BAB 2

Romance Completed 662

Kafe yang terletak beberapa meter dari Kompleks Akademik E tu dihujani mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membeli makanan. Ramai juga yang hanya berbual-bual kosong dengan kawan di kafe itu. Sara Alisya hanya melihat gelagat mereka yang berada di kafe itu. Tidak ada yang menarik perhatiannya langsung ketika itu. Tanpa dia sedari,ada sepasang mata redup melihatnya dari jauh. Mata yang penuh kesayuan melihat wajah gadis itu. Wajah gadis itu yang dulunya menceriakan hari-harinya. Senyuman yang terukir di wajah gadis itu amat dia rindui.

“Haziq, kau pandang apa tu?”,telinganya menyapa suara Ariff yang baru sahaja keluar dari tandas.
Aku, Haziq Ashraf mana mungkin jilat ludah aku balik. Monolognya dalam hati. Keluhnya dalam diam. Ariff yang sedari tadi memerhati Haziq yang merenung jauh terus menepuk bahu Haziq.
“Eh sorry Ariff. Aku tak perasan kau dah keluar toilet. Aku pandang kafe tu jelah. Tiba-tiba rasa lapar”, ujar Haziq yang menyembunyikan gelabahnya. Bimbang kawan baiknya tahu dia masih mengharap pada yang sudah mematahkan hati kecilnya.

Ariff perasan Sara Alisya yang menarik minat sepasang mata redup milik Haziq Ashraf. Senyum kecil terukir di bibirnya. Lantas dia menepuk perlahan bahu Haziq.

“Ziq, aku tahu kau masih tak dapat lupakan Sara. Aku tahu kau sayang dia kan? Kejarlah dia lagi. Jangan berhenti sekarang. Nanti kau menyesal. Kau dah tahu cerita tak pasal Sara dengan Adam?, tanya Ariff dengan muka yang penuh kesungguhan.

“Yup, aku dah tahu. Adam kan roommate aku, memanglah aku tahu kan?”, balas Haziq acuh tak acuh.

Semalam memang Haziq geram dengan Adam. Sangat geram. Adam hanya ketawa bila ditanya tentang Sara Alisya. Memang Haziq tahu Sara ada cakap dia nak meluahkan perasaan malam semalam. Betapa pedihnya hati lelakinya bila gadis yang pernah singgah di kamar hatinya itu menyatakan hasratnya beberapa minggu lepas. Sungguh dia merasa sakit dan pedih. Memang Sara Alisya ada bertemu dengannya beberapa minggu lepas. Mereka masih berkawan baik sejak peristiwa yang menjadikan dirinya seorang lelaki yang bodoh. Bodoh kerana mengecewakan hati gadis yang berani itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience