BAB 10

Drama Completed 2829

Pukul 4.30 pagi ada bunyi bising dan aku sedari engkau bangun di sepertiga malam mendirikan solat tahajud. Aku dapat mendengar jelas doa-doa yang kau pohonkan pada Allah SW. Antara doamu adalah bagaimana kau mengharap pada Tuhan, moga kita akan dipertemukan di atas hamparan permaidani syurga sambil meneguk madu yang mengalir di alur sungai-sungainy bersama bidadari syurga yang kau harapkan terdiri daripada isteri-isteri kita.

Sungguh, hati siaplaha tidak pilu mendengarnya Mikael ? Hati siapa yang tidak terharu mendengar doa tulus dari seorang sahabat? Usai solat itu aku dalam samar-samar aku dapat melihat kau kembali ke katil dan tidur dengan tenang setenang hatiku melihatmu yang tanpa sebarang amaran gagal menghidu jawapan kepada persoalan yang tercetus di mindaku selama 48 jam yang lalu terhadap perubahan sikapm.

Ceria pagi ini seceria hati ku kerana masih bernafas dan bersama dua sahabat yang ku kasihi. Namun sayangnya pagi itu bukan membawa sinar rupanya. Apabila kukejutkan kau untuk mengerjakan solat subuh, rohmu sudah tenang terbang jauh buat selama- lamanya. Benarlah segala kata-kataku dahulu, ketika engkau mula bertukar tempat kerja ke negeri kelahiranmu, ``kita hanya sempat bertemu untuk beberapa waktu saja selepas ini sebelum kita menutup mata.”

``Tik”

Tersedar aku saat setitis air mata tua jatuh di atas foto kenangan Kita yang kupegang erat di dada ini. Ya semuanya telah tinggal kenangan Mikael. Kini sudah lebih sepuluh tahun peristiwa itu berlalu. Kau yang pergi tidak akan kembali lagi, hanya mampu singgah di ruang memori tuaku.

Ketahuilah olehmu Mikael ! Aku sering berharap agar kisah lalu yang indah akan berulang walaupun mustahil ia akan kembali.

Manakala kawan kita yang seorang itu, sejak sudah pindah dari Kuala Lumpur ke negeri asalnya, Kedah selalu saja beralasan sibuk untuk memenuhi hasratku menjelajah dunia bersama meneruskan kembara ‘buckett list’ yang dirangka kita

Kini tinggallah aku yang hanya mampu menikmati hembusan rindu nan dingin dari alam ini. Doaku padamu takkan pernah putus wahai sahabat. Aku akan tetap terus berada di landasan harapan mu sesuai dengan doa yang kau panjatkan pada yang maha Esa.

Hembusan rindu ini akan tetap membawaku kepada kenangan kita Mikael, sehinggalah ku menutup mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience