BAB 2

Drama Completed 2829

Ia tidak berhenti di situ, aku masih lagi mengimbau kenangan lama. Kubelek lagi album kenangan kita. Kelihatan aku dan Zamir di dalam sebuah bot di atas dada tasik tenang Retiro Park, di pinggir bandar raya Madrid. Mulut kita berdua tidak berhenti ternganga, mata melilau menghayati keindahan ciptaan Tuhan ini.

``Betapa seronoknya kalau kita dapat bawa anak-anak dan isteri kita datang ke sini menikmati panorama indah ini bersama-sama,” Zamir meluahkan rasa hati ketika tangannya menjamah air tasik yang dingin.

``Kalau aku kaya atau diberi kelebihan satu hari nanti aku nak bina sebuah monumen seperti itu untuk mengabadikan persahabtan kita biar menjadi saksi kepada dunia suci murninya ukhueah dan silaturrahim kita ini.” Ujarmu.

``Wah Besar sungguh cita-citamu Mikael.” ujarku ketawa.

Selepas itu kau pula hanya diam termanggu sambil merenung air kemudian kau pandang semula tugu-tugu peringatan itu merenung jauh.

``Ya memang sudah lama aku menyimpan impian itu.” Tika itu hanya aku yang menyedari kata-katamu itu. Zamir barangkali tidak perasam kerana leka memerhatikan pemandangan indah di sekeliling dan tidak berhenti merakamkan foto sebagai kenangan. Aku dapat merasa betapa luhurnya impian mu itu, aku kenal siapa kau, sudah hampir 20 tahun kau dan Zamir menjadi sahabat baik aku dan sudah pasti aku merasa keikhlasan lubuk hatimu itu.

Beberapa lama selepas itu, entah macam mana ketika mengejar

seekor anak ikan berwarna jingga di pinggir tasik itu, kaki kiriku tertusuk kaca. Ya Rabbi sakitnya tuhan saja tahu, tak perasan itu adalah kaca yang terbenam di dalam tasik.

Apalagi kau dan Zamir yang masa tu sedang menarik bot ke tepi terkejut amat

apakala melihat darah merah yang mengalir dari kakiku. Eranganku yang kuat buat kamu beruda panik dan pastinya kau masih ingat bagaimana aku menahan sakit masa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience