BAB 3

Romance Completed 662

“Haziq, jom jumpa kejap. Ke awak busy?”, suara lembut Sara menyapa telinga Haziq.

Memang Haziq akui dia malas nak menjawab panggilan Sara Alisya yang asyik menelefonnya setiap hari. Sara Alisya dan Haziq Ashraf kawan sejak dari sekolah rendah lagi. Persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi itu sudah mencambahkan rasa suka dan sayang. Hubungan cinta yang dibina mereka sudah terjalin selama empat tahun. Empat tahun suatu tempoh yang agak lama bagi Haziq Ashraf. Sejak melangkah kaki ke alam universiti, ramai perempuan yang cantik,lemah lembut dan sikap yang selayaknya mendapat anugerah Wanita Melayu Terakhir dia jumpai. Sungguh dia akui hatinya ingin berkenalan dengan seorang gadis yang sangat lembut pekertinya.

Azfa Diyana. Nama yang sering meniti di bibir mahasiswa di universiti tempatan yang terkenal itu. Ramai yang mencuba memenangi hati gadis itu. Malangnya ramai yang kecundang. Sebenarnya Haziq Ashraf yang berjaya mencuri hati perempuannya. Hatinya terjentik tatkala melihat senyuman Haziq Ashraf yang sering dilemparkan bila mereka terserempak di hadapan makmal Biologi. Maklumlah jadual waktu kuliah mereka sama walaupun tidak sekuliah.
Tetapi dia merasa sangat cemburu bila dia dapat tahu Sara Alisya berjaya memenangi hati Haziq Ashraf yang menjadi pujaan hatinya.

“Azfa! Azfa!”, laung Farid yang berkaca mata berbingkai hitam dari jauh.

“Apa? Aku nak cepat ni. Ada apa?”, soal Azfa Diyana. Tangannya pantas menutup panas mentari yang menyucuk-nyucuk wajahnya.

“Kau ingat tak crush kau yang hot gila tu? Haziq, Haziq Ashraf. Ingat tak?”, termengah-mengah Farid mendapatkan Azfa Diyana. Naik turun nafasnya menahan lelah berlari. Penat dia cari Azfa.

“Mestilah ingat weh! Dia handsome sangat. Kenapa dengan dia?”, soalnya dengan mata yang memancarkan sinar harapan. Dia berharap Haziq Ashraf menyedari kewujudannya.

“Kau tahu tak dia suka kau? Aku ingatkan diorang main-main. Rupa-rupanya betul dia suka kau. Dia memang dah lama
nak kenal kau. Tadi,dia siap tanya aku siapa nama perempuan pakai baju kurung merah jambu. Kau jelah yang pakai kaler tu dalam lab tadi!”,tekan Farid dengan bersungguh-sungguh.

“Ya Allah! Happy gila dengar kau cakap macam tu! Lama dah aku suka dia weh. Pastu, dia takda cakap apa-apa ke?”. Sungguh dia gembira dengan khabar yang baru dia dengar dari mulut Farid.

“Kejap ye. Nahhh, aku harap kau boleh tidur lah ye malam ni”, senyum Farid sambil tangannya menghulurkan sekeping kertas kecil.

“Nombor dia! Lama aku harapkan benda ni. Boleh nangis tak sekarang?”,kata Azfa sambil menekup mulutnya,menahan dari menjerit lagi kuat. Hampir menangis dibuatnya dengan kejutan hari ini. Mimpikah dia,monolognya sendiri.

“Farid! You really made my day!”, senyum Azfa.

“Ahhh senangnya aku tengok kau senyum macam ni. Alangkah baiknya kalau senyum kau tu untuk aku”,ujarnya dalam
hati.

Dia memang suka dengan Azfa Diyana di hadapannya. Sungguh cantik senyuman gadis itu. Tapi dia bukan seperti lelaki lain yang ingin mendekati gadis itu kerana kecantikan yang terzahir. Dia sememangnya suka. Ya, dia tidak ada
alasan kenapa dia suka Azfa Diyana. Tapi dia tahu hatinya seringkali berdebar-debar tatkala melihat senyuman milik Azfa Diyana. Farid tersenyum sendiri.

“Eh takpe lah Ayid. Aku dah nak gerak ni. Gerak sama-sama jom!”, suaranya yang terselit dengan kegembiraan berjaya mengembalikan Farid ke dunia nyata.

“Hm, takpe lah Dee. Aku nak gerak library dulu. Nak hantar buku kejap. Ok lah,bye. Jalan tu jangan senyum senyum tau, kang ramai yang jatuh hati. Susah aku kena jawab pasal kau nanti”, ujar Farid diselangi dengan tawa yang tak pernah lekang dari kotak suaranya.

Farid berlalu dengan hati yang sakit. Tapi hatinya masih merasa gembira melihat senyuman di wajah lembut Azfa Diyana yang senang dipanggil Dee itu. Alangkah indahnya dunia jika Azfa Diyana tahu dia sudah lama jatuh hati dengan gadis itu.

“Tak mungkin dia pandang aku”, senyum Farid sambil membetulkan cermin matanya yang hampir melurut turun dari hidungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience