BAB 8

Romance Completed 10503

“Jom lunch. Dah masuk waktu rehat dah. Nanti kau sambung la balik kerja tu” Alia menerjah masuk bilik Marissa.

Marissa bangun dan mencapai tas tangannya lalu mengekori langkah Alia. Sementara menunggu pesanannya sampai matanya dihalakan ke sekitar restoran itu. Ramai juga yang datang sini untuk makan tengahari. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ki sini.

“ Aku nak suruh kau try asam pedas dia. Kau kan gila asam pedas. Asam pedas kat sini memang sedap. Sebab tu la aku bawa kau datang sini.” Alia sedar yang kawannya yang seorang ni memang gilakan asam pedas. Hari-hari makan asam pedas pun Marissa tak kisah.

Marissa hanya tersenyum. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah pasangan yang selang dua buah meja dari mereka. Di belakang Alia. Dia dapat lihat dengan jelas, tangan pasangan tersebut yang bertaut erat. Dengan tidak semena-mena pandangannya dengan lelaki tersebut bertaut. Lelaki itu nampak terkejut dengan kehadirannya. Lantas tangan yang bertaut rapat tadi lelaki itu rungkaikan.

Marissa hanya tersenyum sinis. Kalau dah playboy tu memang playboy juga la. Sikap tu tak boleh dikikis biarpun di mulut kata lain.

Hati Marissa terasa sakit. Bodohnya dia kerana hampir mempercayai yang Danial Farhan sudah berubah. Ternyata dia silap. Lelaki macam Danial Farhan memang takkan berubah. Mujur saja dia belum menerima cinta lelaki itu. Kalau tidak mana nak diletak mukanya. Tiada bezanya dia dengan perempuan lain. Begitu mudah percaya akan kata manis Danial Farhan.

“Aku rasa aku nak balik dulu la. Aku rasa pening kepala. Lain kali aku try asam pedas dekat sini.” Terus diangkat punggungnya tanpa menunggu jawapan dari Alia. Hati yang panas perlu ditenangkan terlebih dahulu.

Dia hanya berlagak selamba ketika lalu di tepi meja Danial Farhan. Tapi dapat dirasakan yang Danial Farhan menoleh memandangnya.

Mujur sahaja dia dengan Alia bawa kereta berasingan tadi. Derap kaki yang semakin menghampiri membuatkannya menoleh sejenak. Danial Farhan! Apa lagi yang dia nak?

Marissa melajukan langkah. Dengan tidak semena-mena tangannya disentap dari arah belakang. Langkah kakinya terhenti. Serentak dengan itu juga dia kembali merentap tangannya namun gagal. Pegangan lelaki itu terlalu erat. Pergelangan tangannya terasa sedikit sakit.

“Abang rasa Rissa dah salah faham. Abang tak ada hubungan dengan perempuan tu” Belum sempat Marissa bersuara Danial Farhan memberikan penjelasan.

“ Saya tak tanya pun. Itu hak awak. Sekalipun dia isteri awak saya langsung tak peduli” sinis Marissa membalas. Sengaja ingin menyakiti hati Danial Farhan.

“Jangan buat abang macam ni Rissa. Sungguh abang tak tipu. Dia bukan siapa-siapa dalam hidup abang.”

“Dan awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya!” Lantang Marissa membalas.

Berubah terus riak wajah Danial Farhan. Perlahan-lahan pergelangan tangan Marissa dilepaskan. Hatinya sakit. Tak pernah dia rasa sakit seperti ini. Terasa hatinya disiat-siat. Sehingga ke saat ini dia tidak dapat menawan hati Marissa. Dari dulu lagi dia bukannya siapa-siapa di mata Marissa. Hanya dia yang terhegeh-hegeh sedangkan sekelumit perasaan sayang pun tiada untuknya.

“Macam mana lagi abang nak yakinkan Rissa yang abang cintakan Rissa. I love you. Bukan untuk sehari dua tapi untuk selamanya. Rissa tak pernah beri abang peluang untuk abang buktikan yang abang sayang Rissa. Sampai bila-bila pun abang cintakan Rissa tapi kalau kehadiran abang hanya menyusahkan Rissa, lebih baik abang pergi. “ Buat kali yang terakhirnya dia memandang wajah Marissa. Wajah yang sentiasa menghiasi mimpi malamnya.

Biarlah kali ini dia beralah. Dia masih punya sedikit harga diri. Kalau sudah jelas orang tidak mahu untuk apa lagi dia tersua-sua.

Marissa memandang tempat lain. Tidak sudi memandang raut wajah Danial Farhan. Takut terkesan dengan kesedihan yang dipamerkan dari raut wajah itu.

“Mungkin betul kata Rissa dulu. Hati Rissa milik Rissa. Selamanya hati Rissa takkan menjadi milik abang. Serahkan hati Rissa yang berharga itu kepada orang yang benar-benar layak. Abang tak layak. Langsung tak layak. Harap Rissa gembira bila abang tiada nanti.”

Danial Farhan melangkah pergi membawa seribu kedukaan. Tak lagi berpaling ke belakang. Setitis air mata lelakinya jatuh juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience