BAB 15

Romance Completed 23089

“Kau tahu tak yang kau dah rampas si Yuzair tu daripada aku!” marah Laila sambil menjeling tajam perempuan depan dia ni. Tak seksi langsung! Semua bertutup!

Aku hanya senyum. Sabar Yunalisa.. … sabar! Aku dah agak dah minah depan aku ni memang ada hati kat laki aku. Fuuuhhh nasib baik aku percaya laki aku sayang aku.

“Bila masa pulak aku merampas ni? Yuzair time tu bujang lagi kot time tunang dengan aku. Mama dia yang carikan. Kau jangan nak perasan boleh tak!”

“Kau tu yang jangan nak perasan! Dia terima kau sebab mama dia jer! Kau tu menantu pilihan mama dia. Bukan dia! Sedar la diri tu sikit. Dah la andartu! Tak seksi pulak tu. Tak kena taste Yuzair langsung!” tengking Laila kurang sabar.

Kalau tengok dekat cermin ni… muka aku memang dah merah padam dah. Kurang ajar punya minah! Katanya aku andartu! Tak seksi? Siap kau!

“Ya! Memang aku andartu. Tapi ingat sikit sekarang ni aku dah nikah. Andartu ke maktu ke semua tu dah tak ada makna dah!. Ni aku nak cakap sikit, kau tu pulak yang patut risaukan diri kau karang jadi andartu macam aku dulu baru tahu. Hahahahha!” saja aku sakitkan hati minah depan aku ni. Saja jer aku gelak besar-besar macam kena hysteria. Ni kalau mak aku tengok ni mahu dapat penampar sebijik sebab tak sopan.

“Hah! Lagi satu, apa kau kata? Aku tak seksi? Kau tak tahu ke hah yang seksi tu hanya untuk dihadapan suami. Aku ni sebenarnya malas nak cerita benda-benda dalam kelambu ni. Tapi sebabkan kau ni jenis jaga tepi kain orang. Meh la aku story mory sikit. Aku ni kalau kat rumah, depan Yuzair jangan cakap laa… tak pakai apa-apa pun. Tu sebab la si Yuzair tu nak melekat jer dengan aku. Sebab apa? Sebab benda halal. Bila-bila masa dia nak aku boleh bagi. Dapat pahala lagi!” Hah! Ambik kau. Puas hati aku sakitkan hati minah ni.

Laila rasa macam nak menjerit sebab sakit hati. Cepat-cepat dia bangun lepastu hanyun tangan kat pipi Yunalisa.. …

Pang!

“Kurang ajar kau!”

Pang!

Aku balas balik pelempang sebiji kat muka dia. Sanggup dia tampar aku! Eiiii… dia tak tahu ke hah aku ni perempuan yang bukan senang nak mengalah.

Lepas jer aku tampar minah tak sedar diri tu terus aku ambil handbag and blah dari situ. Buat sakit hati jer layan perempuan meroyan macam tu. Tak pasal-pasal aku meroyan sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience