BAB 8

Romance Completed 662

“Adam, aku suka kau sejak kali pertama kita dekat tasik lagi. Masa tu aku nangis, bukan Haziq yang ada kat situ tapi kau. Aku tak tahu kenapa aku suka kau. Yang aku tahunya kau dah buat aku suka kau. Suka sangat-sangat. Aku takut nak cakap benda ni. Tapi sekarang aku dah cakap. Aku sebenarnya suka kau Adam Haris”, laju mulutnya memuntahkan kata-kata yang sudah sekian lama dia pendam.

Satu perasaan lega menyelinap masuk ke setiap genap pembuluh darahnya. Jantung yang berhenti seketika tadi berjaya beroperasi kembali. Matanya terpejam seketika apabila perasaan risau yang berperang hebat dengan perasaannya sebentar tadi. Adam Haris, aku suka kau. Jeritan dalam fikirannya itu membuatkan dia kembali ke realiti apabila memandang riak wajah Adam Haris yang menahan gelak.

“Serius kau suka aku? Sorry Sara, aku bukan tak suka kau. Tapi aku sebenarnya dating jumpa kau ni pun sebab nak bagitau aku dah confess dekat Hani yang aku suka dia. Mesti kau gurau kan tadi,Sara?”,soal Adam dengan sisa-sisa tawanya. Geli hati agaknya.
Sakitnya.

Satu perkataan yang dapat menggambarkan perasaan Sara ketika itu. Sangat sakit. Sakitnya sama seperti sakit hatinya dengan Haziq dahulu. Tapi sakit kali ini masih boleh dikawal kepedihannya.

“Hahahaha,memang aku gurau pun lah sengal! Nasib baik kau tak percayakan? Takkan aku boleh suka kau pulak. Mengarut je!”, balas Sara dengan selambanya. Hatinya sebenarnya sakit sekali.

“Em, takpelah Sara. Aku ada janji dengan Hani ni. Aku tak nak lah bagi bad impression kat dia pasal our first date kan? Ok lah, bye Sara”, Adam berlalu sambil tersenyum memandang Sara yang menekan perut menahan gelak.

“Ye ye,good luck dude!”, jerit Sara dari jauh. Tanpa dia sedari air matanya sekali lagi gugur di pipi. Kerana cinta lagi.

“Sara, kau kena kuat. Jangan nangis lagi”,suara hatinya berbisik.

“Aku tak mampu. Aku tak mampu”,perlahan-lahan Sara bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience