BAB 5

Romance Completed 23089

Hujung minggu ni aku balik kampong. Saja nak tengok mak aku. Sebab dia dah bising-bising marah aku ni tak ingat nak balik ke asyik kerja jer.

“Angah, mak gaduh dengan abah lagi. Takut aku tengok.” aku bersuara perlahan supaya mak dengan abah dekat luar tak dengar suara aku tengah telefon adik aku.

biasa la rumah papan, cakap perlahan pun kadang-kadang orang boleh dengar apatah lagi kalau suara kuat mahu selang dua rumah dengar.

“Gaduh pasal apa pulak kali ni?” Adik aku, Ida tanya gaya malas dah nak ambil tahu.

“Kali ni? nampak sangat mak dengan abah memang selalu gaduh. hahaha”

“Memang selalu pun”

Mak dengan abah memang selalu gaduh. paling tidak seminggu mesti sekali atau dua minggu sekali. semuanya sebab duit. Abah umur baru 53 tahun tapi dia dah pencen, sebabnya? sebab dia nak dapat duit pencen tu untuk bayar hutang dia dekat along. ni bukan along anak sulung tau! ni along ceti!

Abah dengan mak memang banyak hutang. Dulu hidup kitorang mewah jer. Duduk rumah banglo, makan sedap-sedap, duit sekolah boleh dikatakan banyak sampai kitorang boleh belanja kawan lagi. tapi semua tu musnah bila kawan Abah ajak abah melabur. ala yang macam skim cepat kaya tu, tapi nama apa tah aku tak tahu. alih-alih duit abah burn macam tu jer. kena tipu!

itu baru sikit, lepas tu, abah aku ni pulak jenis kesian kawan. kawan mintak pinjam duit dia bagi jer, pun kena tipu jugak. haila nasib! sejak tu… abah dah tak mampu nak duduk rumah tu lagi, jadi kitorang pindah duduk rumah papan yang kayu dia dah tinggal tunggu masa nak roboh sebab kena makan anai-anai, lepastu makanan kitorang kena catu, ada hari-hari tertentu jer dapat makan sedap tu pun setahun sekali, hari-hari lain semua ikan masin, telur , meggi. tapi paling sadis hidup, satu hari kitorang kat rumah makan cekodok bawang jer sebab beras, lauk dan sebagainya tak ada. Duit belanja sekolah? jangan cakap laaa sehari seringgit yang semestinya zaman sekarang nak beli air kat kantin pun tak lepas.

Duit boleh bahagiakan kami, dan duit boleh buat kami sedih. Bila mak dengan abah duk gaduh, kitorang adik beradik akan duduk diam tapi sebenarnya kitorang tertekan sangat. bila pergi sekolah tengok kawan-kawan dapat makan sedap, kitorang terfikir beruntung diorang tak ada masalah macam kita.

“Mak marah abah sebab abah tak peduli pun barang dapur dah dekat seminggu tak ada. Dia tahu balik nak makan jer. mak pun membebel sebab rezeki tak berkat bagai” terang aku dekat adik aku.

Itu lah benda yang terjadi kat keluarga aku. Tapi sekarang keadaan kat rumah tu dah okay la sikit sebab aku dah kerja. So aku tanggung adik beradik aku yang masih bersekolah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience