BAB 7

Romance Completed 662

Selepas tujuh bulan.

“Aku kena luahkan jugak perasaan aku dekat dia!”, tekad Sara dalam hati.

Tujuh bulan lepas dia dan Haziq secara rasminya menjadi kawan baik macam sediakala. Tiada atmosfera awkward yang muncul sekiranya mereka hendak bergurau macam dulu. Persahabatan yang sedah lama terjalin mana mungkin putus walau apa pun yang melanda. Walaupun Sara agak sedih pada mulanya, tetapi perasaan sedih tu hanya sementara. Sebab apa? Sebab Adam Haris muncul dalam hidupnya. Ya, jejaka baru yang berjaya memenangi hatinya selepas Haziq Ashraf.

Kesabaran jejaka itu melayani karenahnya itu sangat disenangi. Sara akui dia pun sangat menyenangi perangai Adam sampaikan dia selesa bila Adam ada bersama. Sara seorang gadis yang suka bercerita. Adam Haris seorang pendengar yang setia. Dia setia mendengar apa yang Sara cakap. Sara membebel pun dia sanggup tadah telinga. Sara tidak kisah sekiranya sesiapa tidak memahaminya. Dia hanya perlukan seseorang yang mendengar tidak memahami pun tidak mengapa.

Kisah Haziq Ashraf dan Azfa Diyana tidak bertahan lama. Farid yang menyukai Azfa Diyana telah meluahkan perasaannya kepada Azfa. Sungguh Azfa terharu kerana Farid berani. Percayalah yang Azfa lebih memilih Farid. Haziq terkontang-kanting memikirkan cara untuk mendaoatkan kepercayaan Sara kembali. Tetapi semua itu sia-sia belak bila Sara menemuinya dan menyatakan hasrat dia ingin meluahkan perasaan kepada Adam Hari yang berhati batu tu.

“Serius eh kau nak confess kat dia?Bila?”,soal Haziq dengan hati yang gusar. Kenapa cepat sangat kau lupakan aku Sara,soalnya sendiri dalam hati.
“Nanti habis exam aku cakap ah kat dia. Minggu depan lah harinya. Takutnya aku Ziq. Kau rasa dia suka aku balik tak?”, Sara mengetap bibirnya. Perasaan yang sangat sukar ditafsirkan dengan kata-kata.
“Kalau dia tak suka kau, aku ada je ni boleh suka kau. Bila-bila masa je. Dari dulu lagi aku suka kau”, balas Haziq. Matanya tidak lekang memandang Sara Alisya yang berwajah risau di hadapannya.
“Ziq,please. Bukan sekarang kau nak jadi Romeo. Kau tahu kan benda tu takkan terjadi lagi”,balas Sara dengan suara yang lembut. Senyuman Sara terukir di bibirnya.

Ah, rindunya aku dengan senyuman kau Sara Alisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience