BAB 9

Romance Completed 662

Peristiwa pada malam itu agak mengganggu fikiran Sara sebenarnya. Perasaan malu mula menerobos dalam dirinya. Hendak difikirkan macam tidak ada guna lagi. Adam Haris jatuh hati dengan Hani Alissa bukan Sara Alisya. Keluhan panjang dilepaskan dengan berat sekali. Sukar dia mentafsirkan apa yang hatinya inginkan.
Haziq Ashraf.

Memang dia akui hatinya masih menyayangi lelaki itu. Tapi dia masih teringatkankata-katanya kepada Haziq tempoh hari.

“Ziq,please. Bukan sekarang kau nak jadi Romeo. Kau tahu kan benda tu takkan terjadi lagi”.

“Sara! Kenapa kau cakap macam tu? Nampak sangat Haziq dah letih tunggu kau Sara. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Aku pun dah cakap macam tu kan”, bebel Sara sendiri.

Tiba-tiba inbox telefon bimbitnya mengetuk kesunyian yang tercipta sebentar tadi.

“Aku nak call kau kejap. Ada benda nak tanya. Boleh tak?” –Haziq
Sara tergelak sendiri.
“Call jelah senget. Sejak bila dah pandai mintak izin dengan aku ni? Haha ? “ – Sara

Baru sahaja nada deringnya berbunyi,Sara laju menjawab panggilan tersebut.

“Hello senget! Lama tak call aku. Busy sangat ke weh? Haha “, ujar Sara sambil tertawa kecil.

“Busy lah jugak sikit. Assignments berlambak. Kalau kau nak tolong siapkan, aku okay je”, balas Haziq dengan selambanya.

“Takda maknanya aku nak tolong buatkan untuk kau. Eh, tadi kau cakap nak tanya benda,apa je weh?”, soalan Sara mengingatkan Haziq tentang perkara itu.

“Macam ni weh. Ada sorang lelaki ni,dia sukakan perempuan ni. Tapi perempuan ni tak tahu yang lelaki ni suka dia. Pastu,lelaki ni bawak lah perempuan ni pegi makan. Tiba- tiba masa dalam kereta,lelaki ni cakap dia suka perempuan ni. Kalau kau jadi perempuan tu, kau rasa apa?”, tanya Haziq.

“Kau dah jatuh suka dekat siapa ni Ziq? Haha tahniah tahniah!”, ujar Sara dengan gembira sekali tapi hati masih sakit.

“Jawablah soalan aku dulu”, pinta Haziq.

“Kalau aku lah kan, aku rasa terharu gila kot bila ada yang cakap dia suka aku. Memang aku terharu sampai habis tisu dalam kereta lelaki tu tau. Serious talk”, jawab Sara dengan yakin.

“Oyeke? Kalau lelaki tu nak confess dekat perempuan tu, and perempuan tu tahu. Tapi masa keluar makan tu lelaki tu
tak cakap apa-apa. Apa perasaan perempuan tu?”, soalan kedua muncul memukul gegendang telinga Sara yang leka mendengar.

“Macam nilah senang. Orang tua-tua cakap, kalau dah suka orang tu cakap jelah. Tak payah nak jadi penakut sangat. Kita just cakap kita suka dia je kan. Bukan nak bunuh dia ke apa. Dia terima ke tak tu belakang cerita. Yang penting,hati tu lega dah confess perasaan yang terpendam tu”, panjang lebar Sara menjawabnya.

“Hm,kejap. Nak mesej perempuan tu ye”.
Sepi.

“Aku dah mesej dia dah”,suara Haziq muncul tanpa disedari.

Ting!

“Eh jap,Ziq. Ada mesej masuk! Kejap ye,aku nak baca jap. Mana tahu mak aku rindu aku ke apa”, ujar Sara.

Hampir menangis Sara dibuatnya bila di skrin telefon bimbitnya terpapar nama Haziq. Haziq yang mesej dia. Mesej Haziq berbunyi,

Sara,aku tahu kau takkan pernah suka aku lagi. Tapi percayalah,aku tetap suka kau. Takkan pernah berubah perasaan tu. Kau memang selalu menafikan perasaan tu, aku tahu Sara. Aku tahu kau suka aku lagi. Aku tahu kau dah tak mampu nak pandang mata aku lagi bila aku berbicara soal hati kan? Ya,kau memang ada perasaan tu lagi. Aku senang hati Sara. Aku nak mintak satu benda je,boleh bagi aku peluang terakhir tak?

-Haziq-

“Sara,aku tak harap kau cakap ya. Tapi aku nak kau tahu,aku suka kau. Serius aku suka kau lagi”, kata Haziq dengan lemah sekali.

Just say yes, Sara. Please. Suara hati Haziq menjerit-jerit.
“Yes,Haziq.Aku bagi kau peluang tu”,Sara yang sedari tadi membisukan diri bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience