BAB 4

Romance Completed 662

Bulan berganti bulan, hari berganti hari dan masa semakin cepat berlalu. Sudah masuk bulan kedua hati Azfa Diyana berbunga-bunga. Ini semua kerana jejaka kacak itu. Sejak peristiwa Farid mengkhabarkan jejaka idamannya suka padanya,Haziq Ashraf seringkali menelefonnya pada setiap malam. Jejaka itu juga sering mengajaknya keluar makan. Sampaikan Azfa Diyan terlupa Sara Alisya masih pegang hati Haziq Ashraf. Dia tidak kisah. Dia tidak mahu ambil tahu tentang Sara Alisya dan Haziq Ashraf. Yang dia peduli bila cerita cinta Azfa Diyana dengan Haziq Ashraf bakal menggantikan cerita cinta sekarang sudah menanti masa untuk dihapuskan.

Azfa tahu Haziq sememangnya sudah jatuh hati dengannya. Mungkin Azfa sudah berjaya mengurangkan rasa sayang Haziq terhadap Sara Alisya. Pernah sekali sewaktu Azfa dan Haziq keluar bersama, Haziq mendapat panggilan dari Sara. Haziq hanya membiarkan telefon bimbitnya tanpa menjawab panggilan Sara, walau sudah banyak kali telefon bimbit itu menjerit minta dijawab.

Haziq akui dia sudah letih melayan karenah Sara Alisya. Mungkin dia sudah bosan dengan Sara Alisya. Mungkin dia mula rimas dengan Sara yang sering menanyakan khabarnya setiap hari. Salah dia juga yang sudah lama tidak menelefon Sara. Mungkin gadis itu pelik bila Haziq sudah jarang menelefonnya. Memang Sara akui hati perempuannya cemburu bila rakan-rakannya sibuk bercerita tentang Azfa Diyana dan Haziq Ashraf yang seringkali dilihat keluar bersama. Bila diajukan soalan tentang hubungan cinta mereka, Sara hanya mempamerkan senyuman dan menjawab Azfa tu hanya kawan Haziq.

Berat sebenarnya jawapan itu hendak keluar dari mulutnya. Demi menjaga hati Haziq dan hatinya sendiri, dia selalu mengeluarkan jawapan yang positif. Dia tahu dia tidak mampu mengubat hatinya jika Haziq Ashraf meninggalkan dia. Dia takut kehilangan Haziq. Sebenarnya dia takut kehilangan kawan baiknya itu,walaupun mereka bercinta tapi mereka tidak pernah mengungkapkan kata cinta dan sayang seperti pasangan kekasih yang lain. Dia selesa bercerita semua perkara dengan Haziq.

Sara tersenyum sendiri bila mengenangkan zaman hingusannya. Agak kelakar bila teringatkan tudung sekolahnya yang senget sebelah. Dengan muka yang comot. Seronok sangat zaman tu. Tiada siapa yang peduli berapa sudut kesengetan tudung yang dipakai. Comot di muka tu lagi lah tiada yang nak persoalkan. Sangat kelakar.

Zaman persekolahan yang masih berhingus itu lah yang menemukan insan yang bernama Haziq Ashraf dengan Sara Alisya. Mereka berdua sangat wajib dijauhkan kerana mereka sering bergaduh. Bila jumpa je macam anjing dengan kucing. Pantang bertentang mata, laju je mulut tu mengeluarkan panggilan ‘manja’ masing- masing. Bila dikenangkan kembali macam comel sangat masa tu, perasaan ingin kembali ke zaman hingusan tu menerjah dalam kotak fikirannya.

Seusai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), menanti keputusan dengan penuh debaran selama beberapa bulan akhirnya murid Tahun Enam berjaya menamatkan tempoh pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Melangkah masuk ke alam sekolah menengah yang dikira sebagai permulaan hidup sebagai seorang remaja. Permulaan yang agak menarik bagi Sara Alisya bila berjaya menyesuaikan diri dalam suasana sekolah asrama yang terkenal dengan semua pelajar perempuan. Sesuatu yang agak baru bagi Sara Alisya. Begitu juga dengan Haziq Ashraf, sama jantina pelajar di sekolah barunya itu.

Takdir sekali lagi menemukan mereka sewaktu usia remaja mereka menginjak masuk empat belas tahun. Sewaktu berjalan-jalan dalam shopping mall yang hanya beberapa meter dari asramanya, Sara Alisya sekali berjaya bertemu dengan teman gaduhnya dalam keadaan yang tergesa-gesa. Bermula dari situ lah kisah suka duka mereka membenih. Selepas pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka itu, Haziq Ashraf sering menelefonnya. Yang paling kelakarnya mereka selalu gaduh bila on the phone dan percayalah telinga masing-masing tahan sampai dua hingga tiga jam. Cakap kawan biasa tapi bila dah on the phone, lama sangat borak. Geleng Sara Alisya bila mengimbau kembali zaman comel mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience