BAB 13

Romance Completed 23089

“Terima kasih sebab terima saya dalam hidup awak”

Aik tiba-tiba jer mamat ni. Aku yang berbaring sebelah Yuzair pusing mengiring sebab nak tengok muka mamat tu.

Ops! Sebelum tu aku nak cakap kejap. Aku dengan dia ni dah selamat dah nikah pagi tadi. Malas aku nak cerita majlis aku yang tipikal kahwin kat Malaysia ni. Hehehe…

So, status andartu aku tu dihapuskan serta merta. Kira si Yuzair ni hero aku la kan? Sebab dia yang tolong menghapuskan gelaran tu sekaligus mengupgradekan dari cik ke puan Yunalisa...

“Err… laa skema la pulak awak ni. Takyah nak formal sangat la dengan saya. Dah common sangat setiap malam pertama orang akan cakap terima kasih ni.”

Ekkk… berani sangat aku ni.

Yuzair dah tergelak dengar aku cakap macam tu.

Minah ni dulu bukan main takut nak kahwin. Sekarang amboiii.. bukan main lagi.

“oooo… Okay.. memandangkan taknak cliché sangat macam orang lain. Apakata kita berkenalan macam kita baru kenal. Nak tak? Lagipun saya tak tahupun awak ni macam mana.” Yuzair dah bangun dari baring. Dia duduk bersila dan pandang Yunalisa...

Aku pun bangun jugak. Hurmmm… macam bagus jer.

“Okay, awak nak tahu apa?”

“Semua tentang awak..” Yuzair tersengih-sengih.

“Nama Yunalisa.., umur 30 bakal masuk 31, 4 bulan lagi. Hurmmm… ada kedai sendiri… baru jer
kahwin dengan mamat poyo nama dia Yuzair …..” usik aku sambil dah tayang muka nakal.

Yuzair buat-buat muka marah.

“Ehemm.. pembetulan, mamat terlajak laris okayyy… bukan poyo. Awak kena terima hakikat suami awak ni segak dan idaman semua.”

Aku buat gaya nak muntah. Uwerrrkkk.. terlajak laris laa sangat.

“Saya Yuzair. Umur 31 nak masuk 32 tahun depan means lagi 5 bulan. Hehehehe. Kerja kuli jer repair kapal terbang. Baru jugak kahwin, dengan minah andartu.”

“Awak! Sampai hati kata saya andartu” marah aku sambil pukul-pukul manja peha dia. Dia gelak-gelak jer. Bahagia sungguh hidup mamat ni.

“Yunalisa.., kenapa awak takut kahwin? Saya nak tanya jugak walaupun dah tahu. Hehehe”

“awak tahukan family saya macam mana? Abah saya tu masalah sikit, malas saya nak cerita nanti lama-lama awak dalam family saya, awak tahu la. Saya sayang abah saya, sebab walaupun dia tak mampu sara hidup kitorang tapi dia baik dan penyayang dengan anak-anak dan isteri. Walaupun mak abah selalu bergaduh, tapi abah tak pernah nak pukul-pukul mak, tak pernah nak tinggikan suara. Masalah dia Cuma, dia tak ada duit dan semua benda dalam rumah tu mak yang sediakan. Tu yang buat saya takut nak kahwin.”

“Kenapa pulak?”

Aku pandang Yuzair.

“Saya tengok sendiri awak kesusahan mak saya. Bangun pukul 2 pagi sebab nak buat kuih untuk dijual pada waktu paginya. Setiap hari macam tu. Walaupun mak penat atau sakit dia tetap kena buat jugak sebab dengan duit tu la kitorang nak makan. Abah hanya tengok tanpa buat apa-apa. Saya takut kalau saya kahwin saya dapat laki macam tu. Saya tak sekuat mak untuk hadapi benda tu.”

“sebab lain?”

“Lelaki selalu curang. Saya takut dikecewakan.”

“Mana awak tahu?”

Aku sengih. “Dalam novel belambak. Saya benci betul kalau ada lelaki curang ni. Rasa macam nak hempuk-hempuk jer kepala dia. Dulu time bercinta poyo jer cakap nak setia bagai. Sayang sampai akhir hayat la apa la. Tup-tup kahwin tak sampai 5 tahun dah nak kahwin lain. Hishhh hampeh betul.” Aku dah start emo. Siap tumbuk-tumbuk bantal lagi. Geram sangat.

Yuzair dah tergelak tengok riaksi bini dia. Adoiii cepat betul emosi berubah.

“Tak semuakan yang curang. Macam abah awak tu”

“Eleehhh, abah tak curang sebab dia tak ada duit nak kahwin lain. Makan minum dia pun mak tanggung.”

Yuzair dah mengeleng kepala.”tak baik awak cakap macam tu.”

Aku tunduk. Rasa bersalah pulak.

“Saya cintakan awak Yunalisa... Kita kena selalu doakan kebahagiaan rumahtangga kita dan saya berdoa semoga hati saya hanya ada nama awak.” tutur Yuzair

Aku nampak dia ikhlas mengatakan isi hati dia. Aku hanya mengangguk. insyaAllah.

“Sebab lain?”

“sebab lain saya tak jumpa lagi lelaki idaman saya” bersahaja aku berkata.

Yuzair dah terbeliak mata. Lelaki idaman? Ingat tak nak kahwin so, lelaki idaman pun tak ada.

“Ciri-ciri?”

“Tough… setia..ada six pack… baik hati.. pandai jadi imam dan suka senyum”

Hehehehe… Yuzair dah tarik senyum lega.

“yang awak tersengih-sengih ni kenapa?” aku kerut kening pandang Yuzair. Seram pulak mamat ni asyik tersengih.

“Semua ciri-ciri tu ada pada saya. Tak percaya?”

Dia tarik tangan aku bawak kat perut dia. Alamak! Ni dah kenapa?

“rasa tak six pack saya. Hahahhaa. Saya tough sebab selalu pergi gym. Setia? insyaAllah. Baik hati? Lagi la! Memang baik saya ni. Pandai jadi imam? Alhamdulillah! Setakat jadi imam awak dengan anak-anak kita nanti boleh kot. Suka senyum? Of course! Bagi menyerlahkan ketampanan dan segak saya. Memang saya suka senyum. Lagipun awet muda. So, amacam? Lepas tak penilaian awak?” Yuzair angkat-angkat kening.

Anak? Maluu… jauh betul mamat ni fikir. EIiii menyampah betul! Poyo satu hal… kening dia satu hal. Macam nak cukur bagi botak jer kening dia tu.

“Dah la malas nak layan awak. Mengantuk! Nak tido. Tepi sikit” aku tolak lutut mamat poyo tu. Lepastu baring dan tarik selimut sampai tutup muka.

Eiii… dah la segan sebab aku pegang badan dia. Eii.. malu-malu… tough kot! Melting aku!

Yuzair dah tergelak besar. Nampak sangat dia menepati ciri-ciri yang Yunalisa.. nak. Sampai merah muka Yunalisa.. dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience