BAB 12

Romance Completed 23089

“Tak semua lelaki dilahirkan untuk curang awak, tak semua lelaki dilahirkan tak bertanggungjawab, tak semua lelaki sanggup melukakan hati perempuan yang dia cinta demi zuriat”

“Saya tak cakap yang saya takkan menduakan awak, atau buat awak sedih nanti sebab saya tak tahu masa depan. Tapi satu jer saya tahu. Semua benda yang berlaku adalah takdir dari Allah. Itu masa depan kita. Takkan hanya kerana kisah orang lain yang dikecewakan awak pula nak halang kebahagiaan awak dikemudian hari. Padahal awak tak tahu pun kisah awak nanti macam mana. Entah-entah awak bahagia sampai bila-bila.”

Adoiii… masih terngiang-ngiang lagi nasihat Yuzair kat telinga aku. Entah kenapa bila dia yang nasihatkan aku membuatkan aku jadi terfikir sesuatu. Kenapa perlu aku takutkan sesuatu yang tak pasti akan terjadi atau tidak? Kenapa aku perlu halang bahagia aku sekarang padahal aku tak tahu pun dikemudian hari nanti mungkin aku akan terus bahagia?

“Yunalisa.., listen here. The first thing that you must know is I love u. saya ni awak, tak pernah jatuh cinta dan this is the first time for me. The feeling towards you, saya baru rasa Yunalisa... Betapa saya nak lindungi awak, saya nak mencintai awak dan dicintai awak, saya nak hidup dengan awak.”

Bammmm!

Allah!

Yunalisa..!!! Tu la kau berangan lagi time memandu tengok sekarang? Kau langgar kereta orang woiiii!

Alamak? Macam mana ni?

“Woi, keluar sekarang” tuan punya kereta yang aku langgar ketuk-ketuk cermin kereta aku. Sumpah!

Kalau tengok muka aku sekarang pucat lesi sebab kereta yang aku langgar tu jenama mahal dan tuan dia sangat la sasa dan bengis!

“er.. sorry… sorry sangat-sangat” muka kesian aku tayang kat mamat depan ni.

“Bawak kereta macam mana? Mata letak kat lutut ke haa?! Habis kereta aku!” tengking mamat bengis tu. Terkejut aku dibuatnya. Uwarghhhh! Ni nak nangis ni.

“Kau keluar sekarang dari kereta buruk kau ni!” jerkah mamat tu lagi.

Teragak-agak aku bukak pintu kereta nak keluar. Tapi sebelum tu baik aku telefon seseorang. Sebab dalam kepala otak aku sekarang memang tak boleh nak fikir apa.

“Wait, I make a call first.”

“Cepat sikit aku tak ada masa nak layan kau ni!”

Angkat la… please!!! Mana kau ni Wani. Tak ada pulak. Okeyyy… lastly, Yuzair!

“Assalamualaikum, Yunalisa..?”

“Err… waalaikumussalam. Awak tolong saya boleh tak?”

“Sure!”

Sepanjang nak menunggu Yuzair yang dari sepang tu datang kat Putrajaya ni mamat bengis tu asyik la membebel marah kat aku. Dia siap nak ambik IC aku sebab tak percaya yang aku akan bayar harga repair kereta dia.

“Awak” Yuzair menyapa.

Dia datang dari tempat kerja dia kot, sebab aku nampak dia masih dengan baju kerja dia tu.

“Biar saya deal dengan dia. Awak duduk dalam kereta jap” arah Yuzair kat aku. Aku pulak hanya mengangguk jer.

Bila aku tengok dia dari jauh… hurmmm… nampak segak, macho dan bertanggungjawab. Rasa macam nak sayang dia. Tiba-tiba rasa disayangi sangat.

Betul ke akan ada bahagia kita nanti awak?

“okay… dah selesai. Awak jangan risau yang lain saya uruskan”

Tersentak aku. Eh? Bila dia duduk kat sebelah aku dalam kereta ni? Kereta mamat bengis pun dah tak ada. Nampak sangat aku berangan dari tadi lagi.

“Err.. thanks awak. Maaf susahkan.”

“No hal la… benda kecil jer. Saya lagi suka bila awak mintak tolong saya”

Aku toleh pandang dia. “Kenapa?”

Dia tayang sengih. “Sebab saya rasa diperlukan.”

Erkk? Macam tu pulakk.

“Dah la, kereta awak biar tinggal kat sini nanti akan ada orang datang hantar kat bengkel sebab teruk jugak kena ni. Saya hantar awak balik.”

Aku hanya mengangguk. Tak tahu dah nak cakap apa. Rasa terharu jer ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience