BAB 1

Romance Completed 662

Hangat mentari pagi menyimbah ke wajah polosnya dari jendela biliknya.Mimpi yang indah tadi terganggu dek kehangatan mentari yang menerobos masuk. Dia bangun bersila di atas katil tapi tiada petanda yang dia mahu meninggalkan katil yang empuk itu. Ditariknya comforter yang melurut ke lantai dan membalut tubuhnya.

“Aku ni mana pernah kena reject dengan lelaki. Kenapa kali ni aku kena reject? Ahhh! Malunya nak pergi kelas macam ni”, dengusnya dalam keadaan separuh sedar.

Ya! Cinta Sara Alisya memang tak pernah ditolak oleh mana-mana jejaka yang dia kenali. Sara Alisya sangat terkenal dengan sikapnya yang banyak cakap, lebih tepat lagi sikap peramah yang membuatkan sesiapa yang mengenali gadis ini sangat menyenangi kehadirannya. Gadis yang tak pernah lokek dengan senyuman ini sangat gila-gila perangainya. Gadis ini ada satu perangai yang buat orang rasa nak pergi depan dia terus angkat tangan dan jerit, tabik spring !

Sara Alisya terkenal dengan sikap berani. Bukan berani sebab selamatkan orang dalam kebakaran ke apa. Dia berani bila jatuh hati. Sara mudah jatuh hati dengan mana-mana lelaki yang dia senangi. Lelaki yang dia selesa diajak berbual tentang semua perkara. Lelaki yang tak bajet handsome bila ada dengan dia. Maksudnya, lelaki yang jadi diri sendiri. Tak pernah berusaha jadi orang lain dengan dia. Lelaki yang macam tulah ramai perempuan cari sekarang.

“Dan aku terus,menyanyi lagu ini untukmu,walau berjuta mendengar lagu ini hanya untukmu”

Nada dering telefon bimbitnya melantunkan Lagu Kita yang dinyanyikan Aizat berbunyi dari bawah bantalnya. Terus dia meraba-raba bawah bantalnya dan menjawab panggilan tanpa melihat siapa pemanggilnya di skrin telefon bimbit. Dengan nada yang lemah dia memberi salam.

“Ya Allah Sara! Kau tak nak pergi kelas ke apa ni? Aku dah ada kat bawah dengan Arni. Cepat siap! Kau jangan nak sambung tidur balik”, lantang suara Nani memukul gegendang telinga Sara.

“Wei! Tak reti nak jawab salam aku ke sayang? Aku rasa macam tak nak pergi kelas lah harini. Aku rasa macam tak sihat je pagi ni”, jawab Sara sambil menekan-nekan pelipis matanya yang berdenyut-denyut menahan pening.
“Kejap. Ni mesti sebab kau nangis je kan semalam? Bukan kau yang tak sihat,tapi hati kau tu yang demam kan?”,soal Nani dengan lajunya. Kalah M16 nampak gayanya.

Sara akui sakit hatinya kali ini lebih parah dari yang sebelum ini. Dia masih tidak mengerti kenapa jejaka yang hadir dalam kehidupannya itu menolak cintanya. Eh silap! Sara hanya meluahkan perasaan yang dah lama terpendam dalam hatinya. Bukan cakap nak kahwin dengan lelaki tinggi lampai tu. Pelik ke perempuan luahkan perasaan dekat lelaki,soalnya dalam hati. Keluhan panjang dilepaskan. Andai bias diundurkan masa, dia sendiri tidak mahu mengenali lelaki tu.

“Sara Alisya! Kau ni kenapa diam je? Cepatlah siap. Kitorang tak nak kena tinggal dengan bas ni. Lupakan pasal semalam tu ye? Sedih aku dengar suara kau pagi ni”, lembut suara Nani menegur.

“Kejap kejap, bagi aku 5 minit ye Nani”

Sara turun dari katilnya dan terus mencapai tuala biru laut yang tergantung di sisi mejanya. Langkahnya ke bilik mandi dipercepatkan. Seusai mandi,dia mencari-cari baju dalam almari pakaiannya. Lama dia memilih baju yang ingin dipakainya ke kelas. Akhirnya, sepasang matanya menangkap baju kurung hijau yang bercorak kuning bunga-bunga kecil dalam almarinya. Terus dia menyarungkan tubuhnya dengan baju kurung itu lalu dipadankan dengan tudung bawal plain. Kuning tudungnya tu sangat sesuai terletak di kepalanya. Sara membelek-belek pakaian yang dikenakan itu di hadapan cermin yang hamper sama tinggi dengannya.

“Okey Sara Alisya. Senyum senyum senyum. Benda yang lepas usah dikenang”, Sara tersenyum kecil mengenangkan senyuman di wajah kacak jejaka semalam. Redup mata yang sukar diterangkan oleh kata-kata. Sungguh sempurna! Rambutnya yang tak berapa nak kerinting dan tak berapa nak lurus tu membuatkan ramai yang tertawan. Sebaris gigi yang sering dipamerkan oleh jejaka itu buatkan bibir Sara Alisya mengukir lengkungan ke atas. Ya! Lelaki tu selalu berjaya buat Sara Alisya tersenyum tanpa dipaksa.

“Sara Alisya!” Kuat suara Nani menjerit dari luar blok asramanya.

Jeritan Nani membuatkan Sara Alisya tersentak dari lamunan. Tanpa membuang masa, dia terus mencapai beg galas hitam polka dot yang tersadai di tepi katilnya. Terus dia menyarungkan kasut Converse hitam kesayangannya dan bergegas mendapatkan Nani dan Arni yang mungkin sudah lama menunggunya dia pondok pengawal depan pagar kolej.

“Lambatnya kau. Nasib baik bas baru sampai, kalau tak memang aku dah tinggal kau”, ujar Arni sambil membetulkan pin tudungnya.

“Sorry lah korang. Banyak benda aku fikir tadi. Janganlah marah, petang ni aku belanja makan ye”,sengih Sara Alisya sambil menunduk-nunduk kepalanya memohon maaf.

“Dah dah,jom naik bas. Kang lambat pulak sampai kelas. Kau tahu lah kan Dr Razak tu garang bila ada yang masuk kelas dia lambat”, komen Nani sambil menjuihkan bibirnya ke arah bas merah jambu yang memang dikhaskan untuk mahasiswi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience