BAB 1

Romance Completed 10503

Ketika ini dia merasakan api marahnya ibarat gunung berapi yang menggelegak tunggu masa untuk memuntahkan laharnya. Bibir mungilnya diketap geram menahan rasa panas yang menerjah dalam hati. Di hadapannya Danial Farhan masih merayu dan merintih .mengharapkan Marissa menerima cintanya. Namun sayang, hatinya telah mati, dia sendiri menekan suis OFF di hatinya. Gila…aku dah reject berapa kali pun masih tak faham lagi ke? Nak aku guna bahasa apa lagi? Kalau aku cakap tamil ternganga mamat ni pulak. Macamlah dah takde perempuan lain kat dunia ni…kenapa mesti dia yang dikejar-kejar mamat ni? Bingung dan buntu dia.

“Eh awak ni, memang sejenis tak faham bahasa kan? Berapa kali saya nak cakap? Saya tak boleh terima awak.” Untuk kesekian kalinya aku berkata.

“I know tapi perasaan tu boleh dipupuk. Awak kena bagi saya peluang untuk saya tunjukkan yang saya benar-benar sayangkan awak. Saya akan pastikan yang awak tidak akan menyesal menerima saya dalam hidup awak.” Yakin sahaja Danial Farhan bersuara. Dipandang wajah cantik yang berada di hadapannya. Memang benar- benar cantik sehingga boleh membuatkannya gila bayang.

Terukir senyuman sinis di dua ulas bibir Marissa yang cantik merekah. ‘Lelaki semua sama’.

“Tapi tak semudah tu saya nak serahkan hati saya pada awak. Hati saya bukannya barang mainan yang boleh diserahkan sewenangnya pada awak. Tiada jaminan yang awak tidak akan menghancurkan hati saya.”

Danial Farhan meraup rambutnya resah. Sudah berkali-kali kali Marissa menolak cintanya tapi dia tak pernah jemu merayu agar cintanya diterima Marissa. Sungguh, kali ini dia benar-benar tersungkur di kaki seorang perempuan. Sedangkan selama ini perempuan yang mengejar dirinya. Perempuan dianggap tak lebih dari sekadar suka-suka. Tidak pernah dipeduli tentang perasaan mereka. Bertukar perempuan bagai menukar baju.

“Saya tak pernah anggap awak sebagai mainan. Awak terlalu berharga bagi saya. Saya janji dengan sepenuh hati saya yang saya akan jaga hati awak dengan seeloknya. Biar tak terluka walaupun sedikit. Tapi awak kena serahkan kepercayaan terhadap saya untuk menjaganya.” Tersusun ayat yang diluahkan dari Danial Farhan. Dia benar-benar berharap yang wanita dihadapannya faham. Sememangnya dia serius menyayangi Marissa. Tapi Marissa bukannya seperti wanita lain yang mudah jatuh hati kepadanya. Sebaliknya kala ini dia pula yang merayu Marissa. Langsung bukan dirinya. Namun hatinya sedikit pun tidak kisah.

“Awak nak saya serahkan kepercayaan saya terhadap awak?” Marissa melontarkan pertanyaan.

Laju sahaja Danial Farhan mengangguk. Direnung tunak wajah Marissa. Sinis sahaja senyuman yang terukir di bibir Marissa. Menyentap ke dasar hatinya. Pedih.

“Dengan status awak sebagai playboy tu, awak fikir dengan sewenangnya saya akan serahkan kepercayaan saya pada awak? Saya tak begitu bodoh untuk melukakan hati sendiri wahai Encik Danial Farhan. Mungkin bagi awak saya sama macam perempuan lain yang kat luar sana yang begitu mudah tersungkur di kaki awak. Tapi saya bukan macam mereka dan tidak akan jadi seperti mereka. “ Keras Marissa bersuara.

Marissa menahan perasannya. Dia tidak begitu bodoh untuk menerima Danial Farhan. Bukannya dia tak kenal siapa Danial Farhan. Seorang playboy yang hanya suka permainkan perasaan perempuan. Diumpan pula dengan pakej yang cukup lengkap, dengan muka yang begitu tampan dan ditambah dengan poket yang penuh berisi, dengan mudahnya perempuan berada di genggaman tangannya. Tapi dia tidak termasuk di kalangan perempuan- perempuan tersebut. Sedikit pun hatinya tidak tercuit. Malah bertambah meluat ada la.

Berubah riak muka Danial Farhan mendengarkan kata-kata tersebut. Tapi harus ditelan juga . Memang kenyataan yang dia kaki perempuan. Tapi itu dulu! Sebelum dia bertemu Marissa, sebelum dia mengenali erti cinta, sebelum dia kenal erti rindu. Kehadiran Marissa dalam hidupnya telah merubah segalanya. Dia bukan lagi Danial Farhan yang dulu. Dia ingin menjadi pencinta setia. Setia kepada cinta Marissa.

“Saya tahu…saya tak dapat menyangkal yang saya playboy. Tapi tolonglah faham. Itu kisah silam saya. Saya dah bukan macam dulu lagi. Kehadiran awak dalam hidup saya merubah segalanya. Sekarang ini saya hanya mahukan awak. Saya tak nak perempuan lain dan saya takkan pandang perempuan lain selain awak.”

Huh, ayat playboy. Tak boleh diguna pakai langsung! Aku tak nak kau la…jerit Marissa dalam hati.

“Dengar sini baik-baik Danial Farhan. Sama ada hidup awak berubah atau tidak, itu tak ada kena mengena dengan saya. Saya tak nak ambil tahu pun. Yang saya nak sekarang ni, jangan muncul dalam hidup saya lagi. Awak benar-benar menyusahkan hidup saya dengan kehadiran awak. Saya tak pernah suka awak dan tak akan sukakan awak. Jadi awak tak perlu membuang masa dengan mengejar saya lagi. Faham?” Marissa memandang tepat ke dalam mata Danial farhan. Ada kepedihan di mata itu. Tapi dia tak ambil peduli. Danial Farhan bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

Danial Farhan mengetap rahangnya. Menghalau rasa sedih yang melanda. Walau apa pun yang berlaku dia tetap akan menawan hati Marissa. Biarpun Marissa jelak dengan dirinya tapi dia akan sentiasa muncul di depan Marissa. Marissa tiada hak untuk menghalang dirinya dari terus mencintai.

“Awak tak perlu suka saya sekarang kerana suatu hari nanti saya akan pastikan yang awak akan cintakan saya sebagaimana saya cintakan awak. Sebab saya tahu yang hati awak milik saya.” Yakin sahaja Danial Farhan berkata. Dia akan kotakan apa dia cakap. Dia tak akan tumpas dengan mudah terhadap kedegilan Marissa.

Marissa menajamkan pandangannya. Bibirnya diketap geram. Tidak suka dengan keyakinan Danial Farhan.

“Suka hati awak nak cakap apa. Hati saya milik saya…dan awak tiada hak untuk itu.” Serentak dengan itu Marissa berlalu. Meninggalkan Danial Farhan di belakang.

Danial Farhan hanya tersenyum sambil menundukkan wajahnya. Seketika kemudian dia mengangkat kepala dan memandang bayang Marissa yang semakin menjauh.

‘Hati awak milik awak…tapi saya akan pastikan yang hati awak bukan lagi jadi milik awak. Kerana hati awak milik saya.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience