturkan perjalanan kita ke Sepanyol selepas menjelajah Turki. Aku sebenarnya tak kisah malah berbesar hati semantelah pula sudah menjadi minat kita melancong dan mengembara, mengunjungi tanah air orang lain. Sudah banyak tempat kita lawati bersama-sama tingga; lagi impian untuk ke tanah suci bersama-sama belum kesampaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience