BAB 10

Romance Completed 10503

Jam sudah menganjak ke angka sepuluh malam. Baru-baru ini dia sering balik lewat. Sengaja ingin meyesakkan diri dengan kerja kerana tidak mahu berfikir tentang Danial Farhan.

Keadaan yang hening dan sepi membuatkannya ingin cepat sampai ke kereta. Penakut! Tapi nak balik lambat juga. Kutuknya kepada diri sendiri.

Seorang lelaki yang bertopi hitam sedang bersandar di sisi keretanya. Kepala lelaki itu ditundukkan. Danial Farhan! Tanpa sedar Marissa menyeru nama lelaki itu di dalam hati. Terasa rindu ingin menatap wajah lelaki itu. Dia sedikit lari anak menuju ke keretanya. Marissa semakin hampir.

Saat lelaki itu mendongakkan wajahnya spontan kaki Marissa berhenti melangkah. Dia tergamam. Di hadapannya kini bukan Danial Farhan! Tapi lelaki asing yang dia sendiri tak kenal.

Marissa ingin membuka seribu langkah, melarikan diri. Tapi belum sempat dia berbuat apa-apa dia terasa tudungnya direntap dari arah belakang. Marissa terjatuh kebelakang. Lelaki itu hanya tersenyum lebar. Tak sangka mangsanya kali ini begitu cantik sekali. Sudah lama dia perhatikan Marissa. Wanita ini sering balik lewat malam. Apabila nampak sahaja peluang, dia tak akan melepaskan wanita ini. Teringin meratah tubuh wanita yang tersalut baju kurung. Kawasan yang begitu sunyi tanpa kehadiran orang memudahkan lagi kerjanya.

Marissa sudah menggigil ketakutan. Tudungnya sudah dibaling ketepi oleh lelaki keparat itu. Dia benar-benar berharap ada orang yang akan membantunya tapi harapannya tipis. Tiada bayang pun yang muncul.

“Tolong jangan apa-apakan saya. Kalau awak nak duit ambil la.” Marissa menyerahkan beg tangannya. Lelaki itu mengambil beg itu. Namun Marissa tergamam bila lelaki itu mencampak begnya ke tepi.

Tidak sempat Marissa melarikan diri tubuhnya ditolak kuat oleh lelaki itu sehinggakan dia jatuh terduduk. Pantas sahaja lelaki itu menindih tubuhnya. Sebilah pisau dilekapkan ke leher Marissa.

Marissa sudah menangis ketakutan. Dia lebih rela mati daripada dirogol lelaki itu. Marissa cuba melawan namun tamparan yang berkali-kali mengenai mukanya membuatkan dia lemah. Terasa ada darah yang mengalir dari celah bibirnya. Di saat bajunya direntap, dia meraung di dalam hati.

Tiba-tiba tubuhnya terasa ringan. Dia cuba untuk membuka mata. Dia nampak kelibat seorang lelaki yang menumbuk lelaki yang cuba merogolnya. Diluaskan pandangan matanya walaupun kepalanya terasa berpinar-pinar. Danial Farhan!

“Rissa…Rissa dah selamat sekarang. Abang ada” Danial Farhan memeluk Marissa erat. Cuba menenangkan Marissa yang menggigil ketakutan. Mujur dia sempat sampai. Kalau tidak dia sendiri tidak akan memaafkan dirinya.

Dah sebulan dia tidak memunculkan diri di hadapan Marissa tapi itu tak bermakna yang dia dah melupakan Marissa. Dia masih lagi memerhati Marissa dari jauh. Memang dia perasan yang Marissa balik agak lewat baru-baru ini. Selalunya Danial Farhan akan balik setelah memastikan Marissa selamat pulang cuma hari ni dia agak terlewat sedikit. Kerja yang bertambun di pejabat perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Marissa terasa selamat. Dia sangat bersyukur dengan kemunculan Danial Farhan. Setelah apa yang dia lakukan terhadap Danial Farhan namun lelaki itu masih setia melindunginya.

Entah bila Danial Farhan menyarungkan jaket ke tubuhnya pun dia tak sedar. Marissa menjarakkan wajahnya dari tubuh Danial Farhan. Dia cuba tersenyum walaupun bibirnya perit. Tiba-tiba Danial Farhan menolak tubuh Marissa. Marissa tergamam bila nampak pisau yang terbenam di dada kiri Danial Farhan. Lelaki yang menikam Danial Farhan terkejut. Sangkanya dia mensasarkan pisaunya ke bahu tapi dia tersilap anggaran! Kalut dia melarikan diri.

Danial Farhan sudah rebah dengan darah yang mengalir keluar. Marissa menerpa ke arah Danial Farhan. Dipangkunya kepala Danial Farhan ke ribanya. Tangannya melekap ke dada kiri Danial Farhan yang ditikam. Air matanya jatuh mengenai pipi Danial Farhan. Danial Farhan membuka sedikit matanya. Pandangannya kian berbalam. Tangannya memegang pipi Marissa.

Marissa memegang tangan Danial Farhan yang berada di pipinya.

“Jangan tinggalkan Rissa. Tolong jangan tinggalkan Rissa. Rissa tak rela abang tinggalkan Rissa. Rissa tak izinkan abang tinggalkan Rissa!”Marissa sudah tersedu. Dia semakin takut bila tangan Danial Farhan yang dipegangnya semakin sejuk. Bibirnya pula sudah membiru.

“Ab… bang ssayangkan Rissa” Payah Danial Farhan bersuara tapi dia tahu ini mungkin kali yang terakhir dia dapat menyatakannya pada Marissa. Gadis kesayangannya.

Marissa menganggukkan kepalanya. Tidak peduli dengan air mata yang lebat membasahi pipinya.

“Rissa pun sayangkan abang. Maafkan Rissa, ampunkan Rissa. Kalaulah Rissa tak berdegil, mesti abang tak jadi macam ni.”

Danial Farhan menggelengkan kepalanya lemah. Tidak suka Marissa menyalahkan diri sendiri.

“ Ja… jangan… me… menangis… sssayang. Ab… ab… abang sedih bila Riss… Rissa me… menangis.” Suara Danial Farhan semakin perlahan.

“Abang kena bertahan. Rissa akan pastikan yang abang selamat.” Marissa ingin mencapai hanphone miliknya yang berada di dalam beg tangan tapi tindakannya terhenti bila Danial Farhan menegah.

“ A… ab… abang… sss… sssayang Rissa. Sampai bila- bila pun ab… abang ssa… yangkan Riss… Rissa.” Tangan Danial Farhan jatuh terkulai layu…

“Abang!!!!” Marissa memeluk erat tubuh Danial Farhan yang sudah tidak bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience