BAB 4

Romance Completed 23089

“Abang! Nak kemana tu?”

Alamak! Mama! Mati aku kalau macam ni. Perlahan-lahan aku toleh belakang.

Mama tengah duk bersandar dekat jenang pintu dapur. Aku tayang sengih sambil melangkah kearah mama sebab nak salam sebelum keluar. Ambil berkat! Hehehe

“Errr.. ma.. Abang nak keluar jap jumpa kawan.” Jawab aku sambil hulur tangan nak salam mama.
Mama pandang curiga kat aku. Adoii…

Nak tak nak jer mama hulur tangan sambil buat mata macam tak percaya cakap aku.

“yer ke jumpa kawan? Keee… kamu nak jumpa mana-mana pramugari buat dating?”

Erk? Heee… kantoi sudah.

“haa… err… “ nak cakap ape ni? Tak baik menipu mama. Mahu ke neraka aku nanti.

Aku ni walaupun selalu gak keluar berdua dengan awek-awek tapi aku ni baik tau! Hehehhe… puji diri sendiri pulak.*tayang muka innocent sambil garu-garu kepala*

“Mama tak kisah kalau abang nak keluar jumpa perempuan. Tapi ingat pesan mama! Jangan berdua saja orang ketiga nanti ada!. Jangan buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah orang. Berdosa tahu! Sentiasa ingat Allah dengan keluarga yaaa..” panjang lebar mama ceramah kat aku.

Aku hanya angguk-angguk kepala. Dah biasa dengar.

Selama aku hidup ni memang aku nakal. Biasa la lelaki. Tapi aku masih tahu batas lagi. Solat pun Alhamdulillah cukup lagi just selalu terbabas waktu jer. Kekekeke.

“Okay ma! Abang sentiasa ingat nasihat mama. Bye ma! Iloveu sweetheart!” lepas jer cakap macam tu aku terus berlari keluar dari rumah. Hehehe. Sebab tahu sangat nanti mama sambung dari ceramah jadi forum pulak.

Puan Zainab dah tergeleng-geleng kepala tengok perangai anak teruna dia yang sorang ni. Umur dah lanjut perangai nakal dia tak hilang-hilang lagi. Disuruh kahwin mesti mengelak aje kerja si Yuzair tu.

Tepat jam 9.45 malam aku sampai dekat Ali bistro. Hehehe memang kat sini la tempat lepak aku dengan kawan-kawan. Alaa setakat borak-borak kosong sambil minum kopi jer pun. Tak ada makna aku nak pergi lepak dekat kelab-kelab malam. Haram! Berdosa tau…heee.. amacam baik tak aku??? ^__^!

Hah! Lagi satu… kat Ali bistro ni jugak la tempat aku dating. Hahaha… siapa-siapa yang jadi awek aku tu memang tak boleh demand nak pergi kelab kee… restoren mewah ke.. nehi!tiada! no! tak payah nak gedik sangat ajak aku pergi sana. Tempat mahal-mahal ekslusif untuk siapa awek bertuah yang lepas saringan jadi bini aku jer. Hahaha

“Woii Yun! Lambat la kau! Orang dah start bola dah ni” jerit geng-geng aku. Hish! Tak menyempat.

Aku cepat-cepat order teh tarik dengan mee goreng mamak. Lepas tu tarik kerusi sebelah kawan baik aku Laila. Haaa… Laila ni pramugari tau. Kawan aku sejak kecik lagi. Tapi dia ni not typical perempuan ar.. walaupun dia ni pramugari tapi ganas yang amat. Tu la geng-geng dia semua lelaki.

“Apasal lambat?” tanya Laila sambil hirup neslo ais kegemaran dia.

Aku tayang sengih. “Jalan jam” saja aku bagi alasan macam tu. Padahal tak jam pun. Aku solat isyak dulu woiii.. tu lambat. Tapi aku malas nak cakap. Kekekee.. karang orang kata aku riak pulak.

Haha… macam dah riak jer ek? Cepat-cepat aku istighfar dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience