BAB 20

Romance Completed 23089

3 tahun kemudian

“Yunalisa..!!! Jangan banyak gerak. Bahaya!” nyaring suara mama suruh aku berhenti dari bergerak sana sini kat laman rumah.

Hufffhhh… masalahnya aku bosan gila! Nak pergi kafe tak boleh! Nasib baik adik aku Ida dengan Azri ambil alih kejap. Kalau tak! Lingkup.

Korang nak tahu tak sebab apa mama beria tak bagi aku banyak gerak? Sebabbbbbb….

Jeng..jeng..jeng…

Aku pregnant! Hamil! Errmmmm mengandung!

Yeah! Alhamdulillah.

Setelah 3 tahun kahwin baru aku dapat menimang cahaya mata. Hukhukhuk. *ambil tisu lap air mata terharu*

Bak kata mamat poyo tu… “Kalau tak kerana abang yang bekerja keras memang tak la membukit perut sayang tu”

Tengok tu! Poyo dia tak hilang lagi.

“tapi sayang… kita kena sentiasa bersyukur. Allah dengar doa dan usaha kita”

Teringat aku pertama kali dapat tahu aku mengandung dulu. Sampai menangis Yuzair dibuatnya. aku apalagi ambil chance la nak mengusik dia. first time tengok dia menangis.

“Eiiii.. memalukan sungguh! Ada ke patut nak jadi papa menangis. Cengeng sungguh la papa awak ni baby” usik aku sambil usap-usap perut yang masih leper ketika itu.

Yuzair cepat-cepat kesat air mata. Terus dia meluru kearah aku dan peluk erat.

“Thanks sayang.” Ucap Yuzair ikhlas.

Hahahahha. Pertama kali aku tengok dia tak terucap dan tak terbalas apa yang aku usik dia. Kalau tidak…. Hurmmm.. jangan harap. Poyo sentiasa.

Mama yang pada mulanya duk mendesak nak aku mengandung sampai stress-stress aku dibuatnya, tapi akhirnya mama hanya berdiam dan turut membantu aku mendapatkan rawatan traditional. Bersyukur gila!!

Laila? Hurmmm jangan cakap la…. Banyak kali aku berperang dengan Yuzair sebab minah tu. Duk mengedeng kat suami aku. Tapi nasib baik Yuzair tahu fobia aku pada lelaki curang. So, dia ambil langkah berjaga-jaga agar aku tak hilang kepercayaan kepada dia. Kalau Laila dengan geng-geng dia ajak lepak dekat mamak mesti dia ajak aku ikut sekali. Takut aku tinggal sorang katanya. Padahal takut aku tak percaya dia. Hahahahaa…

“Sayang…” aku pandang Yuzair yang tengah duk tolong keratkan kuku kaki aku. Maklumlaaa dah tak sampai perut besar benar.

“Apa?”

“I love you!”

Aik? Tiba-tiba… dari pada kening berkerut… aku tarik senyum.

“Abang nak nyanyi satu lagu. Dengar tau!”

Tuhann.. terima kasih
Kau kurniakan dirinya untukku
Kau hadiahkan dirinya padaku
menemani perjalanan hidupku

Pandanglah ku sayang
hari ini ku buktikan padamu
tiada lain hanya engkau selalu
dalam hatiku

Dengarkanku sayang
khalimah teragung buat dirimu
dengan izin dari tuhan yang satu
kanku halalkan diriku untukmu

Tak akan ku biar kau sendiri
jalani hari sepi
bila aku disini

Sayang, sampai ke akhir nanti
ku akan menemani
sehingga aku ‘pergi’ nanti

Sahut tanganku cinta
izinkan aku menyarungnya
dengan azimat ku sebagai tanda
aku milikmu selamanya

Walauku tak sempurna
syukur padaNya kerna kau terima
tiap saat kan ku belai mu cinta
bila dirimu terhalal untukku

Ya Allah. Aku pandang Yuzair dengan mata berkaca-kaca. Terima kasih ya Allah. Terima kasih untuk anugerah yang terindah ni.

“Haaa! Jangan kata nak menangis ni mesti sebab suara abang sedap sangat kan? Hehehe.. abang dah tahu dah.. dulu waktu sekola aba…”

“Abang..”

Belum sempat Yuzair habis cakap aku dah panggil dia. Dia pandang aku sambil tersenyum.

“Kenapa sweet sangat?” tanya aku sambil berlinangan air mata.

Yuzair datang duduk sebelah aku. Bahu aku dirangkul erat.

“Aik? Baru nak tanya? Abang memang dah dilahirkan sejak azali sweet sayang” usik Yuzair lagi.

Aku dah tak mampu nak mengata dia poyo.

“Bukan setakat dilahirkan sejak azali sweet. Abang pun dilahirkan sejak azali jugak dengan poyo abang tu. Tapi…. Yunalisa.. tetap nak mamat poyo ni jugak pimpin Yunalisa.. dengan anak-anak dekat syurga nanti”

Aku pegang kedua belah pipi dia dan cium dahi dia lama.

“Thanks sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience