BAB 19

Romance Completed 23089

Shrettt… shretttt…

Fuh lega… aku ambil tisu lagi. Nak hembus hidung. Uwarghh sedih betul la cerita ni. Hish!

Yuzair kat sebelah aku kejap pandang buku kat tangan dia kejap pandang muka aku. Aku pulak memang dah lama perasan tapi saja buat tak tahu. Biar la dia nak kata apa macam tak biasa.

“sedih sangat ke novel sayang baca tu sampai nak bengkak biji mata ni?” tanya Yuzair pelik.

Mana dia tak pelik! Beria benar Yunalisa.. menangis sampai tersedu sedan. Hampir habis sekotak tisu dibuatnya. Dia yang disebelah pun rasa terganggu nak membaca.

“Sedih sangat abang. Nanti kejap lagi saya cerita. Dah nak habis ni ha” balas aku tanpa memandang muka dia. Fokus!

Lima minit kemudian habis pun novel ni aku baca. Fuh! Lega happy ending!!!!

Tersengih-sengih aku bangun dari katil dan berlalu ke rak buku untuk menyimpan buku. Yuzair yang dari tadi diatas katil tergeleng-geleng melihat gelagat isteri dia. Tadi menangis sekarang senyum pulak?

“So, apa cerita dia?” tanya Yuzair. Saja dia nak ambil tahu buku yang Yunalisa.. baca. Dengan cara macam ni dia dapat lihat perbagai riaksi Yunalisa.. yang mencuit hati.

Aku yang dengar Yuzair nak tahu cerita tadi semangat bersila depan dia. Berkobar-kobar nak cerita.

“Laa.. macam tu jer cerita dia. Apa yang sedih?” tanya Yuzair selepas mendengar cerita Yunalisa…

Aku kerut kening. Aik? Tak sedih ke? Inilah lelaki tak cuba nak memahami.

“Abang ni! Sedih la sebab sampai hati suami dia lebihkan kekasih gelap daripada isteri sendiri. Walaupun isteri tu diam jer tak marah sebab suami dia ada kekasih lain tak bermakna isteri dia tak kecewa. Apa la abang ni! Lepas tu bila isteri dia dah redha nak pergi dari hidup si suami tahu pulak suami tu rasa kehilangan.” malas aku nak terang lagi. Terus aku tarik selimut nak tidur.

Yuzair dah terkebil-kebil kat sebelah. Aik marah?..

“Sayang…” Yuzair baring belakang aku. Tangan dia macam biasa berlilit kat pinggang aku.

“Hurmmm”

“Walau apa pun yang terjadi, jangan terfikir nak pergi jauh dari abang. I can’t think how is my life without you” tulus dari hati Yuzair berkata-kata membuatkan aku rasa terharu dan mengalirkan air mata.

Aku tahu mak dia sentiasa mendesak nakkan cucu. Sampai kadang-kadang aku tengok Yuzair adakalanya muram dan macam bermasalah.

“Laaa… abang baru cakap sikit dah menangis. Takkan dah cair kot?” sakat Yuzair. Saja dia nak Yunalisa.. sentiasa tersenyum.

Yunalisa.. siku perut Yuzair. “Eiii abang ni. Baru nak touching-touching!”

“Sampai bila abang mampu bertahan?” aku tanya dia sambil pusing badan mengadap dia.

Yuzair cium dahi aku lamaa… sambil belai rambut aku. “Doakan sampai bila-bila”

“Kalau mama marah? Then dia desak abang?”

Yuzair tarik tangan aku dan cium sekilas. Lepas tu dia pandang mata aku.

“Alaaa.. tak lama pun mama marah. Abangkan macho plus handsome, kalau sayang yang keras kejung ni mampu abang cairkan, inikan pulak mama! Kacang sangat!” jawab Yuzair sambil tayang sengih nakal.

“Eiiii… abang! Poyo tak habis!” aku cubit manja lengan dia sambil tergelak besar.

Yuzair tersengih. “Sayang kena selalu senyum macam ni. Nak tahu sebab apa?”

Aku angkat kening. “Because you look very beautiful with those dimples” dia sentuh lesung pipit aku
belah kanan. Lepas tu dia cium lama kat situ.

Uwarghhh!!! Romantik bangat suami gua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience