BAB 14

Romance Completed 23089

Hurmmm… dah 3 bulan usia perkahwinan aku dengan mamat poyo a.k.a Yuzair. Dia tak ada la poyo sangat cuma suka bangga diri terlebih jer. Terus terang aku kata rasa sayang tu dah ada untuk mamat tu.

Haritu aku ada pergi rumah mak mertua aku, dia sibuk dah nak timang cucu katanya. Aku hanya tayang sengih jer. Tak ada rezeki lagi, aku dengan Yuzair tak merancang pun sebab kitorang tahu usia masing-masing dah lanjut. Bak kata Yuzair aku ni kan andartu! Dia tak pa la saham mencanak tinggi lagi. Lagi-lagi dengan kawan baik dia tu Laila.

Haaa! Cakap tentang si Laila ni, aku memang musykil sungguh! Aku rasa dia minat laki aku la. Setiap hari call suami aku ajak lepak mapley! Mamak maksud aku. Nasib baik suami aku ni jenis manja teramat sangat dengan aku, 24jam nak berkepit sampai aku yang rimas. Fuuuhh! Kalau dia jenis layan jer Laila tu mahu aku lari rumah. Jelesss okay!

Tapi bak kata Wani, aku kena berjaga-jaga. Sebab apa? Sebab sekarang kitorang baru kahwin 3 bulan so, laki aku tak bosan lagi. Cuba tengok dua tiga tahun nanti macam mana. Jadi bagi untuk mengelak perkara-perkara tak diingini berlaku, aku kena sentiasa taat dan goda suami aku supaya dia sentiasa sayang dan suka kat aku. Mak aihhh… memang meremang bulu roma bab mengoda tu.

“Sayang!” suara Yuzair kedengaran nyaring.

Mamat ni memang berlatih nak jadi tarzan agaknya. Aku bangun dari sofa berlalu kedapur.

Elok jer sampai dekat pintu dapur aku nampak Yuzair tengah tersengih-sengih kalah kerang busuk.

Ya Allah bersepah dapur!

“Abang buat apa ni?!” tanya aku nada geram sambil renung dia tajam. Dia garu-garu kepala.

“Sayang, abang nak…errr… masak nasi goreng untuk kita”sayu jer suara Yuzair menjawab. Takut-takut sebab Yunalisa.. ni garang!

Aku hela nafas sekejap. Kesian pulak dekat dia. Aku merapati Yuzair dan berdiri sebelah dia.

“Nak buat apa? Kan tadi dah makan” aku bertanya lembut.

“Nak masak untuk makan malam kita.”

“Okay la, so, kenapa abang panggil Yunalisa.. tadi”

“Abang nak tanya mana halia?”

Aku dah terangkat kening? Halia?

“Abang nak masak apa ni?” aku curiga betul dengan mamat ni. Reti masak ke idak ni?

“Nasi goreng la sayang” jawab Yuzair tulus.

Aku dah tepuk dahi. “Nasi goreng apa?”

“Hurmmm… Nasi goreng kampung”
“Abang sayaaannnggggg… nasi goreng kampung mana ada letak halia!”

Yuzair dah tercengang. Tak ada ek? Heheheeee…

Aku dah ketap gigi geram. Sabar jer la aku tengok dia ni.

“Meh la Yunalisa.. masakkan” aku dah gerak dekat dia sambil nak tarik apron yang dia sedang pakai sebab kat rumah ni ada satu jer apron.

Yuzair dah geleng-geleng. “Kita masak sama-sama la sayang, baru romantik”

“Amboiii! Romantik apa ke bendanya!” aku jeling Yuzair kat sebelah sambil ambil carrot dan sayur-sayur dibawa ke singki untuk basuh.

“Boleh la sayang, macam ni” Yuzair peluk aku dari belakang.

Tersentak aku. Geli pun ada tapi aku tahan jer sebab Wani kata aku kena manja-manja dengan Yuzair. Okayyyy aku cuba!

Tangan Yuzair melingkar dekat pinggang aku sambil dia letak dagu dia dekat bahu aku. Lepas tu tak boleh bla betul dia siap tiup-tiup telinga aku. Eiiii dah la aku ni jenis cepat geli. Sensitive sungguh!

“Abang jangan la, tak senang la nak buat kerja” rungut aku sambil goyang-goyangkan bahu tanda suruh dia alih muka.

Dia gelak-gelak jer. “I love You sayang”

Terkedu aku dibuatnya. Dia ni memang mamat poyo, manja, dan romantik sangat. Cair woiiii

“I Love You too” balas aku. Uwarghhh!!! Malu seyhhhh first time aku confess ni.

Yuzair dah tersenyum bahagia. Yunalisa.. dia ni memang tak romantik langsung. Keras macam kayu. Nasib baik iceberg dia dah start mencair, kalau tak kejung!

“Yeahh!!! Finally sayang. Abang tahu mesti sayang, sayang abang jugak. Sebab apa? Abang ni memang menepati lelaki idaman awak lepastu awak beruntung sebab ada extra point dekat abang. Nak tahu tak?”

Aku siku perut Yuzair. “Eiiii poyo abang ni memang tak boleh diubati ke haaa? Hah! Apa bendanya tu?” tanya aku geram.

“heheheeee… Plusnya ialah abang ni handsome!” Yuzair dah tergelak besar dekat belakang aku.
Amboii perasan sungguh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience