BAB 3

Drama Completed 2829

Tanpa menunggu lama, kau dan Zamir memapah aku ke tebing tasik. Aku menyandarkan segala harapan ku kepada kamu berdua, aku memahut erat bahumu dan Zamir. Sungguh aku terharu dan merasa bertuah kerana punya kawan seperti kamu berdua. Betapa di bumi yang asing ini aku punya kamu berdua dan dapat bergantung harapan dengan kamu.

``Ayuh kita bawa mereka ke klinik,” Cadang Zamir ketika membalut

lukaku dengan kain mafela yang dipakainya.

``Tak usah. Luka kecil sahaja, kejap lagi elok. Tak payah susah-susah,” ujarku.

Masa itu berbuih mulut kau dan Zamir memujuk, namun aku tetap enggan walaupun aku

sesungguhnya memang sakit. Aku tidak sedarpun, sebenarnya keenggananku

itu lebih menyusahkan. Hinggalah kita pulang ke hotel, kau berdua masih

belum berjaya memujuk. Agaknya, kau fikir, sikapku itu degil mengalahkan budak kecil.

Tapi sungguh saat itu aku bukan berfikir sangat pada sakit, pelan kita berkunjung ke beberapa lokasi menarik yang tidak kesampaian.

Dan malam yang sepatutnya dihabiskan dengan bersiar-siar di bandar asal Cristiano Ronaldo itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Kita menghabiskan masa di bilik hotel menonton siaran TV yang tidak difahami..

Aku meminta kau dan Zamir meneruskan pelan seperti yang dirancang tanpa aku namun kamu berdua enggan pula, katanya tidak sampai hati meninggalkan aku seorang diri dalam keadaan sakit. Kauberdua memang begitu dari dulu dan di mana-mana pasti enggan meninggalkan aku atau pergi tanpa aku.

Aku melihat kau kelam-kabut dan ikut risau melihat aku yang mengerang kesakitan maklumlah kesakitan di kakiku ini tidak menunjukkan tanda-tanda sakitnya akan kebah.

``Mohsin tak boleh jadi ni ! Esok aku mesti bawa kau ke klinik,” ujarmu tegas dan aku pula hanya duduk menahan sakit, peluh merecik di dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience