BAB 9

Drama Completed 2829

Usai mengirup kopi pertama di Barcelona, kita beredar ke sebuah pameran bunga ros yang terletak tidak jauh dari situ. kita menyaksikan pameran bunga-bunga yang amat cantik. Menurut seorang pengunjung, pameran itu adalah acara tahunan di Barcelona setiap kali tiba bulan April begini selain acara perlawanan lembu Matador.

Niat ku memang hendak kubeli sejambak bunga ketika itu namun ku batakkan niat mengenangkan kepada siapa untuk dihadiahkan. akhirnya kita. Selepas meninggalkan tempat pameran bunga, hujan turun tiba-tiba dengan butir-butirnya yang besar. Terpaksalah kita lari mencari tempat berteduh. Dan kitapun berteduh dibawah payung besar seorang peniaga Paella.

Aku sempat berseloroh dan bermain dengan hujan yang baru kita nikmati sepanjang trip ini dan aku berkali-kali melihatmu namun ku perasan yang bibirmu tidak sedikitpun tersenyum seperti selalunya, fikiranmu menerawang ke tempat lain agaknya.

Wahai sahabatku Mikael ! Meskipun aku tidak bertanya apa-apa, tapi aku sedar perubahan kau

itu. Kau yang selama ini periang dan ada saja info yang dikongsi tiba-tiba berubah menjadi demikian rupa hanya selepas sehari dua di negeri ini.Bodohnya aku dan Zamir ketika itu, tidak mahu mengerti sesuatu. Dan itu yang paling ku kesalkan sehingga kini.

Malam itu, ketika hendak tidur di rumah sewa yang ditempahd ari Airbnb. Engkau menyatakan harapan agar persahabatan kita bertiga akan kekal terjalin buat selama-lamanya. Bahkan

hingga ke taman syurga Firdausi. Lalu kau minta kita bertiga berjanji dan berusaha untuk

berada di satu tempat di sana dengan menjadi sebaik-baik muslim. Kelopak mata semakin memberat tibalah masa untuk mati seketika, tepat jam 1 pagi selepas bersembang, lampu ditutup dan kita masing-masing mengucapkan selamat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience