BAB 5

Romance Completed 662

“Nombor yang dail tidak dihubungi”, jawapan yang sering didengar bila Haziq tidak menjawab panggilan telefonnya.

“Mungkin dia busy sangat kot”, perlahan bibir Sara mengukirkan senyuman. Senyuman yang kelat dan terpaksa. Dia menarik teddy bear kesayangannya, Ciko ke dadanya. Keluhan panjang dilepaskan. Penat dia mencari cara untuk mencuri masa lelaki itu. Dia terkejut bila dia sendiri yang Nampak Haziq memberikan Azfa Diyana sejambang bunga ros putih petang tadi. Sungguh dia terkejut tapi dia mampu melihat di sebalik cermin kaca perpustakaan dengan hati yang retak. Sara Alisya menahan matanya dari merembeskan air mata yang sudah sekian lama terkurung. Tapi hatinya sakit sekali, tidak pernah dia merasakan sakit sebegini rupa.

Semasa Sara menuruni anak tangga di perpustakaan, dia tidak semena-mena terlanggar seorang jejaka tinggi lampai. Bermata redup. Ya, itu Adam Haris. Jejaka yang menjadi kegilaan ramai. Sukar untuk mendekati jejaka pendiam ini. Jejaka di lebih suka menyendiri bertemankan iPodnya. Adam terkejut melihat air mata bening membanjiri wajah gadis yang dikenali dengan jiwa kentalnya bila sedih.

“Kenapa dengan awak ni?’, pantas Adam bertanya kerana terlalu terkejut melihat gadis itu tunduk. Mungkin malu dirinya dilihat menangis macam kanak-kanak kecil.

Sara terus meninggalkan Adam yang masih terpinga-pinga. Adam yang kehairanan terus menuju ke dalam perpustakaan. Baru dia perasan kewujudan Haziq Ashraf di sana. Baru sahaja dia ingin tegur Haziq,matanya menangkap sesusuk tubuh gadis di sebelahnya.

“Eh bukan ke tu Azfa Diyana? Patutlah minah kental tu leleh. Pakwe menggatal dengan awek lawa”,ujarnya dalam nada yang perlahan. Dia melajukan langkah menuju meja bacaan dalam perpustakaan tersebut. Tangannya laju mengeluarkan buku dan bahan-bahan rujukan yang lain di atas meja. Ligat jarinya memutarkan pen hitam Pilot kegemarannya.

“Kenapa dia sedih ye?”,satu suara menerobos masuk dalam fikirannya.

“Adam Haris, kenapa kau fikirkan minah tu? Macam pelik je”, satu suara hati yang menepis soalan tadi.

Tanpa membuang masa, Adam mengemas bukunya kembali dan memasukkan ke dalam beg sandang hitamnya. Dia mengatur langkah laju menuruni tangaa. Dia nak kejar Sara Alisya,tekad dalam hatinya tanpa mengetahui kenapa dia mesti kejar gadis itu. Dia terus menuju ke tasik di hadapan perpustakaan yang gah berdiri itu. Mata Adam melilau-lilau mencari kelibat Sara Alisya dan akhirnya, dia menemui Sara dalam keadaan yang amat kasihan. Bahu Sara terhingut-hingut menahan esakan yang semakin lama semakin kuat.Rasa kasihan timbul dari dasar hati Adam. Laju tangannya menyeluk poket seluarnya mencari sapu tangan. Dia yang teragak- agak menghulurkan sapu tangan putihnya kepada Sara Alisya.

“Tak payah nangis lah. Bukan ke kau minah kental? Nah, sapu tangan. Lap air mata kau tu”,hulur Adam dengan muka tanpa riak.

Sara yang sedari tadi menekup mukanya dengan kedua belah tangan memandang Adam dengan muka yang terkejut. Tapi tangannya pantas menarik sapu tangan putih di tangan Adam. Semakin kuat tangisannya. Adam mula cuak bila semua yang ada di situ melihat dia sebagai seorang penjahat yang baru sahaja merompak gula-gula dari kanak-kanak.

“Janganlah nangis. Semua orang dah pandang kot”, bisik Adam ke sisi kepala Sara. Sara mendongakkan kepala dan bersuara, “Adam,kau tahu tak betapa sakitnya hati bila tengok orang yang aku sayang bagi bunga dekat orang lain. Aku tahu lah aku tak lawa. Aku tahu lah aku tak lemah lembut. Aku aku…”. Sara tak sanggup lagi meneruskan kata-katanya. Termangu seketika Adam mendengarkan butir bicara yang dilontarkan gadis di hadapannya itu. Sakit sekali rasanya bila berada di posisi gadis itu.

“Dah dah, jangan nangis. Kau lawa gila bila air mata tu tak jadi watak tambahan dekat muka kau. Senyum lah ye”,pujuk Adam dengan bersungguh-sungguh.

Perlahan-lahan Sara mengangkat mukanya. Dia tersenyum dan tiba-tiba hatinya berbunga melihatkan senyuman ikhlas lelaki di hadapannya. Entah kenapa dia merasa berdebar-debar mendengar getaran suara lelaki pendiam itu. Sungguh ajaib kerana Adam sangat jarang berbual dengan mana-mana mahasiswi. Apatah lagi dengan apa yang terjadi sekarang. Malunya seorang Sara Alisya cengeng di hadapan Adam Haris yang berhati batu ini.

“Kau tahu tak, dalam hidup ni kadang-kadang kita mungkin rasa dialah yang terbaik untuk kita. Tapi last-last kita yang sakit hati dengan dia. Bila tiba bab move on, kita pulak yang sengsara. Susah susah. Sara,aku tahu kau kuat. Even aku bukannya kenal kau sangat pun. Bila aku dengar Haziq cerita pasal kau,aku dah boleh agak kau ni perempuan macam mana. Aku senang hati dengar cerita pasal kau”, ujar Adam sambil melemparkan pandangannya ke arah tasik.

“Hm,entah lah Adam. Aku tak tahu. Perlu ke aku move on? Aku susah lah nak move on. Aku dengan Haziq dah lama kenal and aku takut kehilangan dia”, balas Sara dengan air mata yang masih bersisa di tubir matanya.

Adam perlahan-lahan memandang Sara dengan satu pandangan mata mampu meredupkan hati yang resah. “Takpe,aku ada Sara. Aku tolong kau”, senyum Adam. Terdiam Sara seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience