BAB 4

Drama Completed 2829

Keesokan harinya kau mengotakan katamu. Aku juga sudah idak berdaya menahan sakit lagi. Terima kasih, kerana selepas itu kakiku yang sakit beransur baik cuma patut masih berbebkas hingga sekarang dek tusukan yang dalam dan sehingga ke hari ini setiap kali terpandang parut di kaki pasti fikiranku akan menerawang semula kepada peristiwa itu.

Sambil aku meneguk teh safron yang dibawakan isteriku, Morni, foto kenangan

Kita kubelek lagi. Foto Kulihat aku berjalan di sebuah jalan yang sesak dengan jalan raya Antony yang penuh sesak dengan lautan pelancongyang meuju ke hadapan Plaza de Espana. Di

hadapan plaza itu kita sempat bergambar pula di hadapan patung Cervantes dan

patung Don Quixote bersama orang suruhannya, Soncho. Ada satu insiden yang juga tak dapat ku lupakan, di mana ketika bersiar di pasar terbuka tidak jauh dari situ, kau nyaris-nyaris

disamun. Mujur aku sempat melihat ketika beg galas mu diseluk oleh seorang lelaki. Tanpa berlengah, kita bertiga berlari mengejarnya. Zamir memegang tangannya dan menengking keras hingga lelaki itu terbaring di tanah. Ramai orang awam mengelilingi kita serasa sedang melakonkan filem aksi pula masa tu.

``Tolong, Aku lapar! Perut aku kosong! Maafkan aku!” rintih pemuda itu dalam bahasa

Inggeris yang sangat terbatas namun cukup kita fahami.

Kita memberi amaran keras padanya dalam bahasa Inggeris dan aku rasa dia faham akan maksud kita itu. Saat beredar aku sempat menoleh dan melihat kau menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada pemuda itu.. Lalu dia hendak sujud di kakimu, tapi kau menepis kepalanya memintanya enggan berbuat demikian. Ya Allah, betapa mulia sungguh hatimu Mikael! Sungguh aku bangga punya kawan sepertimu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience